Kemboja


Sejarah Melayu Champa
Negeri-negeri Melayu Champa tertegak antara abad ke-3 hingga abad ke-15 Masihi dengan kekuatan dan pengaruh yang meluas. Sepertimana keseluruhan Nusantara Melayu, fahaman Hindu-Buddha mencorak pemerintahan beraja dengan unsur-unsur ketuhanan yang menjadi sumber pujaan rakyat.
Kawasan negeri-negeri Champa terletak di pertengahan dan selatan Vietnam masa kini. Bahan-bahan artifak dan monumen sejarah yang menakjubkan masih lagi wujud. Peninggalan ini serta penulisan yang ada memberi gambaran keupayaan Bangsa Cham mengolah pemikiran abstrak serta idea-idea falsafah yang tinggi. Ini mencernakan budaya Cham yang tersendiri yang berbeza dengan kuasa-kuasa besar sezaman dengannya iaitu Vietnam, Khmer di Kemboja, Siam dan China.
Abad ke-12 menyaksikan permulaan pertembungan besar antara kerajaan Champa, Khmer, Siam dan Vietnam. Champa pula bukanlah satu persekutuan negeri-negeri yang kuat. Bahkan ia dikuasai oleh golongan-golongan berdarah raja yang sering bertelingkah sesama sendiri. Dalam keadaan tertentu, raja yang kuat dapat menggarap kekuatan untuk menyerang kuasa besar yang lain. Ini berlaku pada tahun 1371 apabila armada laut Cham menyerang pusat pemerintahan Raja Vietnam.
Satu ratus tahun kemudian, armada perang Vietnam menyerang Vijaya, ibu negeri Cham. Raja Cham dibunuh bersama dengan rakyat jelata yang tidak terkira banyaknya. Dari situ, bermulalah penghijrahan bangsa Cham ke Kemboja dan ke seluruh nusantara Melayu. Negeri-negeri Cham kemudiannya dijajah secara berperingkat dengan daerah Cham yang terakhir dijajah secara rasmi pada tahun 1834-35 oleh Vietnam.
Kedatangan Islam ke Champa
Proses Islamisasi bangsa Cham meningkat dengan mendadak apabila Putera Raja Khmer, Ponhea Chan menaiki takhta Kemboja dengan bantuan golongan Islam pada tahun 1642. Beliau memeluk agama Islam dengan mengambil nama Ibrahim. Musuh raja Ibrahim tidak berpeluk tubuh. Beliau telah digulingkan dengan bantuan Raja Vietnam dan dipenjarakan dan mati di Hue, Vietnam pada tahun 1650.
Pada tahun 1691-97 Vietnam mengambil-alih pelabuhan-pelabuhan Cham dan penghijrahan meningkat dan sampai ke kemuncaknya pada tahun 1790-an apabila Raja Cham, Po Ca Ci Bri membawa pengikut-pengikutnya masuk ke Kemboja. Mereka membina masjid besar Noor Alihsan di Chrang Chamraes di pinggir kota Phnom Penh.
Kemboja : Sejarah Sepintas Lalu
Enam puluh tahun pertama abad ke 19, Kemboja menjadi medan pergelutan dua kuasa besar serantau-Siam dan Vietnam. Percaturan politik istana Raja Kemboja merupakan dinamika untuk memelihara, menyekat ataupun mengembangkan pengaruh salah satu kuasa besar ini. Maharaja Vietnam menegaskan dengan sinis “ Kemboja merupakan satu negara yang berdaulat dan hamba kepada dua (iaitu Vietnam dan Siam) “.
Dengan kuasa pentadbiran dan pemindahan penduduk daerah utara-barat Kemboja diserap ke dalam pemerintahan Siam manakala daerah Kampuchea Krom di selatan Kemboja pula diserap ke dalam pemerintahan Vietnam.
