Anda pelawat ke

Al-Quran

Al-quran Kemboja copy

Kepentingan Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Khmer

Kebanyakan guru agama telah Syahid semasa pemerintahan rejim komunis Pol Pot pada tahun 1975-1979. Selepas kejatuhan rejim ini, bilangan guru agama yang boleh membaca kitab-kitab dalam bahasa Arab dianggarkan seramai 30 orang sahaja. Usaha mereka untuk menghidupkan kembali ajaran Islam menjadi punca bermulanya penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Cham dan Khmer.

Rakyat Khmer merupakan bangsa majoriti di Kemboja. Bahasa dan budaya rakyat Khmer dan Cham juga berbeza di antara satu sama lain. Proses asimilasi yang bermula ratusan tahun dahulu di antara kedua-dua kaum ini menyebabkan ramai rakyat Cham tidak menguasai bahasa Cham. Kebanyakan mereka hanya boleh bertutur dan menulis dalam bahasa sendiri. Asal-usul golongan ini boleh dibahagikan kepada dua:

  1. Rakyat Cham yang tertumpu di kawasan selatan Kemboja. Mengikut sejarah mereka terpisah daripada budaya dominan masyarakat Cham. Bahasa Cham menjadi asing kepada mereka secara berperingkat, manakala bahasa Khmer menjadi bahasa utama.
  2. Masyarakat Cham yang berhijrah ke Kemboja bertaraf warga asing. Penggunaan bahasa Cham yang terhad kepada golongan ini tidak membenarkan ia berkembang menjadi bahasa dominan. Kejatuhan empayar Cham juga menjadikan penggunaan bahasanya mengecil sebagai bahasa pertuturan sahaja. Kebanyakan golongan muda juga lebih fasih berbahasa Khmer kerana sistem pendidikan di Kemboja menggunakan bahasa ini.

Masyarakat Khmer di Kemboja ketika ini merupakan bangsa majoriti (95%). Peluang untuk mereka mendalami ilmu Islam dari sumber Quran dan Sunah pula adalah kecil disebabkan jurang bahasa. Oleh itu, terjemahan al-Quran di dalam bahasa Khmer adalah langkah yang baik untuk menyebarkan ajaran Islam. Sekiranya langkah ini tidak di ambil, adalah dikhuatiri prejudis terhadap Islam akan tertanam seperti yang berlaku di negara barat sekarang.

DSC_0451 copy

Bahasa Khmer

Ahli falsafah terkenal di kalangan bangsa Melayu, Profesor Naquib al-Attas telah memberi pendapatnya mengenai bahasa di dalam Islam. Idea utamanya merupakan: Istilah-istilah dan konsep Islam dapat ditanam di dalam sesuatu bahasa, dan membolehkan ajaran itu difahami walaupun seseorang itu tidak mengetahui bahasa Arab.

Bahasa Melayu contohnya boleh dianggap sebagai ‘bahasa Islam’ kerana konsep-konsep agama dapat difahami dengan mudah. Istilah-istilah Arab yang dipinjam juga menggambarkan perkara ini, contohnya : iman, ehsan,zakah, haji, tauhid dll. Mereka yang menggunakan bahasa ‘Islam’ ini juga selalunya dapat membaca al-Quran dan bersolat menggunakan bahasa Arab tanpa masalah.

Berbanding dengan Bahasa Khmer, pengaruh utamanya merupakan falsafah agama Hindu dan Buddha. Bahasa ini juga berkembang mengikut bahasa Sanskrit,maka istilah-istilah agama yang digunakan juga bersandar kepada dua agama  di atas. Terjemahan Al-Quran di dalam bahasa Khmer dilihat sebagai langkah bijak untuk ‘mengislamkan’ bahasa ini. Guru-guru agama yang boleh menguasai bahasa Arab juga boleh menjadi pemangkin proses injeksi falsafah Islam ke dalam bahasa Khmer.

Untitled-2 copyYB Hj. Zakaryya Adam (berbaju melayu putih) bersalaman dengan Pengerusi Telekom Malaysia Berhad

Latar Belakang Penulis

Zakaryya Adam lahir pada 9 April 1951 di Wilayah Kampung Cham, Kemboja. Kampung ini pernah menjadi pusat pembelajaran Islam sebelum perang. Zakarrya Adam bersekolah mengikut sistem pendidikan Islam dan kebangsaan.

