Anda pelawat ke

Ramadhan

Laporan program Ramadhan 1433Hijrah :

1. Jumlah wang : RM54,676.49 (Peruntukan daripada Al-Ameen Serve Holdings SB daripada yuran penyertaan yang diterima sebelum 26 Ramadan 1433H).

Jumlah wang : RM18,774.08 (Sumbangan daripada para dermawan & Peserta Korban & Aqiqah 1433H)

2. Aqiqah Lembu : 96 ekor (sehingga 30 Ramadhan)

3. Aqiqah Kambing : 285 ekor (sehingga 30 Ramadhan)

Umumnya pelaksanaan agihan wang untuk berbuka puasa dan juga agihan ternakan aqiqah lembu
dan kembing untuk berbuka puasa dan sahur sama sahaja seperti tahun-tahun yang lepas.

*Aqiqah Lembu *Aqiqah Kambing *Nazar

Agihan dibuat kepada imam-imam wilayah seluruh Kemboja. Majlis agihan diadakan di Pejabat Mufti Kemboja oleh Mufti Kerajaan Kemboja Okhna Haji Kamaruddin Yusof. Agihan disaksikan oleh wakil Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd, saudara Obliza Mohammad.

Firman Allah S.W.T.

“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menderma sebahagian apa yang kamu sayangi.”
Maksud Al-Quran (Al-Imran : 92)

Setiap tahun, lima peratus daripada yuran penyertaan ibadah Korban dan juga Aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadhan bagi tahun yang berkenaan akan diperuntukkan untuk program berbuka puasa di Kemboja. Biasanya tarikh ini akan dilanjutkan jika kesempatan untuk menghantar dana bagi program Ramadhan tahun berkenaan.

Mufti Kerajaan Kemboja, Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan mengagihkan sumbangan berbuka puasa ini kepada kampung-kampung berdasarkan jumlah sumbangan yang ada. Juga penyertaan ibadah Aqiqah yang diterima dalam tempoh 1 Sha’aban sehingga 20 Ramadhan akan disempurnakan pada bulan Ramadhan tahun yang berkenaan.

Di samping itu, ramai juga para peserta memberi sumbangan tambahan. Ini boleh dilakukan dengan menyatakan sumbangan tersebut pada borang penyertaan ibadah Korban & Aqiqah ataupun memaklumkan urus setia melalui surat. Setiap sumbangan akan mendapat pengesahan daripada Mufti Kerajaan Kemboja.

Gambar-gambar daripada arkib Al-Ameen Serve Holdings bagi program Ramadhan di Kemboja. (Untuk hiasan)

lb_pic1Yusof Zamri, Telekom International (Cambodia). Encik Megat,
wakil kedutaan Malaysia di Kemboja. Haji Che Mazlan Saad.

lb_pic2Menyusun agihan wang untuk berbuka puasa seluruh
Kemboja yang ditentukan oleh Mufti Kemboja.

lb_pic3Persiapan daging aqiqah untuk majlis berbuka puasa.

lb_pic4Kaum wanita Cham tersenyum ceria dapat menikmati
hidangan berbuka puasa walaupun serba sederhana.

lb_pic5“…ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram.” maksud ar-Rad : 28

lb_pic6Senja Ramadhan di Kemboja

lb_pic7Berbuka puasa istimewa : roti perancis dan kari aqiqah ala Kemboja.

lb_pic8“…Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” maksud at-Taubah : 120

17 Responses to “Ramadhan”

  • Kasim says:

    Assalamulaikum,

    Saya ingin menyertai program bulan ramadahan. Namun saya tidak berapa setuju dgn kaedah yng digunakan untuk mengumpul duit bagi program ini. Bagi saya biarlah sumbangan ibadah korban dan akikah digunakan untuk tjuan akikah dan korban sahaja.

    Namun begitu, bagaimanakah dapat saya membuat sumbangan terus utk program ramadahan.

    Harap maklum

  • admin says:

    Assalamualaikum,

    Semoga ketelitian saudara melaksanakan sesuatu ibadah itu mendapat kerahmatan Allah s.w.t. Sudilah kiranya saudara membuat anggapan perkara
    ini sebagai perbezaan pendapat dalam kita mencari sebanyak mungkin kebaikan dalam usaha memelihara kemaslahatan umat. Sememangnya Al-Ameen menetapkan paras kecekapan dan penjimatan kos dalam melaksanakan program korban dan aqiqah di Kemboja agar mampu memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan yang diterima untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja yang termasuk menaja program berbuka puasa pada bulan Ramadhan.