Dengan tiadanya pemerintahan pusat yang kuat, muncullah pemerintah-pemerintah setempat yang mempunyai wewenangnya yang tersendiri untuk terus berkuasa. Rakyat jelata hanya dilihat sebagai sumber hasil percukaian yang mesti sentiasa diperah.
Pemerintahan Perancis bermula pada tahun 1863 apabila Raja Kemboja Norodom menandatangani perjanjian keselamatan dengan pegawai-pegawai Perancis melalui konsensi balak dan logam galian. Untuk terus berkuasa, Raja Norodom pada tahun 1884 mementerai perjanjian yang mengandungi klausa berikut :
‘ D.Y.M.M Raja Kemboja menerima segala perubahan pentadbiran, perundangan, kewangan dan perniagaan mengikut budi bicara kerajaan Peranchis pada masa-masa akan datang yang dianggap berguna oleh kerajaan Peranchis untuk menjayakan tanggung-jawabnya melindungi keselamatan Kemboja’.
Penjajahan Perancis berterusan sehingga kemerdekaan Kemboja tercapai pada tahun 1953. Corak pemerintahan di Kemboja selepas ini banyak diwarnai oleh personaliti Raja Sihanouk.
Indo-Cina pada masa itu sedang terus bergolak dengan penglibatan langsung kuasa-kuasa besar dunia-Amerika, Russia dan Cina. Keamanan serta kemakmuran Kemboja tertakluk kepada arus-arus pergolakan politik yang sedang bergelora. Perang saudara meletus pada tahun 1970 apabila General Lon Nol merampas kuasa dengan sokongan Amerika dan Sihanouk mendapat sokongan daripada Cina dan Pol Pot. Bermulalah malapetaka yang menimpa rakyat Kemboja termasuk umat Islam Melayu-Champa.
Perjanjian damai di Peranchis pada tahun 1991 membuka era baru bagi Kemboja. Pemerintahan Liberal-Demokrasi dengan Raja Berpelembagaan menyaksikan kemunculan 3 parti politik yang besar di Kemboja – Cambodian Peoples’ Party di bawah pimpinan HunSen, FUNCIPEC di bawah pimpinan Putera Ranarridh dan Sam Rainsy Party.
Kini bilangan penduduk Melayu-Champa dianggarkan 500,000 daripada jumlah penduduk Kemboja 13 juta. Namun begitu dari segi politiknya masyarakat Melayu-Champa dianggap penting kerana mereka merupakan penentu dalam pilihanraya. Di Parlimen waktu kini CPP mempunyai 73 kerusi, FUNCINPEC 26 dan Sam Rainsy Party 24. Daripada jumlah ini 11 kerusi parlimen diwakili oleh orang-orang Islam. Perlembagaan Kemboja menentukan bahawa kerajaan hanya boleh dibentuk apabila ia mendapat sokongan 2/3 daripada jumlah kerusi di Parlimen.
Kini, di Kemboja, pilihanraya terakhir telah dilaksanakan pada bulan Julai 2008.
Genosid dan Penghapusan Etnik Melayu-Champa di Kemboja 1975-79
Konvensyen Antarabangsa Genosid tahun 1948 menakrifkan genosid (genocide) sebagai pelbagai tindakan seperti “membunuh manusia daripada sesuatu kelompok yang mempunyai identiti nasional, etnik, ras atau agama yang tertentu, dengan tujuan untuk menghapuskan sebahagian atau keseluruhannya sesuatu kelompok itu”.
Inilah yang berlaku pada zaman pemerintahan rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada tahun 1975-79. Bangsa Melayu-Champa yang keseluruhannya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Cham serta mempunyai adat resam dan sejarah yang tersendiri menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Sejak tahun 1974 lagi ‘alim ulama’ Islam sudah mula dibunuh. Apabila Phnom Penh, ibukota Kemboja jatuh pada tahun 1975, keseluruhan ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan kemudiannya terus dibunuh. Imam Abdullah bin Idris Mufti Kemboja turut syahid.
