Anda pelawat ke

Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1432H

Laporan Pengerusi

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah ketakwaan kamu.” Maksud al-Haj: 37

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Tuan / Puan Yang Budiman,

Alhamdulillah, pada tahun ke-18 program ini, 3337 ekor ternakan korban, aqiqah, dan nazar para peserta telah selamat disempurnakan di seluruh kampung Islam di Kemboja. Bilangan mengikut jenis ternakan dan ibadah :

KORBAN Jumlah
Lembu 1550
Kambing 336
AQIQAH Jumlah
Lembu 425
Kambing 1015
NAZAR Jumlah
Lembu 2
Kambing 8
Sumbangan Jumlah
Lembu 0
Kambing 1
Jumlah Besar = 3337

Ternakan korban mula disembelih pada pagi Hari Raya Eidul Adha, 06 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H. Ternakan korban telah diagihkan ke seluruh kampung Islam di Kemboja mengikut kadar yang ditentukan sendiri oleh Pengerusi Majlis Tertinggi Pimpinan Islam Kemboja Mufti Kemboja, Okhna Haji Kamaruddin Yusof.

Madrasah

Masjid Km-9

Ternakan untuk ibadah aqiqah pula biasanya diagihkan untuk jamuan pelajar madrasah, kenduri perkahwinan, berbuka puasa pada bulan Ramadan serta keraian untuk penduduk kampung.

Klik pautan dibawah untuk senarai lengkap tempat pelaksanaan di seluruh Kemboja, mengikut sijil-sijil pengesahan pelaksanaan untuk setiap peserta.

Semoga Allah SWT menerima dan memberkati ibadah korban dan aqiqah kita.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Eidul Adha & Aqiqah Di Kemboja

Pengesahan Mufti Kemboja

“Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban.” Maksud hadith

Surat pengesahan pelaksanaan korban & aqiqah oleh Mufti Kerajaan Kemboja
Surat kebenaran perlaksanaan korban & aqiqah oleh Mufti Kerajaan Kemboja

“Saya dengan ini mengesahkan bahawa ibadah Korban dan Aqiqah telah disempurnakan mengikut hukum-hukum syarak serta agihan ternakan ibadah korban dan aqiqah telah diagihkan diseluruh kampong-kampung Islam di kemboja d bawah anjuran Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja(YAPIK).”

Surat pengesahan pelaksanaan Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja 1432H daripada Mufti Kerajaan Kemboja

Majlis Perasmian Korban Eidul Adha dan Aqiqah 1432H

“Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri kepada Allah.” Maksud al-An’am : 162

Majlis Perasmian Program Ibadah Korban di Kemboja 1432H telah diadakan pada 10 Zulhijjah 1431H (06 November 2011) di Masjid Ar Rahman Kampong Bart Dey Kraum, Wilayah Kampong Cham. Majlis dihadiri oleh Mufti Kerajaan Kemboja, Pengerusi Program, peserta ziarah Kemboja dari Malaysia dan juga penduduk kampung berkenaan.

Ternakan lembu korban yang  hendak disembelih

Agihan Daging Korban

“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang yang sengsara lagi fakir.” Maksud al-Haj : 28

Mufti Kerajaan Kemboja telah menetapkan setiap 446 kampung Islam di seluruh Kemboja mendapat sekurang-kurangnya 1 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Eidul Adha. Seekor ternakan korban dan aqiqah ditetapkan untuk setiap 60 keluarga bagi sesuatu kampung. Misalnya, untuk sesebuah kampung yang mempunyai 300 keluarga, agihan ternakan korban ialah sekurang-kurangnya 5 ekor ternakan lembu. Di samping itu, ternakan kambing juga diagihkan di kampung-kampung mana yang memerlukan.

Kampung-kampung di Kemboja disusun rapi untuk menghadapi suasana keselamatan yang dahulunya tidak menentu. Setiap kampung melantik imam kampung iaitu pemimpin umat Islam pada sesuatu kampung tersebut. Kampung Islam yang besar dibahagikan pula kepada beberapa jemaah. Ketua jemaah mengetahui bilangan keluarga yang ada dalam jemaah tersebut. Maklumat ini dimanfaatkan semasa mengagihkan daging-daging korban. Setiap keluarga akan mendapat agihan yang adil.