    Sememangnya niat dan lafaz aqad para peserta seperti pada borang penyertaan dan dalam website al-ameen ialah khusus untuk perlaksanaan ibadah korban ataupun aqiqah. Juga saya percaya para peserta memahami bahawa iltizam al-ameen memperuntukkan dana untuk perkembangan syiar Islam
    di Kemboja tidaklah sehingga menjejaskan kesempurnaan perlaksanaan ibadah korban dan aqiqah yang diniatkan oleh para peserta.

    Sumbangan terus utk program Ramadhan boleh disalurkan melalui al-ameen dengan diiringi surat melantik kami untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada Mufti Kemboja.

    Sekian, terima kasih

    Haji Che Mazlan Saad

  • Sherry Mustaffa says:

    Salam.

    Ustaz saya ingin mendapatkan kepastian. Aqiqah untuk anak lelaki ialah 2 ekor kambing. Anda pendapat mengatakan kita boleh membuat seekor dulu & kemudian lagi seekor, jika tidak berkemampuan. Betul ke?

    Sekian, terima kasih.

  • admin says:

    Assalamualaikum wrt wbt

    Sememangnya pelaksanaan aqiqah bagi anak lelaki ialah 2 ekor kambing. Boleh, pelaksanaan aqiqah tersebut boleh dilaksanakan dengan 1 ekor kambing dahulu dan ditambah kemudian dengan 1 ekor kambing lagi mengikut kemampuan masing-masing.

    Wallahuaklam

    Ustz Norwariza Binti Mohd Hed
    Ketua Urus Setia
    Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

  • Usaimah says:

    Assalamualaikum…
    Bolehkah ibadat aqiqah dilaksanakan utk anak yang meninggal dunia tidak cukup bulan (mati dalam kandungan)?

  • admin says:

    Waalaikum salam wrt wbt
    Sunat dituntut untuk melaksanakan aqiqah bagi anak yang dilahirkan dan sudah diberi nama. Untuk anak yang meninggal tidak cukup bulan (mati dalam kandungan) tidak perlu diaqiqahkan kerana anak tersebut memang sudah dijanjikan syurga.

    Nabi SAW bersabda: ” Sembelihlah aqiqah atas nama si bayi dan cukurlah rambutnya.”

    Wallahuaklam.

    Ustz Norwariza Mohd Hed
    Ketua Urus Setia
    Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

  • Nora says:

    Salam.
    Kenapa di bahagian aqiqah, kita boleh memilih samada 1 bahagian lembu atau 1 ekor kambing? Bukan ke aqiqah tu menggunakan kambing saja atau kibas (kalau ikut hadis kalau tak silap saya)? Harap dapat beri penjelasan.

  • admin says:

    Assalamualaikum wrt wbt,

    Jumhur ulama berpendapat boleh melakukan aqiqah dengan seekor kambing, unta ataupun lembu. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengan unta, lembu ataupun kambing.” Hadith riwayat At Tabarani.

    Yang menjadi khilaf atau perbezaan pendapat di antara ulama adakah ibadah aqiqah mengambil hukum ibadah qurban ataupun sama dengan hukum qurban sehingga ibadah aqiqah boleh berkongsi pada seekor lembu ataupun unta untuk 7 orang.

    Hukum yang membolehkan qurban itu dikongsi bersama oleh 7 orang untuk seekor lembu ataupun unta disabitkan antaranya kepada hadith yang diriwayatkan oleh At Tarmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a katanya: “Adalah kami beserta Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan, maka datanglah musim qurban. Maka kamipun menyembelih seekor lembu untuk 7 orang dan 1 ekor unta untuk 10 orang.”

    Ulama Mazhab As Shafie berpendapat boleh berkongsi seekor lembu ataupun unta untuk melaksanakan ibadah aqiqah sepertimana yang dijelaskan oleh Al Imam Nawawi. Pandangan ini diterima oleh para ulama Mazhab As Shafie di Nusantara Melayu dan oleh kerana itulah sejak dahulu lagi ibadah aqiqah dilaksanakan melalui kambing ataupun dikongsi bersama untuk 7 bahagian bagi seekor lembu.

