Anda pelawat ke

Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1428H



Klik di sini untuk senarai lengkap tempat-tempat
pelaksanaan ibadah korban & aqiqah di seluruh
Kemboja mengikut nombor-nombor sijil.



. Saya merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya... yang telah menyertai Program Korban dan Aqiqah di Kemboja... Semoga ibadah korban dan aqiqah... diterima oleh Allah S.W.T.. Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusuf, Mufti Kerajaan Kemboja.

 

.Pihak kami bersetuju untuk terus berkerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd, untuk menjayakan Program Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja yang telahpun masuk tahun yang ke 15.. Haji Zakaryya Adam, Setiausaha Negara Kementerian Agama dan Kepercayaan Kemboja.
 
.Saya Li Patriyah tinggal di Ti 13 Leu, Koh Soutin, Kampung Cham, mengucapkan terima kasih kepada rombongan Malaysia yang membuat korban di kampung kami. Semoga Allah memberkati segala amal ibadat.. Penduduk kampung, Pulau Koh Soutin, Wilayah Kampung Cham.

 

.Membuka mata dan minda akan keadaan rakan / saudara kita di Kemboja. Memberi kesedaran kepada kita yang sentiasa di dalam keselesaan. Semoga usaha kita diberkati Allah..
Zaharah Hashim, peserta Ziarah Kemboja 1428H.
 
.Dapat melihat anak-anak yatim di kampung-kampung di Kemboja. Usaha ini perlu diteruskan. Program Korban perlu tersebar luas.. Dato. Hj. Mohd Habib B. Hj. Jamaldin, Pengarah Urusan Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Nilai-Nilai Murni Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

 


.Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah ketakwaan kamu.. maksud al-Haj : 37

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walillahilham...

.Program Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja 1428H telah selamat dilaksanakan. Pada tahun ke-14 program ini, 2098 ternakan korban dan aqiqah serta 4 ternakan nazar telah disempurnakan di seluruh Kemboja. Agihan mengikut jenis ibadah dan ternakan dan perbandingan dengan tahun lepas ialah seperti berikut:

 
KORBAN    
Ternakan 1428H 1427H
Lembu 1127 855
Kambing 221 114
AQIQAH    
Lembu 215 168
Kambing 535 300

Rombongan dari Malaysia dan Singapura berperahu di sungai Mekong pada pagi Eidul Adha 1428H
 
Pada Hari Raya Eidul Adha, 20 Disember 2007 bersamaan 10 Zulhijjah 1428H ternakan korban mula disembelih dan daging-daging korban diagihkan kepada semua keluarga Islam di Kemboja. Daging aqiqah pula telah dimanfaatkan untuk jamuan perkahwinan, jamuan untuk pelajar-pelajar miskin, jamuan untuk penduduk kampung dan jamuan sempena perasmian masjid..

 
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Eidul Adha & Aqiqah Di Kemboja 1428H

 


Penyembelihan korban Eidul Adha di
Kemboja.


Mufti Kemboja (tengah) sedang menyusun sijil-sijil
untuk agihan ternakan korban dan aqiqah.

 

 


.Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban.. maksud hadith

.Saya dengan ini mengesahkan bahawa ibadah korban dan aqiqah yang diuruskan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja telah selamat disempurnakan dan telah menepati hukum-hukum syarak.. Petikan surat pengesahan Mufti Kerajaan Kemboja Okhna Haji Kamaruddin Yusof
 


 



Pengangkutan biasa di Kemboja.


Surat pengesahan pelaksanaan Korban Eidul Adha dan
Aqiqah di Kemboja 1428H daripada Mufti Kemboja.
 

.Bermurah hatilah kamu terhadap orang-orang di bumi agar yang di langit bermurah hati denganmu.. maksud hadith


Kembali mencari rezeki menangkap ikan pada petang Eidul Adha.


Berperahu mengangkut lembu korban di pagi raya.

 


.Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri kepada Allah.. maksud al-An.am : 162

Majlis perasmian diadakan pada Hari Raya Korban 10 Zulhijjah 1428H bersamaan 20 Disember 2007 di Masjid Nurul Huda, Ti 13 Leu / Koh Soutin, Pulau Koh Soutin, Wilayah Kampung Cham, Kemboja. Kampung Koh Soutin terletak pada sebuah pulau di tengah-tengah sungai Mekong berdekatan dengan bandar Kampung Cham. Dengan berperahu, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari bandar Kampung Cham.
 

.Gagal dan rugilah sesiapa yang hatinya tidak dianugerahkan sifat pemurah sesama manusia oleh Allah.. maksud hadith

  TYT Dato. Adnan Osman (Duta Besar Malaysia) ,YB Othsman Hassan, (Penasihat PM Kemboja),
Haji Sabri Kassim (Timbalan Gabenor Wilayah Kampung Cham) bersama Mufti Kerajaan Kemboja serta Pengerusi Program pada majlis perasmian.

.Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. - maksud hadith
 


Rombongan Malaysia disambut oleh penduduk kampung.


Anak-anak di Kampung Koh Soutin, Wilayah Kampung Cham.

 


.Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang yang sengsara lagi fakir.. maksud al-Haj : 28

Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Kemboja menetapkan agihan seekor lembu korban atau aqiqah bagi setiap 60 buah keluarga dalam sesuatu kampung untuk diagihkan pada Hari Raya Eidul Adha. Mengikut sunnah, daging korban diagihkan dalam keadaan mentah manakala daging aqiqah pula dimasak dan diadakan jamuan.
 

Semangat gotong royong masih kuat di kalangan penduduk kampung. Sebuah kampung biasanya di bahagikan kepada beberapa jemaah. Setiap jemaah terdiri daripada sebilangan keluarga misalnya 30 keluarga. Ketua setiap jemaah akan memastikan setiap keluarga akan mendapat daging korban yang sepatutnya.

 

 

.Muliakanlah korban-korbanmu kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal-Mustaqim.. maksud hadith

Menimbang daging agar agihan daging korban itu adil untuk setiap penduduk kampung.

 
 

Berbasikal dari rumah ke rumah mengagih daging
korban diiringi peserta dari Malaysia.

Daging-daging korban dilapah dan dipotong kecil-kecil untuk agihan.

 


.Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.. maksud hadith.

Pelaksanaan ibadah Aqiqah dilaksanakan sepanjang tahun. Penyertaan A001 bagi kambing aqiqah disempurnakan di Pusat Islam, Chroy Matrey Leu Ressey Chroy, Moukh Kampoul, Kandal dan penyertaan akhir bagi laporan ini ialah bagi lembu aqiqah sijil AL 750 yang disempurnakan di Masjid Ar-Rahmani, Chroy Matrey Leu Ressey Chroy, Moukh Kampoul, Kandal.
 

Jamuan kenduri aqiqah dimanfaatkan untuk berbuka puasa,
jamuan perkahwinan serta program kemasyarakatan
seperti perasmian masjid, jamuan untuk murid-murid
madrasah serta program ceramah mufti.


Mufti Kemboja sedang menuai padi di kampung Potien,
di perbatasan Kemboja-Vietnam.

 

. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat baik.. maksud al-A.raf : 56
 

Persediaan untuk kenduri besar bagi ribuan penduduk kampung sempena majlis perasmian masjid di Kampung Chnnang.

 


.Kamu sekali-kali tidak akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menderma sebahagian apa yang kamu sayangi.. maksud al-Imran: 92

Sumbangan yang diterima oleh Mufti Kerajaan Kemboja telah dapat menampung kos jamuan berbuka puasa di kampung-kampung Islam di seluruh Kemboja. Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. telah menyalurkan RM44,699.37. Juga pihak Mufti telah menerima sumbangan daripada Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.
 

Ibadah Aqiqah telah disempurnakan bagi para peserta untuk sijil A182 hingga A402 pada bulan Ramadhan 1428H ini:

Lembu Aqiqah : 59 ekor
Kambing Aqiqah : 154 ekor

.Tiap-tiap sesuatu ada kuncinya,
dan kunci syurga itu adalah
mengasihi fakir miskin..
maksud hadith

5 % yuran penyertaan ibadah korban dan aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadhan 1429H / 20 September 2008M akan disalurkan untuk program berbuka puasa di Kemboja tahun 1429H / 2008M.


....sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.. maksud at -Taubah : 120
 

Berbuka puasa istimewa : roti Perancis dan
kari aqiqah ala Kemboja.

....ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati
menjadi tenteram.. maksud ar-rad : 28

 




Klik di sini untuk senarai lengkap tempat-tempat pelaksanaan ibadah korban & aqiqah di seluruh Kemboja mengikut nombor-nombor sijil.
 

 


Penerimaan Sijil Nama-Nama Peserta Korban & Aqiqah Serta Wang Bagi Pembelian Lembu Atau Kambing.
Tanggungjawab ini hanya akan diserahkan kepada imam-imam Masjid, guru agama dan wakil-wakil urusan yang dipilih oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Syarat-syarat Lembu Korban & Aqiqah
Lembu untuk ibadah Korban & Aqiqah hendaklah berumur lebih 2 tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting. Bagi kambing pula umurnya lebih satu tahun iaitu apabila bersalin gigi.

