Anda pelawat ke

Aqiqah

Kata-kata Aluan

Antara perbezaan korban dan aqiqah ialah:”Antara anugerah Allah SWT ialah ketenangan jiwa untuk hamba-hambanya yang dapat menunaikan sesuatu ibadah…

Begitulah juga dengan ibadah Korban & Aqiqah. Program ini disusun untuk memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan ibadah ini. Juga ibadah ini dilaksanakan di tempat yang ramai umat Islam yang miskin. Umat Islam di Kemboja dapat merasai secara langsung pengertian ukhwah Islamiah – Persaudaraan Islam di Nusantara Melayu. Saya amat bersyukur kerana dapat terlibat dalam menyusun perlaksanaan ibadah Korban & Aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja sejak 19 tahun dahulu. Lebih 34 ribu para peserta daripada Malaysia, Singapura dan Brunei telah menyertai program ini sejak dari tahun 1415H lagi.”

Ketetapan Mufti


Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof
Mufti Kemboja

Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja disempurnakan mengikut ketetapan-ketetapan Sohibus Samahah Mufti Kemboja Okhna Haji Kamaruddin Yusof seperti berikut:

  • Lembu yang dibeli untuk ibadah korban atau aqiqah mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.
  • Lembu korban mestilah disembelih dan dagingnya diagih-agihkan pada Hari Raya Eidul Adha.
  • Lembu untuk ibadah aqiqah hendaklah disembelih dan jamuan aqiqah disempurnakan sebelum 14 Zulhijjah kecuali dengan kebenaran Mufti.
  • Sijil pengesahan penyempurnaan ibadah korban dan aqiqah diserahkan kembali oleh Ahli Jawatankuasa Masjid/ surau kampung kepada urusetia program.

Perbezaan Korban & Aqiqah

Antara perbezaan korban dan aqiqah ialah:
pic_masak&rumah

1. Daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu belum dimasak. Manakala daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak. Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa:

“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” (maksud hadis)

2. Daging aqiqah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan do’a harapan agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.

3. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya manakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.

4. Tempoh menyembelih korban hanya 4 hari dalam setahun, iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan menyembelih haiwan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut, bahkan dapat dibuat pada mana-mana hari yang sesuai..

5. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, manakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun hijrah.

Takrif Aqiqah

pic_masakAqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.

Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Menyembelih aqiqah adalah sunat muakkad. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.

Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu melepaskan bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Hukum Aqiqah

pic_budakBudakImam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah swt sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail a.s.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

Kadar Haiwan Aqiqah dan Masa Aqiqah

pic_lembu&Aameen

Haiwan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

Jenis Haiwan Umur Minima
1. Kibas Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
2. Biri-biri, domba dan kambing melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
3. Lembu dan kerbau melebihi dua tahun
4. Unta melebihi lima tahun

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

  • Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
    “Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
  • Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
  • Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
  • Malik, Asy Syafi’e, Ahmad dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.
  • Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
  • Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
  • Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.

18 Responses to “Aqiqah”

  • MOHD ZIN MD AHAD says:

    Assalamualaikom; Kemusykilan ialah anak pertama saya 13thn, kedua 11 tahun, belum pernah dibuat aqiqah tetapi korban sudah dibuat. Bolehkah lagi saya melakukan aqiqah untuk mereka. Terima kasih.

  • admin says:

    Waalaikum salam wrt wbt.
    Saudara, perlaksanaan aqiqah sebaik-baiknya dilaksanakan semasa anak berumur 7 hari atau 14 hari atau 21 hari atau sebelum baligh, akan tetapi aqiqah tidak dihadkan kepada anak kecil yang baru lahir sahaja, ianya juga dituntut kepada mereka yang sudah dewasa yang belum dilaksanakan aqiqah atas apa-apa sebab, maka ibu bapa hendaklah mengaqiqahkan anak mereka walaupun selepas mereka baligh kerana tiada had masa bagi tuntutan ibadah aqiqah. Wallahuaklam

    Ustz Norwariza Mohd Hed
    Ketua Urus Setia
    Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

  • nik azlina hussin says:

    Bolehkah saya akikahkan 2 bahagian lembu setiap seorang untuk kedua anak-anak lelaki saya – umur 11 dan 9 – atau lebih baik saya akikahkan 2 ekor kambing untuk setiap seorang. Yang mana dibenarkan atau diutamakan – 1 ekor kambing atau 2 bahagian lembu.

