Ziarah Kemboja
Program Ziarah Kemboja 1434H
Alhamdulillah, sempena tahun baru Islam 1434H, Insya Allah ziarah Kemboja bagi menyaksikan sendiri pelaksanaan Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja akan berangkat pada 13 Oktober 2013 dan pulang pada 17 Oktober 2013.Bagi peserta-peserta yang berminat untuk menyertai bolehlah mendapatkan tiket penerbangan sekarang!
Maklumat mengenai program ziarah :
Tarikh Penerbangan: 13 Oktober 2013 – 17 Oktober 2013
Penerbangan: Air Asia (Pergi) Kuala Lumpur 15.00pm – (Balik) Phnom Penh 16.40pm
Hubungi kami sekiranya Tuan / Puan sudah mendapatkan tiket penerbangan untuk kami mendapatkan maklumat lanjut Tuan / Puan.
Program Ziarah Kemboja 1433H
Setiap tahun, rombongan dari Malaysia yang terdiri daripada peserta ibadah Korban & Aqiqah akan bersama penduduk kampung merayakan Eidul Adha di Kemboja. Program ziarah ini ingin mencapai beberapa tujuan :
- Mempereratkan lagi ukhuwah Islamiah antara umat Islam daripada Malaysia, Singapura dan Brunei dengan umat Islam di Kemboja.
- Membuka peluang kepada para peserta melaksanakan satu bentuk pelancongan Islami.
- Melaksanakan tinjauan awal bagi para peserta menentukan bentuk amal jariah yang ingin mereka laksanakan secara peribadi ataupun berkumpulan.
- Menyaksikan sendiri pelaksanaan ibadah Korban dan Aqiqah yang telah dilaksanakan sejak tahun 1415H.
- Menyampaikan sendiri sedekah ataupun bayaran fidyah dan juga zakat terus kepada penduduk kampung.
Maklumat Penting
Saksikan sendiri pelaksanaan ibadah Korban & Aqiqah!
Ziarah Islami ke negara yang menarik budaya & pemandangannya.
Pakej Istimewa 5 hari 4 malam: dianjurkan bersama Pejabat Mufti Kemboja.
Kuala Lumpur – Phnom Penh – Kuala Lumpur
Tarikh : 13 Oktober – 17 Oktober 2013
Penerbangan : Air Asia (Bertolak 15:00 – Pulang 16:45)
Yuran Pakej : RM 850.00 seorang (Dewasa) dan RM430.00 seorang (Kanak-kanak bawah 12 tahun)
Bayaran kepada : Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Akaun Maybank : 562188100158 (Sila faks slip bayaran ke 03-41491414)
Yuran termasuk:
- Penginapan Hotel
- Pengangkutan Bas / Bot
- Makanan
- Tour Guide (berbahasa Melayu)
- Tiket masuk ke Toul Sleng / tempat-tempat pelancongan yang dikenakan bayaran
Yuran tidak termasuk:
- Tiket Penerbangan
- Bayaran lebihan berat bagasi
- Insurance Perjalanan
* Sila sediakan wang tunai yang mencukupi.
* Mata wang Kemboja ialah Riel, TETAPI tidak dapat ditukar di Money Changer di Malaysia. Oleh itu, peserta dinasihatkan menukar RM ke USD terlebih dahulu.
* Tiada jaminan insurans dan keselamatan diberi kepada peserta.
* Program tertakluk kepada pindaan.
Daftar Segera! Penyertaan masih lagi dibuka. Sila hubungi Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. di talian 03-4143 4343 (Ustazah Norwariza / Pn. Chu) atau email ke korbanaqiqah@alameenserve.com untuk maklumat lanjut.
Para peserta diingatkan supaya:
1. Membawa PASPORT!
2. Membawa travel adapter, atau bateri sebanyak mungkin agar tidak terjadi masalah kehabisan bateri telefon bimbit / kamera nanti. (Adapter ada dijual di dalam pesawat AirAsia)
3. Membawa cecair sanitasi tangan dan tisu basah.
4. Membawa ubat-ubatan untuk sakit perut, demam atau untuk kecemasan.
5. Membawa duit belanja dalam USD dalam not yang kecil – $1, 2, 5, 10, 20.
6. Membeli sendiri insurans percutian jika perlu.
7. Membawa kompas kiblat (jika ada).
8. Check in penerbangan adalah tanggungjawab sendiri, peserta dinasihatkan supaya berada di ruang pendaftaran selewat-lewatnya pukul 13:00. Jangan bawa barang melebihi had yang dibenarkan.
