Anda pelawat ke

Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1430H

LAPORAN PENGERUSI

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah ketakwaan kamu." maksud al-Haj : 37

.Pada tahun ke-16 program ini, 2567 ternakan Korban dan Aqiqah termasuk 10 ekor ternakan Nazar dan Sedekah telah disempurnakan di seluruh Kemboja.. Haji Che Mazlan Saad, Pengerusi Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1430H


Para Peserta Ziarah dari Malaysia dan Singapura pada pagi Eidul Adha d Kemboja.


Surat pengesahan perlaksanaan Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja 1430H daripada Mufti Kemboja.

MAJLIS PERASMIAN KORBAN EIDUL ADHA & AQIQAH 1430H

"Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri kepada Allah." maksud al-An.am : 162

Majlis perasmian diadakan pada Hari Raya Korban, 10 Zulhijjah 1430H bersamaan 27 November 2009 di Masjid Raudhatul-Hikmah, Kg Koh Sutin Kraum, Wilayah Kampong Cham


Mufti Kemboja sedang menyampaikan khutbah Eidul Adha.


Penyembelihan ternakan korban di perkarangan Masjid Raudhatul-Hikmah.

AGIHAN DAGING KORBAN

"Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang yang sengsara lagi fakir." maksud al-Haj : 28

Mufti Kerajaan Kemboja menetapkan agihan seekor lembu korban atau aqiqah bagi setiap 60 buah keluarga dalam sesuatu kampung. Mengikut sunnah, daging korban diagihkan dalam keadaan belum dimasak, manakala daging aqiqah pula dimasak dan diadakan jamuan. Semua 458 kampung Islam di seluruh Kemboja telah menerima agihan ternakan korban. Terdapat 500,000 penduduk Islam berbanding 14 juta penduduk di seluruh Kemboja.


Ternakan Korban sedang dilapah

Puan Hajar Dahlan, peserta Ziarah Kemboja
sedang mengagihkan daging kepada penduduk kampung.

JAMUAN AQIQAH SEPANJANG TAHUN

"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberikan nama." maksud hadis.

Perlaksanaan ibadah Aqiqah dilaksanakan pada sepanjang tahun. Jamuan kenduri aqiqah biasanya dimanfaatkan untuk berbuka puasa, majlis perkahwinan serta program kemasyarakatan seperti perasmian masjid, jamuan untuk murid-murid madrasah serta program-program ceramah daripada Mufti Kemboja.
 


Program Ziarah Kemboja bergambar kenangan
bersama pengantin perempuan
 


Kanak-kanak sedang bermain di tepi
Sungai Mekong
 


Daging Aqiqah sedia dimasak untuk kenduri Kahwin

PROGRAM BERBUKA PUASA DI KEMBOJA

"Kamu sekali-kali tidak akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menderma sebahagian apa yang kamu sayangi." maksud ali-Imran : 92

Alhamdulillah, daripada penyertaan program Korban & Aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadan 1430H dan sumbangan dermawan, Al-Ameen Serve Holdings dapat menyalurkan USD22,449.00 untuk jamuan berbuka puasa.

Juga, ibadah Aqiqah yang disempurnakan pada bulan Ramadan 1430H adalah seperti berikut:

Lembu Aqiqah: 118 Nazar Kambing: 3
Kambing Aqiqah: 221 Sedekah Kambing: 1


Jemaah menunggu waktu berbuka puasa


Suasana tenang di bulan Ramadan

Penyediaan juadah berbuka puasa

TEMPAT PERLAKSANAAN IBADAH KORBAN& AQIQAH


Peserta Ziarah Kemboja bergambar di hadapan pejabat Mufti Kemboja.

Klik di sini untuk senarai lengkap tempat-tempat perlaksanaan ibadah korban & aqiqah di seluruh Kemboja mengikut nombor-nombor sijil

PROGRAM WAKAF PERIGI

Musim kemarau di Kemboja boleh berlarutan sehingga enam bulan iaitu pada bulan Disember sehingga Mei pada setiap tahun. Setakat ini tiada bekalan air paip yang sempurna untuk penduduk kampung.

Oleh yang demikian, perigi merupakan salah satu keperluan penting. Alhamdulillah, sejak dilancarkan sehingga kini, sebanyak 300 buah perigi telah dibina. Tahun ini sahaja sebanyak 94 buah perigi telah dibina di Kemboja.


