Anda pelawat ke

Menyambut Cahaya Mata

Azan dan Iqamah

budak1Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” – Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Caranya:

  1. Pegang bayi tersebut dengan menghadap ke arah kiblat.
  2. Azankan ke telinga kanannya dahulu.
  3. Kemudian pusingkan bayi dan iqamahkan ke telinga kirinya.

Cara melakukan amalan ini sama sahaja untuk bayi lelaki dan perempuan.

Hikmah melakukan azan dan iqamah:

  1. Supaya perkara pertama yang didengar oleh bayi itu ialah kalimat seruan yang mulia yang mengandungi kebesaran Allah swt dan dua kalimah syahadah.
  2. Agar dakwah kepada Allah swt dan agama Allah swt lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada mendengar seruan dan hasutan syaitan.

Tahnik

budak2Telah berkata Abu Musa r.a.: “Aku mendapat seorang anak lelaki, aku membawanya kepada Rasulullah s.a.w., Baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku.” – Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Tahnik maknanya amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Kalau tiada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu.

Caranya:

  • Letakkan kurma yang lembut di hujung jari.
  • Gerakkan jari tersebut dalam mulut bayi dengan lemah-lembut ke kanan dan ke kiri sehingga meliputi mulut bayi tersebut dengan kurma yang lembut tadi. Pastikan kebersihan jari dan juga kurma.

Hikmahnya:

  • Persediaan untuk penyusuan susu ibu dan proses penghadaman.

Memberikan Nama

budak3Dari Amr bin Syuib katanya:  “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak yang baru lahir pada hari ke tujuh dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah baginya.” – Maksud Hadis Riwayat Tirmidzi

Daripada Anas r.a. katanya: telah berkata Rasulullah s.a.w. “Aku telah mendapat seorang anak malam tadi dan aku menamakannya dengan nama datukku Ibrahim.” – Maksud Hadis Riwayat Muslim

Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik kerana:

Daripada Abu Darda’ r.a. katanya : telah berkata Rasulullah s.a.w. “Kamu sekalian di hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama kamu”. – Maksud Hadis Riwayat Abu Daud

Bercukur dan Sedekah

budak4Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi s.a.w. mengaqiqah satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru: “Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambut)nya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham.” – Maksud Hadis Riwayat Tirmidzi

Caranya:

  • Cukur keseluruhan rambut anak yang baru lahir itu.
  • Timbang rambut yang telah dicukur.
  • Dapatkan nilai perak seberat rambut yang telah ditimbang.
  • Sedekahlah wang tunai seperti nilai yang diperolehi daripada timbangan berat rambut tadi.
  • Amalan ini dilakukan untuk bayi lelaki dan juga perempuan.

Hikmatnya:

  • Hikmat kemasyarakatan – bersedekah adalah satu amalan yang baik. Selain daripada dapat membantu golongan yang miskin, ia juga menanamkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di dalam masyarakat.

Larangan:

  • Jangan melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: “Nabi s.a.w. telah melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak” – Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Khitan

budak5Oleh Abu Hurairah r.a. katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w. “Fitrah itu lima, iaitu khitan, memotong bulu di kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”. – Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hukum khitan bagi lelaki:

  • Imam Shafi’e, Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat ianya wajib dan hanya Imam Abu Hanifah yang menyatakannya sunat.

Hukum berkhitan bagi perempuan:

  • Para fuqaha dan imam mujtahid sepakat mengatakan bahawa khitan itu sunat untuk wanita dan tidak wajib. Hanya Imam Ahmad mengatakan ia wajib untuk lelaki dan wanita.

Pengertian khitan untuk lelaki:

  • Dalam istilah syarak, memotong kulit yang mengelilingi kepala zakar di bawah hasyafah.

Waktu berkhitan:

  • Boleh dilakukan pada hari pertama anak itu dilahirkan kerana apabila ia sudah sempurna akal ia tidak perlu lagi bimbang tentang urusan berkhitan. Dapatkan nasihat doktor dahulu.

Hikmah berkhitan:

  • Untuk memastikan kebersihan dan kesucian terjamin semasa melakukan ibadah terutamanya sembahyang.
  • Untuk menghindarkan daripada bahaya dan penyakit yang boleh timbul akibat tidak berkhitan.

Aqiqah

budak6“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” – Maksud Hadis

Hukum aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Melaksanakan aqiqah merupakan tanggungjawab ibubapa atau penjaga anak tersebut.

Waktu aqiqah:

  • Bila-bila masa sejak anak itu dilahirkan dan tidak ada batasnya.
  • Sunat melakukannya pada hari ke 7, ke 14 dan ke 21.

Syarat-syarat melakukan Aqiqah:

  • Syarat-syarat untuk binatang aqiqah adalah sama seperti binatang korban.
  • Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing atau dua bahagian lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.
  • Bagaimanapun, sekiranya kurang mampu, memadai membuat satu bahagian lembu aqiqah atau seekor kambing untuk anak lelaki. Bakinya lagi boleh dibuat jika berkemampuan di kemudian hari.
  • Disunatkan menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.

Seelok-eloknya tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

Hikmah melakukan aqiqah:

  • Satu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah s.w.t dari peringkat awal lagi.
  • Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.
  • Sebagai tanda gembira dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
  • Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
  • Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.

Doa menyembelih ternakan aqiqah:

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Ini aqiqah (sebutkan nama nama tersebut) Ya Allah! Semoga aqiqah ini engkau jadikan sebagai tebusan baginya (agar terhindar) daripada siksaan api neraka.”

One Response to “Menyambut Cahaya Mata”

Leave a Reply

Video Korban Aqiqah
Koleksi Video Korban 1433H Di Kemboja:
Video 1
Video 2
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Wakaf Perigi
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1433H : 14 Oct 2013
Ibadah Aqiqah: Dibuka sepanjang tahun

Nama Akaun Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd :
BIMB (Jln Tun Razak)
No. Akaun : 14032010015955
MAYBANK (Tmn Setiawangsa KL)
No. Akaun : 562188100158
Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
24 Mei 2013

Subuh 5:40am
Syuruk 7:02am
Zohor1:13pm
Asar4:37pm
Maghrib7:21pm
Isyak8:35pm

Lihat Lokasi Lain
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..