Anda pelawat ke

Kursus

Sila lihat maklumat di bawah ini untuk kursus percuma Kaedah Mengajar Cepat Membaca Ameen :

Kursus Percuma :Kursus Kaedah Mengajar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris  : Cepat Baca & I Can Read

Nilai kursus: RM300.00.

Tarikh : 1 Jun 2013 (Sabtu)

Tempat : Tadika Cerdas Minda, No 3 Jalan Semantan 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Ikutilah kursus yang terkini, berkesan dan praktikal untuk mendidik anak-anak 4 hingga 7 tahun untuk cepat membaca… Tahukah anda bahawa 300,000 murid di sekolah-sekolah dikatakan buta huruf! -Tajuk akhbar Malay Mail

Pelajarilah kaedah fonemik, kaedah terkini dan universal yang terbukti berkesan dan mudah untuk digunakan. Kuasailah pendekatan dan sistem yang tersusun dan bertahap-tahap bagi memudahkan anda untuk melaksanakan kaedah tersebut. Kuasailah bunyi-bunyi asas serta sifat-sifat dalam sesuatu bahasa tersebut.

Sesuai dengan perkembangan umur anak: Keupayaan membaca seseorang anak itu bergantung kepada peringkat umur dan kesediaan anak itu untuk membaca. Kaedah Cepat Baca dan I Can Read disusun sesuai untuk peringkat umur anak 4 hingga 7 tahun yang merupakan peringkat perkembangan minda anak yang sungguh pesat.

Kesedaran Fonemik: Kesedaran fonemik ialah kesedaran bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabung dan dipisahkan. Kajian menunjukkan bahawa kesedaran fonemik ini merupakan petanda asas keupayaan anak itu untuk boleh membaca.

Kemahiran asas membaca sistem 4P:

1. Pengisian Bunyi melalui kata-kata kunci.

2. Pengecaman bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi tersebut.

3. Pemilihan dan pemisahan bunyi iaitu keupayaan anak untuk memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang ada dalam sesuatu perkataan.

4. Pemaduan bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk membentuk perkataan yang lengkap.

Tahap pengajaran yang tersusun: Kemahiran asas membaca dibahagikan kepada beberapa kumpulan pelajaran. Setiap kumpulan pelajaran pula dibahagikan kepada 3 aktiviti iaitu aktiviti pelajaran utama, aktiviti pengukuhan, dan akhirnya aktiviti pengayaan.

Di akhir kursus, anda tidak akan lagi keputusan idea dan tertanya-tanya bagaimana hendak mengajar anak membaca dengan berkesan.

Kursus Percuma : Kursus Kaedah Mengajar Al-Quran & Jawi: Kaedah Al-Barqy & Bacalah Jawi.

Nilai kursus: RM300.00.

Tarikh :1 Jun 2013 (Sabtu)

Tempat : Tadika Cerdas Minda, No 3 Jalan Semantan 2 Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tulisan Jawi merupakan kunci kepada khazanah ilmu tamadun Melayu Islam serta merupakan unsur penting dalam memelihara identiti bangsa Melayu. Juga, kemahiran untuk membaca jawi mempermudahkan lagi kemahiran untuk membaca Al-Quran.

Kaedah Bacalah Jawi merupakan kaedah yang mudah untuk mengajar seseorang itu membaca jawi kerana ia merangkumi 3 perkara penting:

1. Kaedah Fonemik (sama seperti kaedah ‘Cepat Baca’ dan ‘I Can Read’)

Sesuai dengan perkembangan umur anak: Keupayaan membaca seseorang anak itu bergantung kepada peringkat umur dan kesediaan anak itu untuk membaca. Kaedah Bacalah Jawi disusun sesuai untuk peringkat umur anak 4 hingga 7 tahun yang merupakan peringkat perkembangan minda anak yang sungguh pesat.

Kesedaran Fonemik: Kesedaran fonemik ialah kesedaran bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabung dan dipisahkan. Kajian menunjukkan bahawa kesedaran fonemik ini merupakan petanda asas keupayaan anak itu untuk boleh membaca.

Kemahiran asas membaca sistem 4P:

1. Pengisian Bunyi melalui kata-kata kunci.

2. Pengecaman bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi tersebut.

3. Pemilihan dan pemisahan bunyi iaitu keupayaan anak untuk memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang ada dalam sesuatu perkataan.

4. Pemaduan bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk membentuk perkataan yang lengkap.

Tahap pengajaran yang tersusun: Kemahiran asas membaca dibahagikan kepada beberapa kumpulan pelajaran. Setiap kumpulan pelajaran pula dibahagikan kepada 3 aktiviti iaitu aktiviti pelajaran utama, aktiviti pengukuhan, dan akhirnya aktiviti pengayaan. Kursus Bacalah Jawi bertambah berkesan kerana mengambilkira 2 perkara berikut :

1. Sifat bahasa Melayu : Huruf-huruf dalam bahasa Melayu melambangkan bunyi-bunyi yang boleh digabungkan menjadi sukukata yang jelas. Gabungan suku-suku kata ini akan membentuk perkataan yang bermakna. Ini ditambahkan pula dengan peranan imbuhan yang dapat membentuk pelbagai makna.