Mufti Kerajaan Kemboja Okhna Haji Kamaruddin Yusof dan
Pengerusi Program Korban & Aqiqah Di Kemboja,
Haji Che Mazlan Saad semasa perasmian wakaf perigi
di Kg Speu, Wilayah Kg Cham.


Penduduk kampung bergambar bersama perigi yang telah diwakafkan.

 
Sijil pengesahan wakaf perigi yang ditandatangani oleh Mufti Kemboja.

PENYERAHAN LAPORAN PROGRAM KORBAN & AQIQAH 1430H DI KEMBOJA


Penyerahan laporan kepada TYT Syed Farizal Amini,
Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kemboja.


Ketua Pengarah JAKIM dan rombongan di depan
Pejabat Mufti


Pengesahan Laporan Program Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja
oleh Mufti Kerajaan Kemboja kepada Kedutaan Malaysia dan JAKIM.

 

Lembaga Penasihat :
Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Mufti Kerajaan Kemboja,
Okhna Haji Othsman Hassan, Penasihat Perdana Menteri Kemboja dan
Haji Zakaryya Adam, Ahli Jawatankuasa Parlimen Kemboja bidang Agama, Pendidikan dan Kebudayaan.

Pengerusi
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Eksekutif
Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.


Pembantu Khas Pengerusi & Ketua Urus Setia di Malaysia
Ustazah Norwariza Mohd Hed
Eksekutif Penyelidikan & Pemasaran

Urus Setia di Malaysia
Zairani A. Hamid
Iriani Asnawi
Zamzurilariha Mat Ariffin
Siti Faizura Abd. Rahman
Semiah Said
Asma Khairuddin
Nusaibah Din
Ustazah Norhafifa Abdul Halim
Wan Noor Zurita Wan Hassan
Khyrul Alfie Juraimi
Abdul Muhaimin Che Mazlan

Urus Setia di Kemboja
Saleh Ismail
Ustaz Yusof Yahya
Ustaz Olvy
Raihan Kamaruddin
Fadhlatullah Zakaryya
Luqman Hisyam Che Mazlan

Ketua Keselamatan
Haji Sabri Kassim
Timbalan Gabenor Wilayah Kampong Cham

Wakil Urusan di Siem Reap
Ustaz Musa Salleh
Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Phnom Penh, Kandal, Takeo, Prey Veng, Svay Rieng, Kg Speu
Ustaz Yusof Yahya
Pembantu Khas Mufti
Ustaz Abdul Wahid Abdullah
Guru Agama

Wakil Urusan di Kompong Chhnang
Haji Hashim Yunus
Imam Daerah

Wakil Urusan di Kompong Cham, Stung Reng, Rattanakiri, Mondulkiri
Haji Sabri Kassim
Timbalan Gabenor Wilayah Kg. Cham
Ustaz Zahari Mohd. Daud
Guru Agama
Ustaz Syukri Kassim
Guru Agama

Wakil Urusan di Kratie
Tuan Yusuf Said
Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Pursat, Battambang & Bondaey Mean Chey
Haji Musa Sulaiman
Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Kampot, Sihanoukville, Kohkong
Ustaz Zuhri Bin Ahmad
Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Kompong Thom
Haji Zuhdi Yusof
Ahli Majlis Syura

 

25 Responses to “Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1430H”

  • Datin Hamida Hassan says:

    Saya ingin mengikuti program ziarah kemboja dimasa depan.

  • admin says:

    Assalamualaikum,

    Semoga niat puan untuk mengikuti program Ziarah Kemboja dimakbulkan oleh Allah SWT. Untuk tahun depan, tarikh ziarah ditetapkan pada 15 November 2010 hingga 19 November 2010. Sila hubungi pejabat kami 03-4143 4343 untuk keterangan lanjut.

  • abdul hamid abdul rahman says:

    Alhamdulillah, continue this good work

  • ts kretel says:

    Segala puji bagi Allah SWT.

    Satu usaha yang amat baik dan lengkap dengan laporan yang meyakinkan, teruskan. Semuga Allah merahmati kalian

    Jika ada kesempatan rezeki dan masa, saya pun nak ikut ziarah ke kemboja bersama2 keluarga saya.

