Wakaf Perigi
Program Wakaf Perigi ini dilaksanakan untuk menampung keperluan air penduduk-penduduk kampung. Hanya dengan peruntukan RM750, kita dapat menyediakan sebuah perigi palong ataupun pam untuk kegunaan penduduk kampung.
Sebanyak 256 buah perigi bagi tahun 1432H telah disempurnakan pembinaannya.
Bagi tahun 1433H jumlah keseluruhan wakaf perigi yang diterima dan disempurnakan adalah sebanyak 524 buah.
Bagi tahun 1434H alhamdulillah pada peringkat awal ini sudah sebanyak 386 buah perigi diterima untuk penyempurnaan di Kemboja.
Hanya menunggu musim hujan untuk sumber air.
Cuaca di Kemboja boleh dibahagikan kepada 3 musim. Musim sejuk, ialah antara bulan November hingga Februari. Terkadang-kala, suhu boleh mencecah dibawah 15 darjah celcius pada waktu malam. Biasanya pada siang hari, suhu berlegar dipertengahan 20-an darjah celcius. Pada musim ini, biasanya hujan jarang turun.
Cuaca mulai panas dari bulan Mac hingga Mei. Bukan sahaja panas, udara akan dipenuhi dengan debu tanah terutamanya jika kita bergerak di luar bandar. Terkadang-kala, suhu boleh mencecah sehingga melebihi 35 darjah celcius. Hujan masih tidak turun.
Musim hujan dengan udara monsun bertiup dari bulan Jun hingga Oktober. Hujan biasanya turun pada petang hari terutamanya hujan renyai-renyai.
Oleh kerana itu, Kemboja sering dilanda musim kering. Terkadang-kala terdapat 4 hingga 5 bulan tanpa hujan. Ini merupakan cabaran bagi kehidupan orang kampung. Biasanya, bagi penduduk kampung yang tinggal di tebing-tebing sungai akan mengambil air daripada sungai. Ini menjadi masalah kerana tebing sungai Mekong biasanya curam. Bagi penduduk kampung yang dapat bergotong-royong akan berusaha untuk mendapatkan pam air. Air dipam daripada sungai ke tempat pengumpulan yang mudah diambil oleh penduduk kampung ataupun air sungai ini dipam terus ke palong-palong yang ada pada tepi rumah. Masalahnya ialah harga diesel untuk menggerakkan pam itu mahal disamping harga pam itu sendiri sememangnya tidak mampu ditanggung oleh penduduk kampung.
Jadi, penduduk kampung di tebing-tebing sungai Mekong juga akan menggali perigi. Perigi di tebing-tebing sungai biasanya dalam kerana paras tanah yang mengandungi air di tebing-tebing sungai agak dalam. Masalahnya, palong-palong perlu dibeli untuk mengelakkan tanah runtuh. Jika palong tidak digunakan, perigi hanya berfungsi sekejap sahaja.
Bagi penduduk kampung di darat iaitu jauh daripada sungai, biasanya akan menggali perigi untuk keperluan air. Juga kolam-kolam air akan digali sebagai takungan air semasa musim hujan. Apabila masuk musim kemarau, air inilah yang digunakan untuk keperluan harian.
Kerajaan Kemboja setakat ini tidak mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh Negara. Bekalan air berpaip ini biasanya ada di bandar-bandar besar sahaja. Itupun mendapat peruntukan daripada Negara luar. Jepun misalnya telah menyediakan bekalan air berpaip untuk sebahagian penduduk Phnom Penh, ibu Negara Kemboja.
Program Wakaf Perigi ini dilaksanakan untuk menampung keperluan air penduduk-penduduk kampung. Hanya dengan peruntukan RM750, kita dapat menyediakan sebuah perigi palong ataupun pam untuk kegunaan penduduk Kampung. InsyaAllah, ini merupakan amal jariah yang besar pahalanya. Yuran penyertaan telahpun merangkumi kos membina perigi, sumbangan mengembangkan syiar Islam di Kemboja dan ganjaran pengurusan.
Haji Hazwan Lee, Peserta Ziarah Kemboja sedang membantu mengorek perigi yang diwakafkannya.