  • admin says:

    Assalamualaikum wrt wbt

    Assalamualaikum wrt wbt,

    Jumhur ulama berpendapat boleh melakukan aqiqah dengan seekor kambing, unta ataupun lembu. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengan unta, lembu ataupun kambing.” Hadith riwayat At Tabarani.

    Yang menjadi khilaf atau perbezaan pendapat di antara ulama adakah ibadah aqiqah mengambil hukum ibadah qurban ataupun sama dengan hukum qurban sehingga ibadah aqiqah boleh berkongsi pada seekor lembu ataupun unta untuk 7 orang.

    Hukum yang membolehkan qurban itu dikongsi bersama oleh 7 orang untuk seekor lembu ataupun unta disabitkan antaranya kepada hadith yang diriwayatkan oleh At Tarmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a katanya: “Adalah kami beserta Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan, maka datanglah musim qurban. Maka kamipun menyembelih seekor lembu untuk 7 orang dan 1 ekor unta untuk 10 orang.”

    Ulama Mazhab As Shafie berpendapat boleh berkongsi seekor lembu ataupun unta untuk melaksanakan ibadah aqiqah sepertimana yang dijelaskan oleh Al Imam Nawawi. Pandangan ini diterima oleh para ulama Mazhab As Shafie di Nusantara Melayu dan oleh kerana itulah sejak dahulu lagi ibadah aqiqah dilaksanakan melalui kambing ataupun dikongsi bersama untuk 7 bahagian bagi seekor lembu.

    Adapun pandangan yang mengatakan bahawa aqiqah itu hanya sah dilaksanakan dengan seekor kambing, lembu ataupun unta dan tidak boleh berkongsi lebih daripada seorang merujuk kepada pendapat Mazhab Maliki dan Hambali.Wallahuaklam.

    Ustz Norwariza Mohd Hed
    Ketua Urus Setia
    Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

  • sejahil-jahil manusia says:

    Salam,

    nak tanya beberapa soalan,

    Soalan 1

    Ayah saya belum lagi mengakikah kami 7 beradik yg mana sekarang ni kami semua sudah pun akil baligh, insyaALLAH aidiladha ini beliau akan menyempurnakan kurban tapi bukan akikah. Apakah niat yg sepatutnya dlm keadaan begini adakah berniat akikah atau korban?

    Soalan 2

    Adakah org yg melaksanakan akikah boleh makan daging akikah tersebut?

    Soalan 3

    ”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”

    - Adakah al-Jazzar yg dimaksudkan adalah org yg berhajat melaksanakan akikah atau penyembelih yg melaksanakan akikah? kerana cthnya: saya yg berhajat akikah tapi tak pandai sembelih kena amanahkan kepada si penyembelih yg bertauliah.

    - Bagaimana sekiranya saya buat akikah utk anak saya tapi secara gotong- royong penduduk kpg. Sudah pasti si penyembelih dan si pelapah adalah dikalangan penduduk kampung,tentu ramai yg menolong. Adakah saya dibolehkan menyedekahkan daging tersebut kepada mereka atau tidak?

    soalan 4

    Boleh kah kita mengakikahkan diri kita sendiri sekiranya org tua kita tidak melaksanakan sebelum ini?

  • sejahil-jahil manusia says:

    Daripada saidina `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:

    ”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”

    (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)

  • fakhriramley says:

    Salam ziarah.. Teruskan usaha anda.. Selamat berjaya.. Good luck!!

  • Mohamad Shafie says:

    Assalamualaikum,

    Saya ada 2 persoalan.