  • Ab Majid Aziz says:

    Alhamdulillah, semuga amal salleh kita diterima ALLAH swt. amin

  • Jamalul Rudad Mohamed says:

    Insya’Allah tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya,saya ingin menyertai program korban di kemboja dan program ziarah kemboja kalau ada peluang.

  • Hj Japar Abu says:

    Assalamualaikum,
    Saya ingin menyertai ziarah Kemboja untuk tahun hadapan.

  • BADRUL says:

    Assalammuaaikum…

    Bagus usaha seperti ini, senang kepada peserta seperti saya untuk pilih program yang mana satu, semuanya untuk dapatkan keredhaan Allah. Varietykan lagi program lai2.

  • zainal says:

    Insya-Allah saya akan ikhtiar mengikuti program ziarah korban Kemboja di masa depan bersama anak-anak saya.

  • admin says:

    Terima kasih diatas semua cadangan dan pujian. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya juga dari Allah diatas kelemahan kami. Semoga niat kita melakukan ibadah korban, aqiqah, sedekah, wakaf dan sumbangan lain diterima dan mendapat rahmat dari Allah, InsyaAllah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Wallahua’lam..

  • Badrul Hisham says:

    Great work! God bless always…

  • kamariah abdul samad says:

    Ingin tahu lebih lanjut tentang program wakaf perigi – berapa kos, dll.

  • Noraliza Basrah says:

    Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana program berjaya dilaksanakan. Terima kasih Al Ameen (pihak pengurusan dan staf). Semoga kebajikan yang kita lakukan diberkati Allah hendaknya.

  • admin says:

    Assalamualaikum wrt wbt

    Semoga niat saudara mendapat kerahmatan Allah s.w.t.

    Program ini mendapat sambutan yang baik, allahamdullilah. Caranya:

    1. Saudara menulis surat melantik Al-Ameen untuk mengurus sumbangan wakaf perigi ini –
    tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk pengurusan ini. Surat tersebut hendaklah dikepilkan dengan pembayaran yang dibuat dan hantar kepada kami untuk diproses.

    2. Mufti Kemboja akan memaklumkan kepada kami nama penerima dan lokasi perigi berkenaan. Jenis perigi yang dibina bergantung pada jenis tanah dan kegunaan — perigi palung ataupun perigi pam.

    3. Pembinaan akan dikawal-selia biasanya oleh guru agama ataupun imam masjid di kampung berkenaan.

    4. Biasanya perigi ini ini akan diwakafkan kepada sesuatu keluarga. Syarat wakaf ialah penerima bertanggungjawab terhadap keadaan perigi.

    5. Sijil Pengesahan wakaf perigi akan dikeluarkan dengan pengesaahan al-ameen dan mufti kemboja.

    Sebuah perigi berharga RM 700 (termasuk kos barangan, kos pembinaan dan juga kos pembaikan jika rosak).

    Sekian Terima Kasih. Wallahua’lam.

    Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
    Urus Setia Korban Aqiqah di Kemboja
    Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

  • admin says:

    Assalamualaikum,

    Semoga niat puan untuk mengikuti program Ziarah Kemboja dimakbulkan oleh Allah SWT. Untuk tahun depan, tarikh ziarah ditetapkan pada 15 November 2010 hingga 19 November 2010. Sila hubungi pejabat kami 03-4143 4343 untuk keterangan lanjut.

  • hani saleh says:

    assalamualaikum…
    saya dan keluarga sangat berbesar hati kerana terlibat dgn korban dan aqiqah di kemboja…doakan semoga kami dapat berterusan membuat korban di sana. kami juga sangat berminat untuk membuat ziarah ke sana pada tahun hadapan. insyaallah…

  • Nassharuddin says:

    Assalamualaikum.

    TAHNIAH atas segala usaha murni pihak tuan di Kemboja.
    1.Berapa anggaran kos pengangkutan dan penginapan di Kemboja?
    2.Berapa kos ziarah bagi kanak-kanak?

  • admin says:

    Waalaikumussalam wrt wbt.

    Terima kasih diatas ucapan yang diberi. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah. Kos ziarah kemboja bagi kanak-kanak adalah sama dengan dewasa. Kadar yuran yang di kenakan adalah seperti di bawah.