Ustaz Iskandar daripada Singapura bersama anak-anak di Kampung Potien, Wilayah Kg. Cham, Kemboja
Perigi Pam sumbangan Jepun berdasarkan teknologi dari India. Dalam perigi sehingga 60 meter. Masalahnya, jika rosak, orang kampung tidak tahu membaikinya.
Ustaz Haji Mokhtar Mohd Zain bersama Cikgu Mohd Tap Yakob, peserta Ziarah Kemboja sedang mencuba perigi Pam yang telah diwakafkan.
Perigi Pam dengan teknologi tempatan Kemboja. Dalam mencapai sehingga 15 meter dan jika rosak, mudah dibaiki. Harganya pun agak murah.
Para peserta melihat perigi yang diwakafkan atas nama Abdul Muin Bin Long
Saudara Wirdat Alias mengambil wuduk melalui perigi sambil dibantu oleh salah seorang peserta
Puan Ruzita Khalil dibantu anaknya untuk mengepam dari keluar dari perigi
Memang ada orang kampung yang membuat bisnes menyiapkan perigi. Biasanya, perigi ini boleh siap dalam tempoh 7 hari.
Mufti Kemboja akan menentukan penduduk kampung yang layak mendapat perigi yang diwakafkan. Biasanya, dipilih keluarga yang miskin, misalnya Ibu tunggal.
Masalah air di Kemboja menyebabkan rumah rakit masih banyak di tebing-tebing sungai.
Testimoni penerima wakaf perigi:
“Saya Ibrahim Bin Yahya mengucapkan berbanyak terima kasih untuk perigi ini kerana sebelum ini kami sekeluarga terpaksa mengambil air daripada tempat yang jauh daripada rumah. Alhamdulillah semoga sumbangan wakaf perigi ini akan dibuat banyak lagi di kampung kami.”
Ibrahim Yahya, penerima wakaf perigi di Kemboja

Proses penggalian lubang air wakaf perigi dijalankan menggunakan mesin penggali.

Batu bata disusun kemas di sekeliling pam perigi untuk membentuk dataran pam.

Wakaf perigi pam diuji untuk menjadikan pengeluaran dan pengaliran air lancar.

Akhirnya air dari perigi pam mengalir deras untuk kegunaan penduduk kampung.
Sertailah segera Program Wakaf Perigi dengan cara yang MUDAH, MURAH & DIYAKINI
Saya berminat untuk menyertai Program :



"Pihak
kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk
ke tahun 16"
Asalam saya berminat untuk wakaf perigi, saya beberapa soalan.
1.bagaimana caranya
2.selama berapa lama perigi itu bertahan
3.ada apa2 maintance ke,
kalau ada keterangan lanjut.
tk
0192853900
Assalamualaikum
Saya berminta, minta tolong jelaskan kaedah permohonan dan perkara-perkara berkaitan.
Terima kasih
Assalamualaikum wrt wbt
Semoga niat saudara mendapat kerahmatan Allah s.w.t.
Program ini mendapat sambutan yang baik, allahamdullilah. Caranya:
1. Saudara menulis surat melantik Al-Ameen untuk mengurus sumbangan wakaf perigi ini –
tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk pengurusan ini. Surat tersebut hendaklah dikepilkan dengan pembayaran yang dibuat dan hantar kepada kami untuk diproses.
2. Mufti Kemboja akan memaklumkan kepada kami nama penerima dan lokasi perigi berkenaan. Jenis perigi yang dibina bergantung pada jenis tanah dan kegunaan — perigi palung ataupun perigi pam.
3. Pembinaan akan dikawal-selia biasanya oleh guru agama ataupun imam masjid di kampung berkenaan.
4. Biasanya perigi ini ini akan diwakafkan kepada sesuatu keluarga. Syarat wakaf ialah penerima bertanggungjawab terhadap keadaan perigi.
5. Sijil Pengesahan wakaf perigi akan dikeluarkan dengan pengesaahan al-ameen dan mufti kemboja.
Sebuah perigi berharga RM 700 (termasuk kos barangan, kos pembinaan dan juga kos pembaikan jika rosak).