9. Berkumpul di hadapan restoren Marrybrown selepas check in penerbangan.
10. Beza waktu di Kemboja adalah 1 jam. (cth: pukul 7 pagi Kemboja = pukul 8 pagi di Malaysia).
(B-breakfast, L-lunch, D-dinner) – waktu yang tertera di bawah adalah mengikut waktu di Kemboja.
Contoh Tentatif Program Ziarah Kemboja 1433H
24 Oct 2012 LCCT – Phnom Penh (D)
1:00 ptg : Berkumpul di depan Restoran Marry Brown selepas check in penerbangan
4:30 ptg : Tiba di Phnom Penh International Airport – Melawat sekitar bandar raya Phnom Penh
7:00 mlm : Check in Hotel – Makan malam – sesi suaikenal – Aktiviti bebas – Rehat.
25 Oct 2012 Phnom Penh – Pusat Islam – Kompong Cham (B, L, D)
7:00 pagi : Sarapan dan check out Hotel
8:45 pagi : Melawat Istana Raja, Muzium Tol Sleng
10:30 pagi : Melawat pejabat Mufti dan melawat sekitar kampung Chraing Chomres (Rumah rakit dan sebagainya)
12:00 t/hr : Makan tengah hari, solat jamak qasar Zuhur dan Asar berjemaah di pejabat Mufti
2:00 ptg : Bertolak ke Pusat Islam Kemboja – Melawat sekitar pusat Islam Kemboja
3:00 ptg : Sambung perjalanan ke Kg Cham
5:00 ptg : Tiba di Kg Cham – Check in – Aktiviti bebas
7:30mlm : Makan malam – Rehat
26 Oct 2012 Eidul Adha di Kg. Boeng Proul, Kompong Cham (B,L,D)
5:00 pagi : Solat subuh dan bersiap-siap untuk menyambut Eidul Adha
6:30 pagi : Keluar dari hotel untuk menaiki bot ke destinasi Hari Raya Eidul Adha
7:45 pagi : Tiba di kg perasmian Korban & Aqiqah – berjalan ke masjid untuk solat sunat Eidul Adha
8:30 pagi : Usai solat, sarapan ringan – Program Perasmian Ibadah Korban di Kemboja 1433H bersama Pemimpin Umat Islam Kemboja, Wakil Kedutaan Malaysia dan bersama penduduk kampung
10:00 pagi : Mengagihkan daging korban dari rumah ke rumah mengikut kumpulan
11:40 pagi : Makan tengah hari masakan kampung Melayu Cham Kemboja di rumah penduduk kampung mengikut kumpulan
1:00 ptg : Solat jamak qasar Zuhur dan Asar berjemaah
1:30 ptg : Ziarah rumah-rumah orang miskin di kampung sambil menderma dan sedekah (jika ada)
2:30 ptg : Berkumpul – Sesi salam perpisahan dengan penduduk kampung
3:00 ptg : Bertolak pulang ke hotel dengan menaiki bot
4:25 ptg : Bersia-sia di sekitar Bandar Kg Cham
5:30 ptg : Aktiviti bebas
7.30 mlm : Makan malam di hotel – Rehat
27 Oct 2012 Kg. Perasmian Perigi – Phnom Penh (B, L,D)
7:30 pagi : Sarapan – Bersiap untuk check out Hotel
10:00 pagi : Check out Hotel – Bertolak ke Kg.perasmian perigi- Majlis Perasmian Wakaf Perigi – bersiar-siar di sekitar kampung – makan tengah hari masakan kampung – solat jamak qasar Zuhur dan Asar berjemaah
3:00 ptg : Bertolak balik ke bandar raya Phnom Penh
7:30 mlm : Makan malam – check in hotel – rehat
28 Oct 2012 Hari terakhir Program Ziarah – Phnom Penh – Malaysia (L,D)
7:00 pagi : Sarapan -
8:30 pagi : Membeli-belah di pasar Thmey untuk cendera hati, kain sutera Kemboja, barang kemas dll.
11:30 pagi : Bertolak balik ke hotel – berkemas dan solat jamak qasar Zuhur dan Asar – check out Hotel – makan tengah hari di restoran
2:30 ptg : Bertolak ke PPIA – Check-in penerbangan – Terbang ke tanah air dengan sejuta kenangan
Note:
* Program Ziarah ini tertakluk kepada pindaan.
* Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Mufti Kemboja.
*Urus Setia untuk dihubungi di Airport LCCT:
- En. Obliza Mohamad : 019-2429737
- Cik Alifah : 013-3211800
*Urus Setia untuk dihubungi di Airport Phnom Penh:
- Luqman Hisyam (Kordinator Program Ziarah) : +85516653643
- Abdul Muhaimin : +85510517980
Testimoni Peserta Ziarah
“Saya rasa patut memberi sumbangan korban dan derma kepada orang Islam kita di Kemboja kerana melihatkan majoriti mereka di sana amat miskin dan untuk meningkatkan taraf pelajaran anak-anak mereka.” – Haji Aziz Sulaiman
“Program ini banyak memberi kesedaran tentang kewajipan membantu saudara Islam di Kemboja yang rata-ratanya miskin dan sangat-sangat mengharapkan bantuan dari segi ekonomi dan juga ilmu.” – Mohamad Azmi Johari
“Trip yang baik, juga dapat memberikan kesedaran, penuh dengan aktiviti, peserta juga saling memahami serta tour guide yang sentiasa membantu.” – Puan Ruzita Khalil
“Program yang sungguh baik. Insya Allah akan turut serta pada tahun-tahun akan datang. Program yang dirancangkan dan tidak dirancangkan amat memuaskan.” – Encik Shafik Yusof
“Program ini amat baik diteruskan demi umat Islam Kemboja kerana dapat menimbulkan kesedaran kepada peserta ziarah dan boleh berkongsi pengalaman dan berkempen kepada saudara Islam di Malaysia.” – Encik Mohamad Juri Salihin
______________________________________________________________________________________________________________________
Peserta Ziarah Kemboja memberi sedekah
kepada murid di Pondok Madrasah An-Nikmah,
Potien, Wilayah Kg. Cham, Kemboja
Peserta Suami Isteri bergambar kenangan
Saudari Diyana (kiri) Pelajar Sarjana
Universiti Malaya membuat kajian di Kemboja
Peserta Ziarah Kemboja sekadar bergambar
menyembelih ternakan korban
Ustazah Norwariza Mohd Hed, Ketua Urus Setia
Malaysia sedang mengambil angin di tepi Sungai Mekong
Sejurus selepas subuh pada pagi Eidul Adha,
para peserta bersiap untuk berperahu ke Kg. Kohsidien
di tepi Sungai Mekong untuk bersembahyang Hari Raya Korban
Berperahu nelayan ke Kg. Kohsidien,
Wilayah Kg. Cham pada pagi Hari Raya Korban
Jawatankuasa Kampung sedang membuat
timbangan seadil yang mungkin sebelum diagihkan
daging Korban kepada penduduk kampung.
Senja di Kemboja
Peserta Ziarah 1432H berkumpul mendengar taklimat di perkarangan lobi Hotel Mekong, Kg Cham
Peserta ziarah dalam perjalanan ke Kg Koh Sutin menaiki bot.
Kedatangan peserta ziarah disambut meriah oleh penduduk kampung
Mufti Kerajaan Kemboja memulakan penyembelihan ternakan korban
Peserta ziarah bergambar kenangan bersama Mufti Kerajaan Kemboja, Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Duta Besar Malaysia di Kemboja, Datuk Pengiran Hj Mohd Hussein Bin Datuk Pengiran Hj Mohd Tahir Nasruddin serta Setiausaha 1 di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja, Encik Syed Farizal Aminy Syed Mohamad
Peserta ziarah wanita menikmati hidangan yang disediakan oleh orang kampung
Antara pemandangan yang biasa kelihatan di sepanjang perjalanan
Peserta ziarah lelaki selesai menjamu selera di rumah penduduk kampung
Kereta kuda sebagai pengangkutan untuk masuk ke kampung disebabkan jalan sempit untuk kenderaan besar seperti bas
Agihan sumbangan oleh peserta ziarah kepada anak-anak fakir miskin dan pelajar tahfiz



"Pihak
kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk
ke tahun 16"
assalamualaikum wbt…
saya amat berminat dengan program yang dianjurkan oleh pihak tuan…oleh itu sudilah kiranya tuan memaklumkan apa-apa program yang akan dianjurkan seterusnya.
wassalam wbt.
w rohana.
Pendaftaran sebnyak RM 700 tu untuk seorang saja atau keluarga. Kanak2 6tahun bagaimana?