Penjagaan Lembu
Lembu yang telah dibeli hendaklah disimpan di tempat yang selamat, diberi makan dan minum yang secukupnya, dijaga kesihatannya dan tidak digunakan untuk kerja-kerja.

Nama Peserta Korban & Aqiqah
Lebih baik nama-nama peserta Korban & Aqiqah yang ada pada sijil-sijil yang telah diserahkan itu ditulis pada papan hitam semasa penyembelihan. Ambil foto (jika boleh).

Persiapan Lembu Korban & Aqiqah
Lembu-lembu hendaklah dahulu dibersihkan dengan air sebelum dibawa ke tempat penyembelihan iaitu di kawasan masjid atau surau. Peralatan penyembelihan dan
pelapahan disediakan dahulu dan dibawa bersama.

Pengumuman Korban & Aqiqah
Pengumuman kepada semua penduduk kampung hendaklah dibuat berkenaan ibadah Korban & Aqiqah yang akan disempurnakan.

Penyembelihan
Pisau yang tajam hendaklah digunakan dengan lembu Korban & Aqiqah diikat dengan baik. Lembu dan penyembelih hendaklah menghadap kiblat. Mulakan dengan Bismillah dan boleh juga diiringi dengan salawat Nabi dan doa. Niat penyembelihan ialah untuk peserta-peserta yang namanya ada pada sijil.

Agihan Daging Korban
Daging lembu korban hendaklah diagih-agihkan dengan adil kepada penduduk kampung.

Jamuan Aqiqah
Daging lembu aqiqah hendaklah dimasak serta jamuan diadakan di masjid atau surau atau di tempat-tempat lain yang dipersetujui oleh Mufti atau Ketua Urus Setia.

Sijil Pengesahan Pelaksanaan
Selepas ibadah korban & aqiqah disempurnakan, sijil pelaksanaan korban & aqiqah hendaklah dikembalikan kepada Ketua Urus Setia dengan kadar yang segera.

 


.Katakanlah sesungguhnya sembahyangku, ibadahku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam.. maksud al-An.am : 162

WAKAF PERIGI

Musim kemarau di Kemboja boleh berlanjutan sehingga enam bulan. Perigi merupakan salah satu keperluan asasi penduduk kampung di seluruh Kemboja. Alhamdulillah, mulai 1428H Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. telah diamanahkan untuk memantau pembinaan 42 buah perigi yang telah diwakafkan untuk beberapa buah kampung di Kemboja.

 

Kuat rumah kerana sendi,
Rosak sendi rumah binasa;
Kuat bangsa kerana budi,
Rosak budi hancurlah bangsa.

 

Pembinaan perigi wakaf
antara akhir bulan Disember
hingga bulan April. Hubungi
urus setia 03-41434343



RM600 telahpun termasuk kos barangan,
upah menggali dan kos pengurusan,
untuk sebuah perigi.


Perigi seeloknya dibina apabila musim kemarau bermula pada akhir
Disember. Musim kemarau boleh berlarutan sehingga bulan Mei.


Haji Hazwan Lee, peserta dari Malaysia sedang
membantu menggali perigi yang diwakafkannya.

 

 


.Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.. maksud hadith

Pada tahun ini, Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) dan juga Percetakan Nasional Malaysia Berhad telah menganjurkan program Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja untuk kakitangan masing-masing dengan kerjasama Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

 
. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat baik..maksud al-A.raf : 56

30 ekor lembu korban dan 2 ekor lembu aqiqah telah disempurnakan bagi pihak Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) dan 5 ekor lembu korban serta 1 ekor lembu aqiqah telah disempurnakan untuk peserta daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
 

Rombongan daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad
di Kampung Chnnang.

Perasmian korban dan aqiqah BAKIT,
Telekom Malaysia di Kampung Potien, Wilayah Kampung Cham.

 


Seramai 33 orang para peserta korban dan aqiqah telah ikut sama ke Kemboja. Program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja di samping mengeratkan lagi silaturrahim sesama Islam antara umat Islam Malaysia dan Kemboja. Turut sama ialah 3 ahli rombongan daripada Singapura.
 


Ahli rombongan bergambar di tepi sungai Mekong sebelum berperahu ke
Pulau Koh Soutin, Wilayah Kampung Cham pada pagi Eidul Adha 1428H

 
Program Ziarah Kemboja dikendalikan oleh Pejabat Mufti Kemboja untuk tahun 1429H. Butir-butirnya adalah seperti berikut :

Tarikh Ziarah : 6 Disember 2008 hingga 10 Disember 2008 (5 Hari 4 Malam)
Kos : RM 600 ( dewasa dan kanak-kanak) merangkumi penginapan, makan dan pengangkutan sahaja. ( tiket Air Asia hendaklah dibeli sendiri).