Sekian, terima kasih.
Ustz Norwariza Mohd Hed
Urus Setia
Salam Ustazah,
Setelah membaca ttg kesusahan penduduk islam Cham terutamanya dlm mendapatkan sumber air, sy b’minat utk turut serta dlm program ‘wakaf perigi’ ini..cuma yg menjadi kemusykilan sy..perlu kah setiap perigi itu ditulis kan nama pendermanya…bknkah sebaik2 sedekah itu tdk perlu diwar-warkan..?
adakah pihak Al-Ameen m’punyai wakil yg tetap di kemboja yg blh sy hubungi utk menyalurkan sumbangan di sana?
Assalamualaikum wrt wbt
Semoga Allah SWT merahmati Puan kerana prihatin terhadap ketelitian untuk memelihara niat semasa melaksanakan sesuatu ibadah. Sememangnya sedekah ataupun amalan yang dibuat oleh tangan kanan seseorang itu tidak diketahui oleh tangan kirinya. Apatah lagi dalam melaksanakan ibadah yang bukan wajib sifatnya. Bersedekah dituntut oleh Allah SWT untuk dilaksanakan oleh setiap umat Islam untuk membantu insan yang memerlukan. Di Kemboja, masalah air begitu kritis sekali kerana cuaca di sana mengalami musim kemarau yang agak panjang.
Pihak kami terkadang kala perlu menzahirkan sesuatu amalan itu kerana ingin memelihara amanah untuk kami menyempurnakan sedekah tersebut seperti membina perigi wakaf. Dalam hal ini kami telahpun menyusun sistem pemeliharaan amanah seperti berikut:
1. Setiap perigi yang akan diwakafkan disediakan sijil yang disahkan oleh Mufti Kemboja untuk diserahkan kepada wakil Mufti, biasanya imam masjid ataupun guru agama untuk membina sesuatu perigi bagi keluarga yang miskin. Disebabkan tahap pendidikan yang rendah ataupun keuzuran penerima, urusan membina perigi tersebut akan dipertanggungjawabkan kepada guru agama di tempat tersebut. Wakil inilah yang akan menyusun untuk membina perigi tersebut – sama ada perigi palong ataupun perigi pam.
2. Sijil pengesahan pelaksanaan perigi akan dihantar kepada penyumbang bersama pengesahan Mufti Kemboja.
3. Bagi tujuan laporan pelaksanaan kami akan memilih sesuatu perigi untuk diambil gambar sebagai memenuhi keperluan laporan. Kadang kala nama penyumbang itu dilakarkan pada perigi berkenaan oleh wakil kami. Ini bukanlah satu ketentuan dan biasanya tidak dibuat.
Wallahuaklam
Ustz Norwariza Mohd hed
Ketua Urus Setia
saya berminat, tapi tak tau cara..tolong jelaskan . nak tulis surat saya malas.kalau ada borang yang simple, tolong hantar. t. kasih
salam ustz
sya brmnt untuk mnyertai waqaf perigi ini
cuma saya ada satu soalan
jika ingin sertai,saya perlu membayar rm700 ke?
adakah amaun lain yang boleh saya sertai krna saya masih student
Saya ingin menyerta wakaf perigi. Sila jelas cara2 nya. Terima kasih
Salam, saya memiliki sejumlah wang interest dari bank conventional yg telah saya ketepikan apabila saya menutup akaun dan membuka akaun yg islamik. Wang tersebut akan saya serahkan kpd baitulmal utk digunakan utk kemashalatan umum. Bagaimanapn, setelah saya membaca skim wakaf perigi ini, saya ingin bertanya adakah boleh disisi syarak dan diterima pihak al ameen jika wang saya itu digunakan bg menyertai skim ini. Saya tidak mengharapkan pahala kerana wang ini adalah wang tidak patuh syarak. Saya berpendapat ia juga adalah utk kemashalata umum .mohon pandangan.
Salam,
Saya berminat untuk sertai program ini, tolong beri saya borangnya ataupun cara-caranya.