    Adapun pandangan yang mengatakan bahawa aqiqah itu hanya sah dilaksanakan dengan seekor kambing, lembu ataupun unta dan tidak boleh berkongsi lebih daripada seorang merujuk kepada pendapat Mazhab Maliki dan Hambali.Wallahuaklam.

    Ustz Norwariza Mohd Hed
    Ketua Urus Setia
    Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

  • Along77 says:

    Bolehkah saya membuat ibadah korban untuk ayah saya sedangkan saya sendiri belum berbuat demikian?

  • adi says:

    ada tak program untuk memberi zakat kepada warga kemboja ini?

    terima kasih.

  • yasser says:

    assalamualaikum ustaz,
    segala puji bg allah taala..

    saya sebenarnya ingin membayar nazar untuk sesuatu perkara, dan alhamdullillah sudah tiba masanya saya mambayar nazar itu, berupa beberapa ekor kambing. alhamdullillah saya telah laksanakan sepertiga dari nazar itu dan tinggal lagi 2 ekor kambing untuk dijayakan.Disini soalan saya ialah, bolehkah saya turut serta dalam porgram korban kemboja ataupun sebaliknya perlu barangkali dicara yang berlainan. Diharap ustaz dapat memberi tunjuk ajar serta nasihat yang boleh saya ikuti insya allah…

  • Alang says:

    Assalamualikum wrt wbt Ustaz

    Anak saya mengambil anak angkat/orang bagi dan dlm proses utk anak angkat..dlm surat beranak anak itu tiada nama bapa (mungkin anak luarnikah). Aqiqah dan qurban utk anak itu boleh ke kami buatkan, umur anak itu hampir 2 tahun – lelaki.

    Sekian dan terima kasih.

  • Eosnani says:

    Assalamualaikum wrt wbt Ustaz,

    Saya sekarang berumur 49 tahun dan apabila saya bertanya pada ibu, adakah
    ibu pernah melakukan aqiqah untuk saya, ibu menjawab ibu tidak ingat dan
    juga tidak pasti(Maklumlah, adik-beradik saya seramai 8 orang dan saya anak ketiga.) Oleh kerana ada keraguan, bolehkah saya melakukan
    aqiqah untuk diri saya sendiri. Apakah syarat-syarat yang perlu
    dipenuhi.

    Harap mendapat balasan. Terima kasih.

  • sham says:

    salam,saya baru dapat baby boy,dan ingin membuat akikah.saya memilih lembu,dan saya perlu membayar 2 bahagian sahaja RM500..betulkan?

  • admin says:

    Salam,
    Ya, betul..
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 03-41434343.

  • rosie says:

    anak sy pertama ank perempuan sudah buat aqiqah sewaktu baby. Tetapi anak kedua ank lelaki belum pernah buat aqiqah lg…umurnya skrg sudah 4thn. Macamane caranya ye..sila reply..terima kasih

  • admin says:

    Salam,
    Puan boleh menyertai aqiqah untuk anak lelaki puan di http://www.korbanaqiqah.com.my pilih Ibadah Aqiqah dan perlu lengkapkan borang. Bayaran akan dilink terus ke maybank2U atau kredit kad online.. Internet Banking daripada akaun lain-lain juga boleh dibuat dengan memilih Fund Transfer untuk transaksi tersebut.
    Sila hubungi 03-41434343 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Video Korban Aqiqah
Koleksi Video Korban 1433H Di Kemboja:
Video 1
Video 2
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Wakaf Perigi
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1433H : 14 Oct 2013
Ibadah Aqiqah: Dibuka sepanjang tahun

Nama Akaun Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd :
BIMB (Jln Tun Razak)
No. Akaun : 14032010015955
MAYBANK (Tmn Setiawangsa KL)
No. Akaun : 562188100158
Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
21 Mei 2013

Subuh 5:40am
Syuruk 7:02am
Zohor1:13pm
Asar4:36pm
Maghrib7:21pm
Isyak8:34pm

Lihat Lokasi Lain
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..