Assalamualaikum w.r.m w.b.t
Semoga niat untuk menziarahi Kemboja dimaqbulkan Allah s.w.t. Adapun
yuran penyertaan RM700 itu ianya untuk seorang peserta sama ada seorang
dewasa ataupun kanak-kanak.
Sekian, terma kasih
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Eidul Adha & Aqiqah
di Kemboja
Salam,
Saya ingin mengetahui beberapa perkara seperti dibawah:
1. Yuran RM700 – adakah termasuk harga korban?
2. Masih adakah tempat untuk trip 25 Nov?
3. Penginapan – adakah peserta ditempatkan di hotel atau asrama? Berapa orang sebilik?
4. Bilakah trip seterusnya selepas tarikh 25 Nov?
Wassalam.
Assalamualaikum wrt wbt
Untuk makluman, Yuran RM 700 itu adalah hanya termasuk makan minum, penginapan dan pengangkutan di Kemboja untuk selama 5 hari 4 malam tidak termasuk yuran penyertaan korban. Untuk yuran penyertaan korban bagi satu bahagian lembu ialah RM 225 atau satu ekor kambing korban ialah RM 450.
Untuk program ziarah Kemboja bagi tarikh 25 Nov ini masih lagi dibuka (selagi tiket air asia ada). Bagi penginapan untuk program ziarah, peserta akan ditempatkan di hotel penginapan yang tidak jauh dari tempat ziarah yang ditetapkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja. Untuk satu bilik ditempatkan bagi dua orang peserta.
Setakat ini pihak kami hanya mengaturkan program ziarah Kemboja pada hari raya haji sahaja iaitu pada tarikh yang ditetapkan (25 nov hingga 29 nov) sahaja. Tiada tarikh atau waktu lain yang dibuat memandangkan ketika hari raya haji inilah dapat merasai suasana meriah pelaksanaan korban bersama penduduk kampung.
Harap maklum.
Terima kasih
Wassalam
Ustz Norwariza Mohd Hed
Ketua Urus Setia
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja
Assalamualaikum..
saya Siti Hanim dr Kolej PTPL Shah Alam. Saya ingin tahu samada pihak tuan ada menguruskan program bakti siswa sekiranya pihak kolej saya berminat berbuat demikian.
Untuk pengetahuan pihak tuan antara aktiviti yang dirancang adalah Bakti siswa (berbentuk gorong royong) di perkampungan Islam di sana, penyerahan sumbangan kepada pelajar-pelajar terpilih di sana, dan penyerahan sumbangan Aqiqah. Atau mana-mana aktiviti yang disediakan oleh pihak tuan sekiranya ada.
jumlah pelajar yang akan dibawa ialah seramai 30 orang bersama 3 orang pensyarah pengiring.
dan cadangan tarikhnya adalah sekitar July 1009.
terima kasih
assalamualaikum…
mohon maaf di atas kesilapan tarikh di atas…
tarikh program yang dirancang adalah sekitar Julai 2010..
harap maklum.
terima kasih
Assalamualaikum,
Pihak Mufti Kemboja sememangnya mengalu-alukan program-program bakti siswa
di Kemboja. Malah pejabat Mufti Kemboja telah dibina dewan kuliah, boleh juga dimanfaat sebagai dewan penginapan jika perlu.
Hubungilah pegawai kami Luqman Hisyam di 03-4143 4343 untuk khidmat nasihat
dan bantuan.
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban & Aqiqah
di Kemboja 1430H
perlu diwarkan dengan lebih banyak dimedia-media elektronik tentang program aqiqah/qurban serta bantuan kepada orang muslim kemboja
Assalamualaikum….
Saya berminat untuk mengikuti program Ziarah Kemboja. Harap dapat maklumkan pada saya program yang akan datang. Terima Kasih.
saya ingin ikut serta dimasa hadapan. insyaAllah
kanak2 umur 4 ,7 , dan 9 tahun brape bayaran ?
Assalamualaikum wrt wbt.
Kos ziarah kemboja bagi kanak-kanak adalah sama dengan dewasa. Kadar yuran yang di kenakan adalah seperti di bawah.
Program ini adalah anjuran Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja
Tiket Pergi-Balik: Para peserta dikehendaki membeli sendiri tiket pergi balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh. Sila beli tiket Air Asia.
Yuran Pendaftaran: RM700 : bayaran dibuat semasa pendaftaran di Kemboja
Yuran termasuk:
* Penginapan di Kemboja
* Pengangkutan di Kemboja
* Makanan
* Tour Guide
Yuran tidak termasuk:
* Tiket pergi-balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh.