Assalamualaikum,
Saya cadangkan supaya disediakan borang on-line bagi program wakaf perigi sama seperti program korban/aqiqah. Ini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyertaan. Al maklumlah dunia IT sekarang ni.. bila nak kena tulis surat melantik Al-Ameen & kepilkan cek, hasrat tertangguh dan terlupa dengan kesibukan urusan lain.
Semoga niat kita untuk mewakafkan perigi mendapat kerahmatan Allah s.w.t.
Saya akan berbincang dengan SS Mufti Kemboja berkenaan cara yang akan memudahkan para dermawan untuk mewakafkan perigi di Kemboja. Mungkin kita akan mengambil model Program Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja.
Sehingga hari ini 6 November 2009 terdapat 34 perigi wakaf yang akan diagihkan dan dibina dan insyallah dijangka dapat dirasmikan oleh para
peserta program Ziarah Kemboja pada 25 hingga 29 November nanti.Bilangan
terkumpul perigi wakaf sejak mula program ini telahpun mencapai 274 buah,alhamdullilah.
Semoga Allah s.w.t memberi ganjaran kpd semua yang terlibat, amin…
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban & Aqiqah
di Kemboja
Waalaikum salam wrt wbt
Terima kasih atas cadangan yang dikemukakan. Insyallah pihak kami akan menyediakan borang online untuk wakaf perigi bagi memudahkan lagi proses penyertaan dan penyerahan wakaf perigi tersebut. Semoga niat kita dalam melakukan ibadah akan diberkati oleh Allah SWT.
Ustz Norwariza Mohd Hed
Ketua Urus Setia
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja
Assalamualaikum wrt wbt
Semoga niat kita dalam melaksanakan ibadah akan diberkati oleh Allah SWT. Untuk program wakaf perigi memang telah ditetapkan RM 700 untuk sebuah yang mana telah merangkumi kos pembinaan, kos pembelian bahan-bahan dan juga kos pembaikan jika berlaku kerosakan. Cara lain yang boleh dibuat ialah dengan mencari rakan-rakan yang mahu berkongsi untuk mencukupkan sebuah perigi tersebut tidak kira lah berapa ramai. Insyallah, bukan hanya saudara yang berniat sahaja yang sama-sama mendapat pahala keberkatan tersebut malahan rakan-rakan saudara juga.
Terima kasih. Wallahuaklam.
Ustz Norwariza Mohd Hed
Ketua Urus Setia
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja
assalaamualaikum wrt.
Saya ingin sekali untuk menyertai perigi wakaf ini.
InsyaAllah.
Saya berminat untuk menyertai program ini.
Insyallah
Assalamualaikum…..
SAya amat berminat menyertai program wakaf perigi..Bagaimanakah cara nak menyertai program wakaf perigi?, i.e. nama & alamat surat mewakilkan urusan wakaf & cara deposit RM 700 (no akaun etc)
azeman
Assalamualaikum wrt wbt
Semoga niat saudara mendapat kerahmatan Allah s.w.t.
Program ini mendapat sambutan yang baik, allahamdullilah. Caranya:
1. Saudara menulis surat melantik Al-Ameen untuk mengurus sumbangan wakaf perigi ini –
tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk pengurusan ini. Surat tersebut hendaklah dikepilkan dengan pembayaran yang dibuat dan hantar kepada kami untuk diproses.
2. Mufti Kemboja akan memaklumkan kepada kami nama penerima dan lokasi perigi berkenaan. Jenis perigi yang dibina bergantung pada jenis tanah dan kegunaan — perigi palung ataupun perigi pam.
3. Pembinaan akan dikawal-selia biasanya oleh guru agama ataupun imam masjid di kampung berkenaan.
4. Biasanya perigi ini ini akan diwakafkan kepada sesuatu keluarga. Syarat wakaf ialah penerima bertanggungjawab terhadap keadaan perigi.
5. Sijil Pengesahan wakaf perigi akan dikeluarkan dengan pengesaahan al-ameen dan mufti kemboja.
Sebuah perigi berharga RM 700 (termasuk kos barangan, kos pembinaan dan juga kos pembaikan jika rosak).