Mengikut sunnah, daging korban diagihkan dalam keadaan belum dimasak, manakala daging aqiqah pula dimasak dan diadakan jamuan.

Jumlah penduduk Islam adalah sebanyak 500,000 orang daripada keseluruhan 14 juta penduduk Kemboja.

Pada tahun ini, terdapat 1550 ternakan korban lembu, serta 336 ternakan korban kambing diagihkan ke seluruh kampung Islam di Kemboja. Agihan ternakan lembu dan kambing ini disampaikan terus kepada imam-imam masjid atau wakil yang dilantik oleh Mufti Kerajaan Kemboja. Proses pengagihan ini dipantau oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

Tulang ternakan korban dibawa untuk dipotong kecil selepas agihan.

Jamuan Aqiqah Sepanjang Tahun

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberikan nama.” Maksud hadis.

Ternakan untuk ibadah aqiqah biasanya diagih untuk jamuan pelajar madrasah, kenduri perkahwinan, gotong-royong pembinaan masjid surau, berbuka puasa pada bulan Ramadan serta keraian untuk penduduk kampung.

Warga Melayu-Cham berbuka puasa bersama dengan daging aqiqah

Agihan daging aqiqah biasanya dalam keadaan sudah dimasak dan sedia dimakan. Jamuan kenduri aqiqah dimanfaatkan untuk berbuka puasa, kenduri perkahwinan serta program kemasyarakatan seperti perasmian masjid, jamuan untuk murid-murid madrasah serta program ceramah mufti.

Sejak awal tahun, sebanyak 425 ekor ternakan lembu dan 1015 ekor ternakan kambing telah selamat diagihkan dan disempurnakan di seluruh Kemboja.

Program Berbuka Puasa di Kemboja

“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menderma sebahagian apa yang kamu sayangi.” Maksud ali-Imran : 92

Penduduk Islam sedang menunaikan solat terawih di salah sebuah masjid di Kemboja

Alhamdulillah, sumbangan yang diterima oleh Mufti Kerajaan Kemboja mencukupi untuk jamuan berbuka puasa yang dilaksanakan di seluruh Kemboja. Sumbangan yang disalurkan adalah seperti berikut:

Peruntukan daripada Al-Ameen Serve Holdings daripada yuran penyertaan Program Korban Eidul Adha dan Aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadan 1432H dan sumbangan para dermawan yang disalurkan melalui Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd:
RM139812.75

Manakala bagi Ibadah Aqiqah yang disempurnakan dalam bulan Ramadan

1432H ialah seperti berikut:

Lembu Aqiqah : 144 Ekor

Kambing Aqiqah : 453 Ekor

Jumlah ini telahpun termasuk peruntukan 5% daripada yuran penyertaan ibadah korban dan aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadan 1432H.

Kanak – kanak menerima sumbangan wang

Tempat Pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah

Dapat seekor ikan toman,
Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
Bertambah mesra kasih di hati.

Agihan ternakan korban & aqiqah mengikut daerah di Kemboja

Bilangan Ternakan Korban, Aqiqah dan Nazar

1415H 17
1416H 150
1417H 288
1818H 263
1419H 451
1420H 561
1421H 736
1422H 685
1423H 886
1424H 1178
1425H 1177
1426H 1381
1427H 1443
1428H 2102
1429H 2523
1430H 2567
1431H 3256
1432H 3337

Bilangan Ternakan Korban, Aqiqah dan Nazar – mengikut tahun

Untuk melihat senarai terperinci mengikut nombor sijil korban dan aqiqah, masjid, kampung, mukim, daerah dan wilayah di Kemboja, sila klik di sini.

Wajah – wajah penduduk Kemboja

Ketentuan Mufti Kerajaan Kemboja

Mufti melakukan ibadah penyembelihan ternakan lembu korban

Syarat Pelaksanaan Ibadah Korban & Aqiqah

Penerimaan Sijil Nama-Nama Peserta Korban & Aqiqah Serta Wang Bagi Pembelian Lembu Atau Kambing.
Tanggungjawab ini hanya akan diserahkan kepada imam-imam Masjid, guru agama dan wakil-wakil urusan yang dipilih oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Syarat-syarat Lembu Korban & Aqiqah
Lembu untuk ibadah Korban & Aqiqah hendaklah berumur lebih 2 tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting. Bagi kambing pula umurnya lebih satu tahun iaitu apabila bersalin gigi.

