Program Korban & Aqiqah 1434H di Kemboja
Laporan Korban Eidhul Adha dan Aqiqah 1433H di Kemboja
TAHUN KE 20

Maksud Firman Allah SWT
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah” Al-Kauthar : 2Maksud Hadis Rasulullah SAW
“Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya), maka hendaklah ia melakukannya”Lebih 41,000 peserta sejak tahun 1415H / 1995 Masihi.
Lebih 23,000 ekor ternakan telah selamat disempurnakan.
15% Yuran Penyertaan untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja.

“Saya mewakili umat Islam Kemboja mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang kasihan akan umat Islam di Kemboja. Semoga ibadah Korban & Aqiqah kita diterima oleh Allah SWT”

Ibadah Aqiqah : Dibuka Sepanjang Tahun
-
Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM270 untuk satu bahagian lembu atau RM530 untuk satu ekor kambing bagi ibadah korban. Manakala untuk ibadah aqiqah pula RM270 untuk satu bahagian lembu atau RM530 untuk satu ekor kambing. Yuran penyertaan Aqiqah telahpun termasuk kos jamuan Aqiqah.
-
Sijil penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Biasanya pengesahan pelaksanaan akan diperolehi oleh peserta dalam tempoh 14 hingga 30 hari daripada tarikh penyertaan.
-
Korban dan Aqiqah dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.
-
Pihak penganjur akan memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja termasuk pembiayaan jamuan berbuka puasa.
Testimoni
![]() |
“Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 20″ YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja. |
![]() |
“Saya dan anak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan yang memberikan 2 ekor kambing Aqiqah untuk jamuan perkahwinan anak saya melalui Mufti Kerajaan Kemboja.” Sos Sem Aysah, Kilometer 9 Chrang Chamres, Phnom Penh, Kemboja |
![]() |
“Melakukan ibadah korban di Kemboja memberi kepuasan diri kerana dapat bersedekah kepada yang memerlukan, di samping tidak berasa ragu untuk mengamanahkan pihak Al-Ameen melaksanakan ibadah tersebut. Melalui pengalaman melihat sendiri keadaan masyarakat Islam di Kemboja, saya yakin ibadah Korban yang dilakukan menepati kehendak Islam.” Ustazah Che Radiah Mezah – Pensyarah UPM dan Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1429H |
Ibadah Korban & Aqiqah di Seluruh Kemboja

3337 Ternakan Korban & Aqiqah disempurnakan pada tahun 1432H di 456 kampung Islam yang terdapat di Kemboja manakala sebanyak 3247 ekor ternakan disempurnakan bagi tahun 1433H. Berikut adalah statistik tahun-tahun yang lepas :

Kata-kata Aluan Pengerusi Program : Haji Che Mazlan Saad
“Antara anugerah Allah SWT ialah ketenangan jiwa untuk hamba-hambanya yang dapat menunaikan sesuatu ibadah…
Begitulah juga dengan ibadah Korban & Aqiqah. Program Korban & Aqiqah di Kemboja disusun untuk memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan ibadah ini. Juga ibadah ini dilaksanakan di tempat yang ramai umat Islam yang miskin. Umat Islam di Kemboja dapat merasai secara langsung pengertian ukhwah Islamiah – Persaudaraan Islam di Nusantara Melayu.
Saya amat bersyukur kerana dapat terlibat dalam menyusun perlaksanaan ibadah Korban & Aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja sejak 20 tahun dahulu. Lebih 41 ribu para peserta daripada Malaysia, Singapura, dan Brunei telah menyertai program ini sejak dari tahun 1415H lagi.”
Ikhlas Daripada,

Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban Eidul Adha
& Aqiqah di Kemboja
Kelebihan Penyertaan
Sertailah program ini sekarang dan Tuan / Puan berpeluang untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan!
Kursus Percuma: Kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca Ameen. Nilai: RM 370.00. Sesuai untuk ibu bapa dan guru. Hadiah ini boleh dipindah milik. Sahkan kehadiran kursus melalui SMSkan nama dan kursus yang dipilih ke 017-2997262 atau telefon ke talian 03-4143 4343.
Banyak kelebihan yang akan Tuan/Puan perolehi apabila membuat penyertaan awal di samping mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.






"Pihak
kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk
ke tahun 16"