Sekian Terima Kasih. Wallahua’lam.
Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
Urus Setia Korban Aqiqah di Kemboja
Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
Saya rasa ada yang sangat berminat untuk mewakafkan perigi tapi kemampuannya hanya setakat mungkin RM100 atau RM200 sahaja ….. jadi saya ingin cadangkan supaya pihak Al Ameen mengujudkan juga skim ini seperti minimum RM100 ringgit ….. setiap perigi tetap harganya rm700 tapi jika individu ingin menwakafkan rm100 dia perlu menuggu sehingga ada enam lagi bahagian/individu lain yang ingin berwakaf bagi mencukupkan nya RM700 …. buatkan satu sistem sama seperti ibadah korban …. borang pun sama seperti ibadah korban …… secara ringkasnya jika ada seorang individu ingin berhajat mewakafkan rm100 diapun boleh sertai …. kalau ada yang ingin wakaf rm200 dia pun boleh sertai tanpa menunggu dia ada rm700 baru boleh berwakaf ….. bermakna satu perigi itu mungkin akan ada 7 orang pewakaf atau 56,5,4,3,2,1 pewakaf …. saya rasa al ameen faham maksud saya . sekian terima kasih
dan individu yang ingin berwakaf rm100 kena faham …. perigi tidak akan dibuat selagi tidak cukup 7 bahagian iaitu rm700 ringgit ….
Assalamualaikum wrh wbt
Semoga ketelitian saudara mendapat barokah dari Allah SWT. Terima kasih di atas cadngan bernas saudara.
Pihak kami akan membuat pertimbangan di atas cadanagn bernas saudara.
Sekian Terima Kasih.
Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
Urus Setia Korban Aqiqah di Kemboja
Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
Saya terpanggil untuk sama-sama mewakafkan perigi di Kemboja. Air adalah satu keperluan asas untuk semua makhluk dan ketidaksempurnaan memperolehinya amat menyukarkan. Pihak tuan perlu segera memudahkan pewakaf untuk sama-sama melaksanakannya dengan menyegerakan penyediaan borang khas untuk menyertai wakaf perigi ini. Ramai pihak di luar sana yang tertunggu-tunggu borang untuk meyertainya. Percayalah bahawa dengan adanya borang khas program ini akan lebih mendapat sambutan kerana umat Islam sekarang begitu berkehendakkan melaksanakan ibadah tetapi kekangan masa yang menyukarkan mereka. Terima kasih.
Assalamualaikum wrt wbt…
Semoga niat Saudari untuk beribadah di makbulkan oleh Allah dan mendapat keberkatannya. Terima kasih denagn cadangan saudari. Pihak kami dalam proses untuk melaksanakannya. Namun kami amat berterima kasih dengan cadangan dan keprihatinan saudari. Wallahua’lam.
Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
Urus Setia korban dan Aqiqah di Kemboja.
Al-Ameen Serve Holdings sdn. Bhd.
Salam ustaz,
Saya nak tanya kalau wakaf 1 perigi boleh dapat resit yang disahkan dapat pemotongan cukai pendapatan tak?
Waalaikumussalam wrt w
Sememangnya pihak kami akan memberiakn resit dan sijil pengesahan yang di sahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja. Namun pihak kami tidak menyediakan resit yamg disahkan dapat pemotongan cukai. Wallahua’lam…
Sekian Terima kasih
Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
Urus Setia Korban dan Aqiqah di Kemboja
Asalamualaikum,
Saya berhasrat untuk menyertai program ini.bolehkah saya sertai 2 bhg atas nama arwah ibu dan ayah saya.
alhamdulillah..ramai umat islam malaysia yg prihatin dengan keperluan asasi umat islam di kemboja..
hati yang ditautkan dengan iman tidak akan terpisah oleh jarak dan waktu..
semoga wakaf anda semua menjadi amal jariah yg menyelamatkan anda di alam barzakh…
alangkah bagus sekirany ada dermawan yang sudi membina sebuah madrasah agama untuk pelajar2 wanita yg rata2 mrk tidak berpendidikan tinggi.
malah berkahwin dalam usia yg muda tanpa ilmu agama secukupnya.