Sewaktu perang sivil, beliau menyertai Tentera Islam kerajaan yang bertempur menentang Kumpulan Komunis Kemboja. Di dalam satu pertempuran beliau telah ditembak. Sewaktu beliau menerima rawatan, Phnom Penh telah  jatuh ke tangan komunis. Pada waktu itu Khmer Rouge akan menjatuhkan hukuman mati ke atas sesiapa yang mempunyai kaitan dengan pihak kerajaan, golongan intelektual atau guru agama. Zakaryya Adam menepati ketiga-tiga sasaran ini, oleh itu beliau terpaksa menyamar sebagai rakyat biasa untuk mengelakkan dirinya dibunuh.

Zakaryya Adam telah dihantar ke kawasan bandar Kampung Cham untuk membina terminal feri yang menyambung bahagian timur dan barat Kemboja merentasi Sungai Mekong. Zakarrya juga tidak mendedahkan asal-usulnya untuk mengelakkan sebarang kesangsian.

Sembahyang juga terpaksa dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan Zakaryya telah bernazar untuk berbakti kepada perkembangan Islam sekiranya beliau terselamat dari rejim Pol Pot. Selepas perang Zakryya mula mengajar di sekolah kebangsaan dan madrasah. Pada tahun 80an Zakaryya aktif di dalam aktiviti dakwah di kampung-kampung seluruh Kemboja. Ramai guru agama di Kemboja sekarang merupakan anak didik beliau.

Selepas perjanjian damai di Paris pada tahun 1991 beliau berpindah ke Phnom Penh untuk melibatkan diri membina semula Kemboja. Zakaryya telah dilantik menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja sehingga kini. Selepas shura bersama guru-guru agama yang lain, Zakaryya memutuskan untuk aktif berpolitik melalui Parti Rakyat Kemboja. Perdana Menteri Hun Sen melantiknya sebagai Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Agama daripada tahun 1998 sehingga 2003. Komitmennya yang tinggi menyebabkan Perdana Menteri Hun Sen memanjangkan tempoh jawatannya sehingga 2008. Pada pilihan raya yang lepas, Zakaryya telah dilantik sebagai ahli parlimen untuk daerah Kandal.

Sepanjang tempoh ini Zakaryya tidak berhenti dari mengajar dan menulis. Beliau menulis banyak artikel dan khutbah Jumaat, serta menyokong usaha Mufti Kemboja menyebarkan Islam secara berterusan. Pada awal tahun 1995 beliau memutuskan untuk menterjemah al-Quran ke dalam bahasa Khmer. Rujukan utamanya ialah kitab-kitab di dalam Bahasa Arab dan tafsir-tafsir al-Quran di dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Melayu.

Kebanyakan suntingan dan cadangan datang daripada guru-guru agama di Kemboja, terutamanya  Mufti Kemboja. Terjemahan al-Quran yang lengkap telah diberikan kepada Raja Norodom Sihanouk sewaktu sambutan kelahirannya pada tahun 1998. Sebuah salinan juga telah diserahkan kepada Samdech Techo Hun Sen, Perdana Menteri kepada Kerajaan Kemboja pada tahun berikutnya.

Kecekapan bahasa Zakaryya telah diiktiraf di kawasan ASEAN apabila dia telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bahasa Melayu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini, beliau menetap di Phnom Penh, Kemboja.

kursusKursus Kaedah Cepat Membaca Al-Quran anjuran Al-Ameen

Rayuan Sumbangan

Berikut ialah anggaran kos untuk projek ini:

  1. Kos suntingan : USD 6000
    Suntingan dan bacaan pruf untuk terjemahan adalah penting untuk memastikan hasil yang bermutu
  2. Kos Reka Letak: USD 4000
  3. Kos Cetak:
    Kuantiti: 100,000 cetakan/naskhah untuk USD 7 setiap naskhah : USD 700, 000
    Material: Hitam putih menggunakan 52.3 gm kertas Woodfree
    Muka Depan: 4c x Gloss lamination
    130 Art Paper
    Chipboard 3mm
    End Paper 140 Woodfree
    Finishing: Thread sewn, cover drawn on and trimmed to size, shrink wrapping

    Anggaran kos percetakan ini adalah berdasarkan sebut harga syarikat penerbitan di Malaysia

  4. Kos pengangkutan dan pengedaran: dianggarkan 5% daripada kos  percetakan = USD 35,000
  5. Jumlah keseluruhan: USD 745,000

Sebarang bentuk sumbangan hendaklah disalurkan kepada:

Nama akaun: Mufti of Cambodia
Bank: Maybank Cawangan Phnom Penh Branch
Nombor Akaun: 00001-02-001136-07

Alamat Bank:
No. 3 Street 114,
Kramoun Sar, Phnom Penh
Cambodia.

Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada zakaryyaa@yahoo.com

Disediakan oleh:

Yayasan Pembangunan Islam Kemboja:

Okhna Othsman Hassan
Presiden Yayasan Pembangunan Islam Kemboja

Haji Zakarrya Adam
Penterjermah Al-Quran & Timbalan Presiden

Disahkan oleh :

Okhna Haji Kamaruddin Yusof
Mufti Kerajaan Kemboja
Pengerusi Majlis Pimpinan Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja

6 Responses to “Al-Quran”

  • Shamsudin Kamarudin says:

    Asalam,
    En saya nak tanya tentang program ini, berapa pembayaran kos tersebut.
    tk

  • admin says:

    Assalamualaikum wrm wbt

    Saudara,

    Semoga niat saudara mendapat kerahmatan Allah s.w.t. Mohon maaf kerana lewat memberi maklum balas kepada e-mail saudara. Kami baru sahaja mebuat penambahbaikan pada laman web ini.

    Projek mencetak Al-Qur’an dengan terjemahan bahasa Khmer sedang dalam fasa mendapat maklum balas berkenaan sumber-sumber dana. Saya bercadang untuk melancar tajaan percetakan daripada para dermawan peribadi jika usaha mendapat tajaan daripada badan-badan berwajib menemui jalan buntu.

    Anggaran keseluruhan percetakan ialah seperti dalam laman web http://www.korbanaqiqah.com.my.

    Apapun pihak Tuan boleh membantu dengan menceritakan usaha ini kepada sahabat handai.

    Sekian, terima kasih.

    Haji Che Mazlan Saad
    Pengerusi Program Korban & Aqiqah
    di Kemboja 1430H

  • asyraf says:

    assalamualaikum,

    saya berminat untuk menyumbang kearah pembangunan modal insan seperti pembinaan sekolah,asrama anak yatim & pembiayaan guru. Mohon maklumat lanjut dari pihak Tuan. jazakallahukhairan.

  • Assalamualaikum WRT,
    saya cadangkan bagi ruangan mencetak Al-Quran ini pihak tuan masukkan jumlah terkini kutipan yang ada. Ini membantu memberi maklumat kepada para penderma akan berapakah jumlah kutipan terkini agar mereka lebih aktif menderma dan mencari kawan-kawan untuk menderma secepat mungkin bagi mencapai sasaran jumlah yang diperlukan bagi melaksanakannya.

    wassalam

  • m.shukor says:

    Assalamulaikum WRT,
    Mohon pihak tuan menambahbaikkan penyertaan secara online bagi program seperti:
    1. Projek pencetakan Al-Quran dalam Bahasa Khmer
    2. Projek wakaf lot tanah bagi pembinaan masjid dan pondok
    3. Projek penajaan anak angkat bagi menampong kos lanjutan penggajian Islam dan tahfiz keperingkat tinggi luar negera.

    Ini akan membolehkan dan memudahkan para dermawan membuat pilihan dalam melabur saham akhirat.

    Wassalam

  • Aisyah Natasyah says:

    Saya setuju sangat dengan cadangan yang di berikan .Saya rasa tidak ada masaalah jika pihak ustaz memberi tahu berapa kos yang di perlukan untuk terjemahan sesebuah Al-quran.Kerana kami di M’Sia boleh mencari kawan untuk berkongsi menderma mengikut kemampuan masing2.

Leave a Reply

Video Korban Aqiqah
Koleksi Video Korban 1433H Di Kemboja:
Video 1
Video 2
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Wakaf Perigi
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1433H : 14 Oct 2013
Ibadah Aqiqah: Dibuka sepanjang tahun

Nama Akaun Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd :
BIMB (Jln Tun Razak)
No. Akaun : 14032010015955
MAYBANK (Tmn Setiawangsa KL)
No. Akaun : 562188100158
Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
22 Mei 2013

Subuh 5:40am
Syuruk 7:02am
Zohor1:13pm
Asar4:36pm
Maghrib7:21pm
Isyak8:35pm

Lihat Lokasi Lain
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..