Penjagaan Lembu
Lembu yang telah dibeli hendaklah disimpan di tempat yang selamat, diberi makan dan minum yang secukupnya, dijaga kesihatannya dan tidak digunakan untuk kerja-kerja.

Nama Peserta Korban & Aqiqah
Lebih baik nama-nama peserta Korban & Aqiqah yang ada pada sijil-sijil yang telah diserahkan itu ditulis pada papan hitam semasa penyembelihan. Ambil foto (jika boleh).

Persiapan Lembu Korban & Aqiqah
Lembu-lembu hendaklah dahulu dibersihkan dengan air sebelum dibawa ke tempat penyembelihan iaitu di kawasan masjid atau surau. Peralatan penyembelihan dan
pelapahan disediakan dahulu dan dibawa bersama.

Pengumuman Korban & Aqiqah
Pengumuman kepada semua penduduk kampung hendaklah dibuat berkenaan ibadah Korban & Aqiqah yang akan disempurnakan.

Penyembelihan
Pisau yang tajam hendaklah digunakan dengan lembu Korban & Aqiqah diikat dengan baik. Lembu dan penyembelih hendaklah menghadap kiblat. Mulakan dengan Bismillah dan boleh juga diiringi dengan salawat Nabi dan doa. Niat penyembelihan ialah untuk peserta-peserta yang namanya ada pada sijil.

Agihan Daging Korban
Daging lembu korban hendaklah diagih-agihkan dengan adil kepada penduduk kampung.

Jamuan Aqiqah
Daging lembu aqiqah hendaklah dimasak serta jamuan diadakan di masjid atau surau atau di tempat-tempat lain yang dipersetujui oleh Mufti atau Ketua Urus Setia.

Sijil Pengesahan Perlaksanaan
Selepas ibadah korban & aqiqah disempurnakan, sijil perlaksanaan korban & aqiqah hendaklah dikembalikan kepada Ketua Urus Setia dengan kadar yang segera.

Program Wakaf Perigi

Pisang emas tepi telaga,
Peram di dapur masaknya tiga;

Sebentuk emas sebentuk tembaga,
Sudah dilebur menjadi suasa.

Kemboja mempunyai 2 musim utama iaitu musim hujan dan musim panas/kemarau. Sepanjang enam bulan (Disember sehingga Mei), Kemboja akan mengalami kemarau di dalam musim panas. Oleh yang demikian, perigi merupakan satu keperluan yang penting untuk penduduk kampung yang tidak mempunyai saluran paip.

Alhamdulillah, sebanyak 970 buah perigi telah dibina sejak program ini dilancarkan.

Yuran bagi membina sebuah perigi untuk tahun 1432H adalah RM750. Yuran termasuk kos pembinaan perigi, sumbangan serta kos dan ganjaran pengurusan.

Para peserta ziarah Kemboja sedang mencuba air perigi yang diwakafkan di Kampung Spieu

Program Ziarah Kemboja

“Katakanlah (Wahai Muhammad) : “Berjalanlah kalian di muka bumi, kemudian
perhatikanlah…”
Maksud al-An’am : 11

Peserta Ziarah Kemboja 1431H

Seramai 49 orang peserta korban dan aqiqah telah ikut sama ke Kemboja. Program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri perlaksanaan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja di samping mengeratkan lagi silaturrahim sesama Islam antara umat Islam Malaysia dan Kemboja.

Program Ziarah Kemboja dianjurkan dengan kerjasama  Pejabat Mufti Kemboja untuk tahun 1433H. Butir-butirnya adalah seperti berikut :

Tarikh Ziarah :

19 Disember 2011 hingga 23 Disember 2011 (5 Hari 4 Malam) atau

2 Jun 2012 hingga 6 Jun 2012 (5 Hari 4 Malam) atau

24 Oktober 2012 hingga 28 Oktober 2012, Hari Raya Eidul Adha 1433H (5 Hari 4 Malam)


Kos : RM 850 (dewasa dan kanak-kanak) merangkumi penginapan, makan dan pengangkutan sahaja.