    1. Adik ipar saya mewakilkan saya untuk membuat pendaftaran ibadat aqiqah di Kemboja. Beliau ada 1 lelaki & 2 perempuan. Untuk anak lelaki,aqiqahnya 2 ekor kambing. Soalan: Adakah 2 ekor kambing boleh digantikan dgn 2 bahagian lembu?
    2. Saya pernah terbaca dari sumber lain dimana ada hadis mengatakan Rasulullah S.A.W pernah menyembelih seekor kambing untuk anak/cucu lelaki baginda. Harap megesahkannya.
    3. Saya mengambil anak angkat. Anak tersebut pula merupakan anak luar nikah. Adakah boleh saya mengerjakan aqiqah untuknya?

    Harap mendapat balas dgn segera & terma kasih.

  • admin says:

    Waalaikumussalam Wrt Wbt

    Semoga niat saudara untuk melakuakan ibadah aqiqah mendapat keberkatan Allah. Untuk pengetahuan saudara kadar aqiqah bagi anak-anak yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
    “Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”Namun Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki itu bukanlah suatu kemestian, kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah melaksanakan aqiqah cucu Baginda, Hassan dan Hussain dengan masing-masing seekor kambing. seperti dalam hadis “Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.

    Namun, seperti ibadah korban, ibadah aqiqah juga boleh dilakukan dengan bahagian lembu. Ini berdasarkan kata-kata Imam Nawawi Dalam kitab Al Majmu’ Lilimam An Nawawi juzuk yang ke lapan di muka surat 409; Berkata Nawawi, “Kalau disembelih seekor lembu atau seekor unta untuk 7 orang anak. Atau berkongsi satu jamaah 7 orang dalam seekor itu tentu harus. Samada mereka berkehendak beraqiqah semua orang. Atau setengah daripada mereka itu beraqiqah. Dan setengah lagi berkehendak daging sahaja. Seperti hukum dalam bab Korban juga. Jumhur ulama berpendapat harus melakukan aqiqah dengan kambing, unta ataupun lembu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengan unta, lembu ataupun kambing.” Hadis riwayat at-Tabarani. Hal ini bermaksud sah dilakukan aqiqah denagn bahagian lembu sama seperti korban.

    Bagi soalan yang ketiga. Aqiqah merupakan tanggungjawab ibu bapa kandung bagi anak-anak. Namun sekiranya saudara ingin lakukan aqiqah untuk anak angkat saudara ianya tidak menjadi kesalahan dan sah aqiqah itu walaupun anak itu anak luar nikah kerana ianya di anggap sebagai sedekah bagi anak tersebut. Wallahua’lam

    Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
    Urus Setia korban dan Aqiqah di Kemboja.
    Al-Ameen Serve Holdings sdn. Bhd.

  • rosli says:

    Assalamualaikum…
    Menurut mak saya, ayah saya tak sempat buat aqiqah untuk saya kerana mak dan ayah saya bercerai.Dan sekarang saya dah pun bekerja.boleh kah saya keluar kan belanja untuk buat aqiqah untuk diri saya sendiri????

  • admin says:

    Assalamualaikum wrt wbt

    Saudara, mengikut pendapat Mazhab Imam Hanbali, seseorang itu boleh melaksanakan aqiqah bagi dirinya sendiri sebagai suatu keharusan bukan sebagai suatu tuntutan, ini kerana tuntutan perlaksanaan aqiqah untuk diri saudara adalah di atas tanggungjawab ibu bapa saudara, oleh kerana mereka tidak berkemampuan sehingga saudara dewasa, maka saudara dibolehkan melaksanakannya sendiri berdasarkan pandangan Imam Hanbali tersebut.

    Wallahuaklam

    Ustzh Norwariza Mohd Hed
    Ketua Urus Setia
    Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

  • ZAIDI says:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin melaksanakan aqiqah bahagian lembu untuk 4 orang anak saya. Sulong perempuan ( 7 tahun) , yang lain semua lelaki bermula dari umur 5 tahun hingga 1 tahun.