2. Sistem Ejaan Jawi Baru : Sistem ejaan jawi baru diperkenalkan dengan satu pendekatan yang mudah dipelajari.

Hadirilah kursus ini dan anda mampu membaca dan mengajar jawi.

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca Al-Quran telah terhasil agar umat Islam dapat membaca Al-Quran dengan mudah. Kaedah Al-Barqy merupakan usaha alim ulamak nusantara Melayu untuk mendidik anak-anak membaca Al-Quran dengan mengambil kira psikologi perkembangan awal kanak-kanak.

Selari dengan pengajaran bahasa Arab: Al-Quran telah diwahyukan dalam bahasa Arab. Oleh itu, kaedah Al-Barqy disusun agar sesuai dengan kaedah membaca huruf dan kalimat bahasa Arab. Pada peringkat awal, bentuk huruf dan tanda baris dikemukakan melalui struktur kata atau kalimat. Bentuk huruf yang bersambung juga diperkenalkan dari awal lagi.

Pendekatan Kata Kunci: Kata-kata kunci dalam bentuk struktur kata yang mudah dihafal dikemukakan. Kata-kata kunci ini merupakan asas  untuk memperkenalkan huruf-huruf serta tanda-tanda baris Al-Quran yang lain. Ia juga merupakan sumber rujukan anak apabila mereka lupa.

Sistem yang tersusun: Sistem 4P iaitu Pengisian Bunyi, Pengamatan Bentuk dan Bunyi Huruf, Pemilihan dan Pemisahan Bunyi, serta Pemaduan Bunyi merupakan kaedah asas pengajaran untuk memudahkan anak-anak mengenali sesuatu huruf disamping membaca kalimat yang bersambung dari peringkat awal lagi.

Teknik yang berkesan:

1. Teknik Pindahan Huruf iaitu memperkenalkan huruf dan bunyi yang baru dengan mengaitkannya dengan sesuatu bentuk huruf atau bunyi yang telah diketahui.

2. Teknik Titian Unta diperkenalkan dalam pengajaran sukun dan tashlik iaitu urutan yang mengarah dalam bentuk irama.

3. Teknik Bacaan Kalimat-kalimat dan nasyid yang berirama untuk membiasakan anak-anak dengan sebutan huruf dan tajwid yang betul.

Hadirilah kursus ini dan anda mampu memperbaiki bacaan Al-Quran seisi keluarga anda.

Kursus Percuma : Kursus Kaedah Cepat Membaca Al-Quran Bertajwid : kaedah Tajwid Al-Barqy.

Nilai kursus: RM300.00.

Tarikh :7 September 2013 (Sabtu)

Tempat : Tadika Cerdas Minda, No 3 Jalan Semantan 2 Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tajwid Al-Barqy Unik dan Istimewa kerana :

1. Bacaan mengikut sebutan bahasa Arab

Al-Quran diwahyukan dalam bahasa Arab. Oleh itu, sebutan huruf dan khalimat Al-Quran menekankan sumber atau mahrajnya serta sifatnya mengikut sebutan bahasa Arab. Kursus ini memberi tumpuan kepada contoh bacaan guru yang tepat dan baik.

2. Bacaan bertajwid secara amali

Bacaan Al-Quran telah dicontohkan oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW secara talaqqi musyafahah. Kaedah membaca bertatapan dengan guru merupakan sunnah yang telah diamalkan hingga ke hari ini. Maka hukum-hukum bacaan bertajwid dilaksanakan secara amali.

3. Sistem pelajaran yang tersusun

Tajwid Al-Barqy menggunakan 4 tahap pengajaran seperti berikut :

1. Pengisian bacaan berirama dan bertajwid.

2. Pengamatan bunyi, bentuk huruf dan tanda bacaan.

3. Pemisahan dan pemilihan bunyi dan bacaan yang tepat

4. Pemaduan semula bacaan bertajwid

Para peserta akan dapat membaca Al-Quran secara bertahap-tahap mengikut hukum bacaan yang telah dipelajari. Pada akhir kursus, para peserta akan didedahkan kepada 30 kumpulan pelajaran yang merangkumi keseluruhan hukum-hukum tajwid Al-Quran.

Leave a Reply

Video Korban Aqiqah
Koleksi Video Korban 1433H Di Kemboja:
Video 1
Video 2
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Wakaf Perigi
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1433H : 14 Oct 2013
Ibadah Aqiqah: Dibuka sepanjang tahun

Nama Akaun Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd :
BIMB (Jln Tun Razak)
No. Akaun : 14032010015955
MAYBANK (Tmn Setiawangsa KL)
No. Akaun : 562188100158
Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
21 Mei 2013

Subuh 5:40am
Syuruk 7:02am
Zohor1:13pm
Asar4:36pm
Maghrib7:21pm
Isyak8:34pm

Lihat Lokasi Lain
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..