Polisi penghapusan etnik ini terlaksana dengan beberapa pendekatan:
Pendekatan pertama ialah penghinaan jiwa dan maruah bangsa Cham. Lelaki bangsa Cham yang konon berdegil untuk terus bersongkok, berkopiah atau berserban akan dibunuh. Begitu juga orang perempuan yang ingin terus berselendang, bersanggul dan berpakaian labuh seperti baju kurung. Semua dipaksa berpakaian hitam. Bahasa Melayu-Champa diharamkan langsung.
Pendekatan kedua ialah pengharaman amalan-amalan beragama. Sembahyang, berpuasa, membaca Al-Qur’an merupakan amalan–amalan yang ditegah. Masjid atau surau dirobohkan atau dijadikan stor makanan atau barang. Memakan daging babi dijadikan petanda untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan seseorang Cham itu kepada perjuangan komunis. Dua kampung kecil orang Islam di Kahpol dan di Svey Kliang telah bangun melancarkan jihad. Mereka rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan komunis.
Pendekatan ketiga ialah pemindahan-paksa. Masyarakat Cham dari sesuatu kampung dipecah-pecahkan dan dihantar ke tempat-tempat yang jauh di antara satu sama lain.
Ketiga-tiga pendekatan ini mengorbankan banyak nyawa.
Fahaman komunis dan ras yang dijiwai oleh Pol Pot dengan impian kemegahan bangsa Khmer seperti zaman Angkor Wat tidak dapat menerima kewujudan Bangsa Cham di bumi Kemboja. Polisi pembunuhan langsung dimulakan terutamanya di tebing timur Sungai Mekong mulai tahun 1978. Namun rahmat Allah swt sentiasa bersama mereka yang sabar. Vietnam dengan bala tentera yang besar telah melanggar Kemboja dan menjatuhkan pemerintahan rejim Pol Pot pada 7 Januari 1979.
Gotong-royong membina masjid di Kampung ChamPimpinan Umat Islam Selepas Pilihan Raya 2008
Highest Council For Islamic Religious Affairs Cambodia
| Name | Institution / Position | Photo |
| Ouknha Sos Komry | ![]() |
Member of Senate
| Name | Institution / Position | Photo |
| H.E Sabu Bacha | ![]() |
|
| H.E Van Math | ![]() |
Member of Parliament
| Name | Institution / Position | Photo |
| H.E Sman Teath | ![]() |
|
| H.E Zakaryya Adam | ![]() |
|
| H.E Katoeu Toyeb | ![]() |
|
| H.E Tres Sarum | ![]() |
Royal Government
Secretary of State
| Name | Institution / Position | Photo |
| H.E Othsman Hassan | ![]() |
|
| H.E Dr. Sos Mousine | ![]() |
|
| H.E Sem Sokha | ![]() |
|
| H.E Msas Loas | ![]() |
|
| H.E Ahmad Yahya | ![]() |
Under Secretary of State
| Name | Institution / Position | Photo |
| H.E. Mrs. Kop Mariyas | ![]() |
|
| H.E Sman Manan | ![]() |
|
| H.E Chhay Vanna | ![]() |
|
| H.E Hap Omaly | ![]() |
|
| H.E Tuny Roset | ![]() |
|
| H.E Man Sokry | ![]() |
|
| H.E Nos Sleh | ![]() |
|
| H.E Dr. San Sap Y | ![]() |
|
| H.E Ismail Osman | ![]() |
|
| H.E Ms. Math Mara | ![]() |
Governor
| Name | Institution / Position | Photo |
| H.E. Soem Sokpry | ![]() |
|
| H.E.Saleh Sen | ![]() |
Police and Military
| Name | Institution / Position | Photo |
| H.E General Choa Tol | ![]() |
|
| H.E Brigadier General La Lay | ![]() |
|
| Gen. Dr. Sen Komary | ![]() |
Ambassador
| Name | Institution / Position | Photo |
| H.E Nan Sy | ![]() |































"Pihak
kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk
ke tahun 16"
sy ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kampung cham yg
mempunyai penduduk melayu islam di sana…
sekiranya boleh sy ingin mencari sahabat sy yang berasal dari kemboja
pernah datang ke malaysia…
Salam Ramadhan & AidilFitri,
Sy ingin tahu kedai makan halal di phnom penh, kemboja.. dan bagaimana nak pastikan sesebuah kedai itu menyajikan makanan halal..ada kah digantung sijil halal spt kedai makan di Malaysia..