* Air port tax di Phnom Penh sebanyak USD25 (lebih kurang RM90)
* Bayaran lebihan berat bagasi (RM15/kg atau USD4/kg)
* Tiket masuk ke Toul Sleng / tempat-tempat pelancongan yang dikenakan bayaran (biasanya tidak lebih daripada USD7)
Untuk maklumat lanjut sila rujuk ke website ini dalam kolum ziarah kemboja. Syukran.
Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
Urus Setia Korban Aqiqah di Kemboja
Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
Salam,
Saya berminat untuk menyertai program ziarah kemboja untuk tahun 2010. Sila beri info terkini.
Terima Kasih.
Zura Abdul Aziz
Assalamuallaikum,
Tuan,
Saya berminat untuk melawat Kemboja mengikuti kumpulan Tuan pada tahun ini ( 2010 ). Oleh itu, saya mohon dapat matlumat untuk mendaftar bagi tujuan tersebut.
Sekian terima kasih.
Mohd. Khalid
012-272 0317
Waalaikum salam wrt wbt
Program Ziarah Kemboja ini adalah anjuran Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja.
Tiket Pergi-Balik: Para peserta dikehendaki membeli sendiri tiket pergi balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh. Untuk tahun 1431H ini, tarikh bertolak 15 November 2010 dan balik pada 19 November 2010. Sila beli tiket Air Asia.
Yuran Pendaftaran: RM700 : bayaran dibuat semasa pendaftaran di Kemboja
Yuran termasuk:
* Penginapan di Kemboja
* Pengangkutan di Kemboja
* Makanan
* Tour Guide
Yuran tidak termasuk:
* Tiket pergi-balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh.
* Air port tax di Phnom Penh sebanyak USD25 (lebih kurang RM90)
* Bayaran lebihan berat bagasi (RM15/kg atau USD4/kg)
* Tiket masuk ke Toul Sleng / tempat-tempat pelancongan yang dikenakan bayaran (biasanya tidak lebih daripada USD7)
Sila hubungi Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (Encik Luqman Hisyam) di nombor telefon 03-4143 4343 ataupun email ke alameen@tm.net.my untuk maklumat lanjut.
Terima kasih
Wassalam
Ustz Norwariza Mohd Hed
Ketua Urus Setia
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja
Saya telah melayari laman ini dan ia amat menarik. Sila hantar info pada saya untuk program ziarah akan datang
assalamualaikum
1. adakah program korban 1431H telah dibuka sekarang?
2. adakah masih ada kelebihan bagi sesiapa yang mengikuti program korban yang terawal untuk disenaraikan dalam hadiah cabutan untuk program ziarah?
3. bilakah tarikh program ziarah bagi tahun 1431H?
terima kasih.
wassalam.
Waalaikum salam wrt wbt
Untuk pengetahuan saudara, program korban Eidhul Adha 1431H telahpun dibuka. Penyertaan untuk satu bahagian lembu RM235 manakala satu ekor kambing RM450. Saudara boleh membuat penyertaan dengan mendapatkan borang penyertaan terus melalui online daripada lamanweb http://www.korbanaqiqah.com.my dan membuat pembayaran samada maybank2u, credit card online atau FPX. Selain itu saudara juga boleh membuat pembayaran samada bank in ke dalam akaun, kiriman wang, wang pos atau cek dan kepilkan bersama borang penyertaan yang telah diisi.
Untuk penyertaan sekarang ni, kelebihan yang akan peserta terima ialah tawaran kursus percuma untuk kaedah mengajar cepat membaca ameen bernilai RM 180.00. Saudara layak menerima tawaran tersebut setelah penyertaan Korban tadi diproses. Insyaallah untuk peserta yang disenaraikan dalam hadiah cabutan bertuah ziarah Kemboja akan kami buka bermula awal Jun 2010.
Program Ziarah Kemboja ini adalah anjuran Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja
Tiket Pergi-Balik: Para peserta dikehendaki membeli sendiri tiket pergi balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh. Untuk tahun 1431H ini, tarikh bertolak 15 November 2010 dan balik pada 19 November 2010. Sila beli tiket Air Asia.
Yuran Pendaftaran: RM700 : bayaran dibuat semasa pendaftaran di Pejabat Mufti Kemboja.