    Soalan saya, berapa bahagian lembu yang afdhal untuk saya laksanakan?.

    Terima kasih.

  • faisal says:

    assalamualaikum,

    saya ada soalan ingin ditanyakan..
    sekarang ini anak lelaki saya berusia kurang dari satu tahun,adakah saya blh melakukan aqiqah dgn melaksanakan satu bahagian lembu atau melaksanakannya dgn seekor kambing bagi mengikuti program aqiqah di kemboja ini?sedangkan aqiqah utk anak lelaki adalah 2 ekor kambing..boleh ustaz atau ustazah tlg jelaskan pertanyaan saya ini..

    terima kasih..

  • admin says:

    Assalamualaikum wrt wbt
    Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
    “Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
    Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda;
    “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban.
    Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara;
    Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.
    Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.

    Sememangnya anak lelaki sebaik-baiknya diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut. Ini kerana Rasulullah S.A.W. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.

    Dalam sebuah hadis diriwayatkan;
    “Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.

    Seperti yang kita sama-sama ketahui bahawa bagi anak lelaki sunat diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, dan bagi anak perempuan sunat diaqiqahkan dengan 1 ekor kambing, akan tetapi jika sekiranya seekor lembu atau unta disembelih dengan niat menggantikan tujuh ekor kambing atau 7 bahagian aqiqah, maka ia dibolehkan. Wallahuaklam

    Ustazah Norwariza Mohd Hed
    Ketua Urus Setia
    Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja
    2-1 Tgkt 1 Jln 9/23A
    Medan Makmur Off Jln Usahawan
    53200 Setapak, KL
    Tel: 03-4143 4343 Faks: 03-4149 1414 Emel:korbanaqiqah@alameenserve.com

  • dzul says:

    salam.

    adakah tuntutan aqiqah boleh ditunaikan oleh bapa/emak saudara sebelah ibu (dilakukan oleh emak saudara isteri saya utk anak saya)?

    wassalam.

  • awang timur says:

    salam..ada orng kata tulang -tulang lembu yang telah dimasak untuk aqiqah tidak boleh dibiarkan bersepah dan perlu ditanam seta tidak boleh di simpan…betul ker…

  • admin says:

    Kita dituntut supaya tidak mematahkan tulang-tulang haiwan sembelihan aqiqah, akan tetapi sunnah dipotong mengikut sendi-sendi haiwan tersebut. Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu ketika Fatimah binti Muhammad S.A.W. mengadakan aqiqah anaknya, maka Rasulullah S.A.W. bersabda; “Makan dan jamulah seleramu tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya”.
    Antara hikmah di sebaliknya tuntutan tersebut ialah supaya anak-anak tersebut akan membesar dengan sempurna dan tidak ditimpa perkara yang boleh mencacatkannya sehingga patah dan lain-lain. Wallahuaklam

  • admin says:

    Salam,
    Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda:
    “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi.
    Ini bermakna, tanggungjawap mengaqiqahkan anak adalah ibu bapa atau waris yang menjaganya. Sekiranya, si anak yatim piatu yang dijaga oleh waris yang lain, maka tanggungjawap aqiqahkan si anak jatuh kepada waris yang menjaganya. Wallahuaklam

Leave a Reply

Video Korban Aqiqah
Koleksi Video Korban 1433H Di Kemboja:
Video 1
Video 2
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Wakaf Perigi
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1433H : 14 Oct 2013
Ibadah Aqiqah: Dibuka sepanjang tahun

Nama Akaun Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd :
BIMB (Jln Tun Razak)
No. Akaun : 14032010015955
MAYBANK (Tmn Setiawangsa KL)
No. Akaun : 562188100158
Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
20 Jun 2013

Subuh 5:42am
Syuruk 7:05am
Zohor1:18pm
Asar4:43pm
Maghrib7:27pm
Isyak8:42pm

Lihat Lokasi Lain
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..