saya akan kesana pd hari isnin (14/09/2009) utk pertama kali diatas urusan kerja disana.
Terima kasih di atas maklumat yang tuan/puan berikan pd saya.
Assalamualaikum wrt wbt
Terdapat beberapa restoran halal di Phnom Penh. Yang terbaik ialah Restoran City Cat. Kedudukan restoran ini ialah di sebelahan jalan besar berdekatan dengan Bangunan Kementerian Pertahanan. Kawasan ini banyak pokok-pokok Kemboja. Puan boleh menghubungi pegawai pejabat Mufti Kemboja untuk makluman lanjut : Ustaz Wahid Abdullah di talian 011740096 ataupun pejabat Mufti sendiri di talian 023219679.
Sekian, terima kasih
Wassalam
Ustz Norwariza Mohd Hed
salam,aidilfitri,saya ingin bertanya kepada puan,saya ingin mengambil orang kembija islam sebagai pembantu rumah dimalaysia,bagaimana prosesnya
A’kum………..saya nak tahu beberapa perkara berhubung dengan adat dan pantang larang islam champa di kemboja
Saya seorang islam dari kamboja . saya berterima kasih sangat atas program aqiqah ini kepada masyarakat kamboja . dan saya hanya bisa mendoakan .SEMOGA ALLAH SELALU SENANG TIASA MEMBERI MANFAAT & BAROkah & RIZKI KEPADA PUAN & TUAN yang telah membantu pada kami
Sebagai orang islam tidak kira tinggal dimana kita cuma berlainan bangsa,tetapi tetap 1 agama iaitu ISLAM.Selagi ada kemahuan dan kemampuan insyallah kami tetap membantu saudara dan saudari islam di sana…semoga Allah S.W sahaja yang dapat membalasnya…Amin
assalamualaikum… sy pelajar dari universiti malaya kuala lumpur… sy ingin bertanyakan, bagaimana sekiranya jika mahasiswa dr UM ini ingin membuat program kemasyarakatan di kemboja… kami turut sama membantu menjadi sukarelawan dalam program lawatan dan sumbangan seperti sedekah sembelihan lembu @ kambing, majlis berkhatan @ sumbangan peralatan makanan dan keperluan harian lain… selain itu ada majlis bersama masyarakat disana seperti beramah mesra… harap dapat bagi sedikit penerangan tntg masyarakat di sana dan siapa seharusnya di hubungi sekiranya program ini ingin dijalankan.. sekian.. wsalam..
Waalaikumusalam,
Semoga niat anda akan mendapat kerahmatan daripada Allah SWT.
Sila hubungi En. Luqman Hisyam (Kordinator Program Ziarah Kemboja, Al-Ameen) untuk Program kemasyarakatan tersebut.
Sila hubungi beliau di e-mail: chefhisyam@gmail.com
Sekian, terima kasih
Urus Setia Program Korban & Aqiqah
sy ingin mencari pasangan islam di kemboja
bagaimana prosesnya.
hebat juga sejarah disana…sememangnya masyarakat disana juga hebat
Salam,
Kami ada membuat program ziarah kemboja pada 4-8 November 2011. Tuan boleh sertai kami. Jika ada jodoh di sana Insyaallah tuan akan jumpa kerana sebelum ini pun ada pengalaman peserta yang ikut ziarah mendapat jodoh si sana..