niat saya, ingin melihat gadis2 cham-kemboja mendapat pendidikan agama secukupnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan atau berjaya dlm bidang pendidikan sepertimana lelaki..
jika ada yg berminat boleh hubungi saya di 0199143151
assalamualaikum
ada maklumat lanjut tentang madrasah bagi pelajar wanita?
terima kasih.
assalamualaikum
saya rasa elok kita panggil pihak NAHRIM (institut penyelidikan hidraulik kebangsaan Malaysia) dalam menjalankan khidmat nasihat mengenai bagaimana perigi (boleh hubungi pusat kajian geohidrologi)dihasilkan secara lebih kompetatif dan berkesan serta mudah dibaiki dan satu lagi adalah dari segi pengumpulan air hujan secara berkesan untuk masa2 kering, jadi kita kumpulkan air hujan sewaktu hujan lebat, dan kita gunakan pada masa kering. Insyallah khidmat nasihat ini boleh diberikan secara percuma
Assalamualaikum.w.w
Sebagai rakyat M’sia dan umat islam sejagat, saya gembira dengan program ini. Kerana memberi peluang kepada saya dan mereka yg lain untuk sama2 melakukan amal jariah.Sememangnya sudah lama saya menantiakn amal jariah seperti ini.Kerana sebelum ini pun saya membayarkan bil air di surau yang berdekatan dengan rumah saya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.s.w.Dengan adanya program ini, dapatlah saya menyalurkan sedidkit harta saya ke jalan yang diredhai Allah s.w.Cuma apa yang saya titikberatkan disini,semoga ustaz dan mereka yang terlibat di Kemboja agar ikhlas dan jujur dalam melaksanaan program ini.Bukannya apa, kerana zaman sekarang ni banyak kes rasuah ,penyelewengan wang dan salah guna kuasa…Saya percaya ramai rakyat M’sia yang dermawan dan memberikan 100 peratus kepercayaan kepada pihak ustaz ….TERIMAH KASIH kerana melaksanakan program aqiqah,qorban dan wakaf perigi dengan jujur dan KERANA Allah s.w….
Assalam Ustazah,
Saya ingin bertanya, jika saya ingin mewakafkan perigi tersebut kepada arwah, adakah saya perlu daftar atas nama saya atau nama arwah tersebut?. Terma kasih
Salam..
Tuan, Projek Wakaf Perigi masih ada lagi ke…?
Kami berminat utk wakaf satu unit dan harga masih RM700 atau sudah berubah
Terima Kasih
012-3014238
Saya terpanggil utk balas komen Aisyah Lan Mentari Court – pesan guru saya, jika kita nak buat baik/buruk – jgn bagitau sapa2 kerana ia menerbitkan sum’ah. Pada pendapat saya, tidak perlulah puan menjaja usaha yg puan telah lakukan itu – dikhuatiri tidak mendapat apa2.
Ikhlas adalah antara rahsia Allah..sedangkan malaikat pun tidak mengetahuinya. Malaikat raqib & atiq hanya menjalankan tugas mencatat perbuatan manusia bukan mengukur keikhlasan.
salam,
saya nak bertanya blh kah saya wakaf perigi untuk 1 bahagian sahaja.kalau saya nak wakafkan perigi kepada arwah, perlu saya daftarkan atas nama saya atau nama arwah? terima kasih
Salam,
Puan boleh menyertaai wakaf perigi dengan hanya 1 bahagian kerana kami akan mencukupkan bahagiannya dengan peserta yang lain. Puan perlu daftar atas nama Puan sendiri, dan di ruangan nama peserta puan perlu tulis nama arwah.
Semoga niat untuk melaksanakan ibadah ini akan mendapat kerahmatan daripada Allah SWT.
Salam,
Program Wakaf perigi masih diteruskan. Umat Islam di Kemboja masih memerlukan bekalan air perigi tersebut. Harga 1perigi RM750 (boleh dikongsi sehingga 5org/ bhg). Tuan juga boleh menyertai untuk 1 bhg (RM150) bahagian selebihnya kami akan cukupkan dengan peserta yang lain.