(tiket penerbangan Air Asia KL-Phnom Penh: Depart – 3.15pm, Return – 4.45pm, hendaklah dibeli sendiri)

Jika berminat, hubungi 03-41434343 (Ustazah Norwariza/Ustazah Ummi Kalthum) untuk keterangan lanjut.

..

Maklum balas para peserta Ziarah Kemboja :

  1. “Trip yang baik juga dapat memberikan kesedaran, penuh dengan aktiviti-aktiviti, peserta juga saling memahami serta tour guide yang sentiasa membantu” – Ruzita Khalil (Peserta ziarah 1431H)

  2. “Program yang sungguh baik. InsyaAllah akan turut serta di tahun-tahun akan datang. Program yang dirancangkan dan tidak dirancangkan amat memuaskan.”Shafik Yusof (Peserta Ziarah 1431H)

  3. “Program amat baik diteruskan demi umat Islam dan dapat menimbulkan kesedaran peserta ziarah Kemboja dan boleh dikongsi pengalaman dan kempen kepada saudara Islam di Malaysia.”Mohamad Juri Salihin (Peserta Ziarah 1431H)

Itenari Program Ziarah Kemboja 1432H

04 Nov 2011 KLIA – Phnom Penh

1.00 ptg Berkumpul di lapangan terbang LCCT
3.15 ptg Penerbangan ke Phnom Penh, Kemboja
5.00 ptg Tiba di Phnom Penh dan daftar masuk ke hotel
….

05 Nov 2011 Phnom Penh – Kampong Cham

7:00 pagi Sarapan dan daftar keluar hotel
9:45 pagi Melawat Istana Raja Kemboja dan Muzium Toul Sleng
12:00 tgh Melawat pejabat Mufti, makan tengah hari dan solat jamak Zuhur dan  Asar di Masjid
2:00 ptg Bertolak ke Kampong Cham
5:00 ptg Tiba di Kg Cham – daftar masuk – Aktiviti bebas
7:30 mlm Makan malam di Hotel – Rehat dan tidur

06 Nov 2011 Eidul Adha 1432H di Kg Bart Dey Kraum, Kampong Cham

5:00 pagi Solat subuh dan bersiap-siap untuk menyambut Eidul Adha
6:30 pagi Keluar dari hotel untuk menaiki bot ke destinasi Hari Raya Eidul Adha
7:45 pagi Tiba di Kg Bart Dey Kraum – berjalan ke masjid untuk solat sunat Eidul Adha
8:30 pagi Program Perasmian
Ibadah Korban di Kemboja 1432H bersama  Pemimpin Umat Islam Kemboja, Duta Besar Malaysia dan bersama penduduk kampong
10:00 pagi Mengagihkan daging korban dari rumah ke rumah
11:40 pagi Makan tengah hari masakan kampung Melayu Cham Kemboja di rumah penduduk kampung mengikut kumpulan
1:00 ptg Solat jamak qasar Zuhur dan Asar berjemaah
1:30 ptg Ziarah rumah-rumah orang miskin di kampung sambil menderma dan sedekah
2:30 ptg Berkumpul – Sesi salam perpisahan dengan penduduk kampung
3:00 ptg Bertolak pulang ke hotel dengan menaiki bot
4:30 ptg Aktiviti bebas
7.30 mlm Makan malam di hotel – Rehat dan tidur
Perkahwinan masyarakat Cham di Kampung Spieu

07 Nov 2011 Kg. Prei Torteng – Phnom Penh

7:30 pagi Sarapan
Bersiap untuk check out Hotel
9:00 pagi Bertolak ke kg Prei Torteng
10:30 pagi Majlis Perasmian Wakaf Perigi di Kg Prei Torteng – bersiar-siar di sekitar Kg Spieu– makan tengah hari masakan kampung – solat jamak qasar
Zuhur dan Asar berjemaah di masjid Kg Spieu
3:00 ptg Bertolak balik ke bandar raya Phnom Penh
7:30 mlm Makan malam
check in hotel
aktiviti bebas

08 Nov 2011 Hari terakhir Program Ziarah – Phnom Penh – Malaysia

7:00 pagi Sarapan pagi di restoran
8.30 pagi Membeli-belah
12.00 tgh hari Check out hotel
Makan tengah hari
2.00 ptg Check in penerbangan ke KL
4.45 ptg Penerbangan ke KL dengan penuh kenangan