Jika berminat, hubungi 03-41434343 untuk keterangan lanjut.


.Katakanlah (Wahai Muhammad) : .Berjalanlah kalian di muka bumi, kemudian
perhatikanlah.... maksud al-An.am : 11


Penduduk kampung Koh Soutin menyambut
kedatangan ahli rombongan dengan meriah
sekali.

Perahu nelayan sungai Mekong membawa
ahli-ahli rombongan. Jaket keselamatan memang
tidak disediakan.

 


.Jika kamu bersyukur, nescaya Ku-tambahkan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu ingkar, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.. maksud Ibrahim : 7

Pada tanggal 27 Disember 2007, laporan program yang menyenaraikan tempat-tempat pelaksanaan ibadah Korban & Aqiqah mengikut nombor sijil penyertaan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Hj. Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia di Kemboja, Program Korban & Aqiqah di Kemboja merangkap Setiausaha Negara Kementerian Agama dan Kepercayaan Kemboja kepada wakil Tuan Yang Terutama Dato. Adnan Othman, Duta Besar Malaysia, Embassy of Malaysia di Phnom Penh, Kemboja. Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh Ustazah Norwariza Mohd Hed, Ketua Urus setia di Malaysia, Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.
 

.Ya Tuhanku, lapangkanlah
dadaku dan permudahkanlah
segala urusanku....
maksud Taha : 25-26

Salinan laporan kepada Kedutaan Malaysia juga dihantar kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya pada 10 Januari 2008.

Anak-anak yatim dan miskin sedang menanti agihan
sedekah daripada ahli rombongan Malaysia.

Anak-anak mudah gembira dengan apa
yang ada.

 


Lembaga Penasihat :
Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Mufti Kerajaan Kemboja,
Okhna Haji Othsman Hassan, Penasihat Perdana Menteri dan
Haji Zakaryya Adam, Setiausaha Negara Kementerian Agama dan Kepercayaan.


Pejabat Urus Setia Malaysia, Program Korban Eidul Adha
& Aqiqah di Kemboja


Wakil-wakil Urus Setia di Kemboja, sedang mengagih
ternakan korban & aqiqah.

Pengerusi :
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Eksekutif.

Pembantu Khas Pengerusi & Ketua Urus Setia di Malaysia :
Ustazah Norwariza Mohd Hed.

Urus Setia di Malaysia :
Luqman Hisyam Che Mazlan
Mohd Azam Supardi
Mohd. Rohaizal Hamid
Nor Azlin Ngah
Zulhalimi Anuar Mohammad
Habib Benhadria
Semiah Said
Norfadhilah Zakaria
Siti Faizura Abd. Rahman
Zairani A. Hamid
Zamzurilariha Anuar
Iriani Asnawi
Abdul Muhaimin Che Mazlan

Ketua Urus Setia di Kemboja :
Haj Zakaryya Adam
Setiausaha Negara Kementerian Agama & Kepercayaan

Ketua Keselamatan :
Haji Sabri Kassim
Timbalan Gabenor Wilayah Kompong Cham

Wakil Urusan di Kompong Chhnang :
Haji Hashim Yunus,
Imam Daerah

Wakil Urusan di Phnom Penh, Kandal, Takeo, Prey Veng, Svay Rieng, Kg Speu :
Ustaz Yusof Yahya, Pembantu Khas Mufti.
Ustaz Abdul Wahid Abdullah, Guru Agama
Raihan Kamaruddin, Pembantu Khas Mufti

Wakil Urusan di Kompong Cham :
Haji Sabri Kassim, Timbalan Gabenor Wilayah Kompong Cham.
Ustaz Syukri Kassim, Guru Agama

Wakil Urusan di Kerachih :
Tuan Yusuf Said, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Pursat, Battambang & Bondeay Mean Chey :
Hj Musa Sulaiman, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Kampot & Kompong Som, Koh Kong :
Ustaz Zuhri, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Kompong Thom :
Haji Zuhdi Yusuf, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Siemreap :
Ustaz Musa Salleh, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Rattanakiri, Mondul Kiri :
Ustaz Syukri Kassim, Guru Agama

 




.Bermurah hatilah kamu terhadap orang-orang di bumi agar yang di
langit bermurah hati kepadamu.

maksud hadith.
 

Semoga Allah menerima ibadah korban & aqiqah yang kita tunaikan. Amin...

One Response to “Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1428H”

  • rosnita says:

    Assalamualaikum wbt.
    alhamdulillah saya telah melihat laporan Program Korban & Aqiqah. Insyaalah saya akan menyertainya mulai tahun ini. Semoga semua sedekah dan amalan ini diberkati dan diterima Allah SWT. Insyaallah.

Leave a Reply