    Program ini adalah anjuran Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja

    Tiket Pergi-Balik: Para peserta dikehendaki membeli sendiri tiket pergi balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh. Sila beli tiket Air Asia.

    Yuran Pendaftaran: RM700 : bayaran dibuat semasa pendaftaran di Kemboja

    Yuran termasuk:

    * Penginapan di Kemboja
    * Pengangkutan di Kemboja
    * Makanan
    * Tour Guide

    Yuran tidak termasuk:

    * Tiket pergi-balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh.
    * Air port tax di Phnom Penh sebanyak USD25 (lebih kurang RM90)
    * Bayaran lebihan berat bagasi (RM15/kg atau USD4/kg)
    * Tiket masuk ke Toul Sleng / tempat-tempat pelancongan yang dikenakan bayaran (biasanya tidak lebih daripada USD7)

    Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
    Urus Setia Korban Aqiqah di Kemboja
    Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
    Untuk maklumat lanjut sila rujuk ke website ini dalam kolum ziarah kemboja. Syukran.

  • MOHD FAUZI BIN ABDULLAH says:

    Alhamdulillah, semoga tahun depan akan lebih banyak lagi korban yang dapat saya sertai. Syukur, pihak yang lebih memerlukan dapat disampaikan dan lebih afdhal disampaikan kepada saudara-saudara kita di Kemboja berbanding di negara kita yang serba mewah dan serba makmor. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui daripada kita yang tidak ketahui. Amin.

  • Ummu Salamah says:

    Salam,
    Juga ada baiknya dalam laporan menjelaskan semua kos yang terlibat termasuk kos pengurusan dan kos asal pembelian lembu di Kemboja.

    Satu lagi, Mengapa saguhati buku tidak karangan sdr Faisal Tehrani. Saya dapat 3 buku yang sama karangan Dr Chef.

  • Masah kml99 says:

    Assalamualaikum. wbt.
    Tahniah atas usaha murni ini semoga semua yang menjayakan mendapat keberkatan Allah SWT serta dilimpahkan rezeki buat penerima sumbangan. Ingin mencadangkan jika diizinkan agar program wakaf ini juga dirancang untuk program jangka panjang demi pembangunan ummah masyarakat islam khasnya di sana seperti wakaf pendidikan serta pembangunan ekonomi wallahua’lam.
    Salam Maal Hijrah 1431H

  • mohd shah bin jaafar says:

    alhamdullilah syukur. mudah-mudahan apa yang telah dilaksanakan mendapat keredaan allah jua. amin.

  • admin says:

    Waalaikumussalam wrh wbt

    Semoga Ibadah yang dilakukan saudari mendapat rahmat Allah. Terima kasih diatas cadangan yang di berikan saudari. Pihak kami akan mempertimbangkan cadangan itu kelak. Untuk pengetahuan saudari hadiah saguhati asal yang diberikan pihka kami sememmangnya novel karangan Faisal Tehrani. Namun, kami terpaksa menggantikan dengan buku lain kerana kehabisan stock. Wallahua’lam. Terima Kasih

    Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
    Urus Setia korban dan Aqiqah di Kemboja.
    Al-Ameen Serve Holdings sdn. Bhd.

  • Harun bin Ujang says:

    Assalamualaikum wbt,

    Tuan,

    Tahniah, syukur dan syabas kerana laporan yang disediakan lengkap dan menarik. Saya dan isteri berhajat untuk menyertai korban dan ziarah Kemboja pada 2010.

    Terima kasih

  • Mirsa says:

    Aslm!

    Saya brminat nak berkorban pada tahun depan di Kemboja ‘Insaallah ‘. Dan saya ingin mengikuti program tersebut bersama keluarga macam mana caranya

Leave a Reply

Video Korban Aqiqah
Koleksi Video Korban 1433H Di Kemboja:
Video 1
Video 2
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Wakaf Perigi
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1433H : 14 Oct 2013
Ibadah Aqiqah: Dibuka sepanjang tahun

Nama Akaun Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd :
BIMB (Jln Tun Razak)
No. Akaun : 14032010015955
MAYBANK (Tmn Setiawangsa KL)
No. Akaun : 562188100158
Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
24 Mei 2013

Subuh 5:40am
Syuruk 7:02am
Zohor1:13pm
Asar4:37pm
Maghrib7:21pm
Isyak8:35pm

Lihat Lokasi Lain
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..