Yuran termasuk:
* Penginapan di Kemboja
* Pengangkutan di Kemboja
* Makanan
* Tour Guide
Yuran tidak termasuk:
* Tiket pergi-balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh.
* Air port tax di Phnom Penh sebanyak USD25 (lebih kurang RM90)
* Bayaran lebihan berat bagasi (RM15/kg atau USD4/kg)
* Tiket masuk ke Toul Sleng / tempat-tempat pelancongan yang dikenakan bayaran (biasanya tidak lebih daripada USD7)
* Sila sediakan wang tunai yang mencukupi.
* Mata wang Kemboja ialah Riel, tetapi tidak dapat ditukar di Money Changer di Malaysia. Oleh itu, peserta dinasihatkan menukar RM ke USD terlebih dahulu.
* Peserta program dinasihatkan membawa satu beg sahaja.
* Tiada jaminan insurans dan keselamatan diberi kepada peserta.
* Program tertakluk kepada pindaan.
Sila hubungi Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dinombor telefon 03-4143 4343 ataupun email ke alameen@tm.net.my untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Wassalam
Ustzh Norwariza Mohd Hed
Ketua Urus Setia
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja
assalamualaikum
berdasarkan kepada pakej terbaru, tiket kapalterbang menggunakan MAS.
adakah AirAsia masih boleh digunakan.
tq
Assalamualaikum wr.wb
1.Bilakah anggaran tarikh program ziarah bagi tahun 1432H?
2.Apakah jenis barang yang amat diperlukan di sana? Alatulis? Alatan solat? Quran? dan bolehkan barangan tersebut dibawa tanpa sebarang masalah dari pihak berkenaan?
Moga usaha murni tuan mendapat rahmat Allah.Terima kasih.
Waalaikumusalam,
1. Tarikh Program Ziarah Kemboja (Hari Raya Eidul Adha 1432H) pada 4 hingga 8 November 2011.
2. Alat tulis, Alat solat, muqaddam, quran adalah amat diperlukan. Insyaallah tiada masalah jika barang tersebut tidak banyak melebihi had.
Terima kasih
Fadhlatullah Bt Zakaryya
Urus Setia
Program Korban & Aqiqah di Kemboja
Assalamualaikum
ustazah,
saya amat bermint utk menyertai progrm ini bg thn 2011 ini. Harap dapat ustz memberi info lanjut. Semoga dapat menyertai prog ini pd kali ini. Insyallah
Assalamualaikum,
Tarikh bertolak utk program korban 4 Nov 2011 tu hari Jumaat, anak-anak masih bersekolah. Tak boleh ke tangguh ke Sabtu, 5 Nov?
Terima kasih.
Assalamualaikum.
Jika waktu tiket penerbangan tidak sama, boleh berjumpa di Kemboja saja?
Adakah keadaan di Kemboja sesuai untuk membawa bayi berumur 6 bulan?
Saya berminat dan merancang untuk menyertai program ini bersama suami dan anak (6bulan).
Terima kasih.
Assalammualaikum Tuan..
Saya amat berminat untuk mengetahui samada harga pakej di atas boleh digunakan oleh seorang peserta sahaja.
Bagaimana dengan penginapan nanti..
Assalamualaikum wrt
Masa penerbangan Air Asia pukul berapa yang perlu kami beli pada 4hb dan 8hb Nov 2011 nanti. Terima kasih
Salam,
Penerbangan Air Aisa: KL-Phnom Penh 4 November 2011 pada 15:15 dan Phnom Penh-KL 8 November 2011 pada 16:45.
Salam,
Pakej ziarah ialah RM850/sorg. Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan. Penginapan di hotel, 1 bilik 2 org. Jika peserta daftar untuk sorg sahaja, kami akan masukkan peserta yang lain, yang tiada pasangan juga.. Insyaallah tiada masalah..
Salam,
Sila maklumkan kepada kami jika tiket penerbangan tak sama waktu.. Insyaallah jika urus setia kami di sana tidak sangat sibuk, kami akan usaha untuk menjemput puan di air port.. cuaca di Kemboja tidak jauh beza dengan Malaysia.. Bayi 6bulan tiada masalah dengan cuaca cuma tisu basah perlu bawa lebih untuk kebersihan.
Program 2012
As’kum,saya ingin menyerta program ini,boleh saya jumpa pengurus dan jamaah yg lain sekira nye saya berangkat dari Singapure lansung ke Phonh Penh Pada hari tersebut ya itu 24 Oct