Penyerahan Laporan Program Korban & Aqiqah 1432H di Kemboja

Salinan Laporan Pelaksanaan Program Korban & Aqiqah 1432H di Kemboja akan diserahkan kepada Duta Besar Malaysia Datuk Pangeran Hj Mohd Hussein oleh Mufti Kerajaan Kemboja Okhna Haji Kamaruddin Yusof dan Ketua Urus Setia Program merangkap Timbalan Mufti Kerajaan Kemboja, YB Haji Zakaryya Adam.

Salinan Laporan Pelaksanaan Program Korban & Aqiqah 1432H di Kemboja juga akan disampaikan kepada Ketua Pengarah JAKIM oleh Pengerusi Program, Haji Che Mazlan Saad.

Lembaga Penasihat :
Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Mufti Kerajaan Kemboja,
Okhna Haji Othsman Hassan, Penasihat Perdana Menteri Kemboja
Haji Zakaryya Adam Ahli Parlimen Kawasan Kandul, Timbalan Mufti Kerajaan Kemboja

Pengerusi
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Eksekutif
Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Pembantu Khas Pengerusi & Ketua Urus Setia di Malaysia
Ustazah Norwariza Mohd Hed
Eksekutif Penyelidikan & Pemasaran

Urus Setia di Malaysia
Zairani A. Hamid
Fadhlatullah Zakaryya Adam
Siti Faizura Abd. Rahman
Semiah Said
Haslinda Zulkifli
Nusaibah Din
Ustazah Kalthum Abdul Halim
Wan Noor Zurita Wan Hassan
Abdul Muhaimin Che Mazlan
Muhammad Nazrin Ab Nizar
Mohd Haizea Shafarudin
Aishah Khalid
Mohd Fauzi Mokhtar
Noor Faizal Raufi @ Pozi
Nazirah Hadzam

Ketua Urus Setia di Kemboja

Haji Zakaryya Adam

Ahli Parlimen Kawasan Kandal
Timbalan Mufti Kerajaan Kemboja

Urus Setia di Kemboja
Saleh Ismail
Ustaz Yusof Yahya
Ustaz Olvy
Raihan Kamaruddin
Fadhlatullah Zakaryya
Luqman Hisyam Che Mazlan

Ketua Keselamatan
Haji Sabri Kassim
Timbalan Gabenor Wilayah Kampong Cham

Wakil Urusan di Siem Reap
Ustaz Musa Salleh
Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Phnom Penh, Kandal, Takeo, Prey Veng, Svay Rieng, Kg Speu
Ustaz Yusof Yahya
Pembantu Khas Mufti
Ustaz Abdul Wahid Abdullah
Guru Agama

Wakil Urusan di Kompong Chhnang
Haji Hashim Yunus
Imam Daerah

Wakil Urusan di Kompong Cham, Stung Reng, Rattanakiri, Mondulkiri
Haji Sabri Kassim
Timbalan Gabenor Wilayah Kg. Cham
Ustaz Zahari Mohd. Daud
Guru Agama
Ustaz Syukri Kassim
Guru Agama

Wakil Urusan di Kratie
Tuan Yusuf Said
Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Pursat, Battambang & Bontaey Mean Chey
Haji Musa Sulaiman
Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Kampot, Sihanoukville, Koh kong
Ustaz Zuhri Bin Ahmad
Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Kompong Thom
Haji Zuhdi Yusof
Ahli Majlis Syura

One Response to “Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1432H”

Leave a Reply

Video Korban Aqiqah
Koleksi Video Korban 1433H Di Kemboja:
Video 1
Video 2
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Wakaf Perigi
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1433H : 14 Oct 2013
Ibadah Aqiqah: Dibuka sepanjang tahun

Nama Akaun Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd :
BIMB (Jln Tun Razak)
No. Akaun : 14032010015955
MAYBANK (Tmn Setiawangsa KL)
No. Akaun : 562188100158
Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
19 Jun 2013

Subuh 5:42am
Syuruk 7:05am
Zohor1:17pm
Asar4:43pm
Maghrib7:26pm
Isyak8:42pm

Lihat Lokasi Lain
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..