Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1431H
Laporan Pengerusi
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah ketakwaan kamu.” Maksud al-Haj: 37

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Tuan / Puan Yang Budiman,
Alhamdulillah, pada tahun ke-17 program ini, 3256 ekor ternakan korban, aqiqah, dan nazar para peserta telah selamat disempurnakan di seluruh kampung Islam di Kemboja. Bilangan mengikut jenis ternakan dan ibadah :
| KORBAN | Jumlah |
| Lembu | 1461 |
| Kambing | 360 |
| AQIQAH | Jumlah |
| Lembu | 376 |
| Kambing | 1039 |
| NAZAR | Jumlah |
| Lembu | 2 |
| Kambing | 11 |
| Sumbangan | Jumlah |
| Lembu | 3 |
| Kambing | 4 |
| Jumlah Besar = 3256 |
Ternakan korban mula disembelih pada pagi Hari Raya Eidul Adha, 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H. Ternakan korban telah diagihkan ke seluruh kampung Islam di Kemboja mengikut kadar yang ditentukan sendiri oleh Sohibus Samahah Mufti Kemboja, Okhna Haji Kamaruddin Yusof.

Senja di Phnom Penh

Senja di Phnom Penh

Lembu di Kemboja
Ternakan untuk ibadah aqiqah pula biasanya diagih untuk jamuan pelajar madrasah, kenduri kahwin, berbuka puasa pada bulan Ramadan serta keraian untuk penduduk kampung.
Klik pautan dibawah untuk senarai lengkap tempat pelaksanaan di seluruh Kemboja, mengikut sijil-sijil pengesahan pelaksanaan untuk setiap peserta.
*Laporan Korban Lembu *Laporan Korban Kambing
*Laporan Aqiqah Lembu *Laporan Aqiqah Kambing
*Laporan Nazar & Sedekah
Semoga Allah SWT menerima dan memberkati ibadah korban dan aqiqah kita.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Eidul Adha & Aqiqah Di Kemboja

Peserta Program Ziarah 1431H disambut oleh penduduk Kampung Koh Sutin
Pengesahan Mufti Kemboja
“Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban.” Maksud hadith
![]() Surat pengesahan pelaksanaan korban & aqiqah oleh Mufti Kerajaan Kemboja |
![]() Surat kebenaran perlaksanaan korban & aqiqah oleh Mufti Kerajaan Kemboja |
“Saya dengan ini mengesahkan bahawa ibadah Korban dan Aqiqah telah disempurnakan mengikut hukum-hukum syarak serta agihan ternakan ibadah korban dan aqiqah telah diagihkan diseluruh kampong-kampung Islam di kemboja d bawah anjuran Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.”
Surat pengesahan pelaksanaan Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja 1431H daripada Mufti Kerajaan Kemboja
Majlis Perasmian Korban Eidul Adha dan Aqiqah 1431H
“Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri kepada Allah.” Maksud al-An’am : 162

Dari kiri: Pengerusi Program Korban & Aqiqah di Kemboja 1431H, Hj. Che Mazlan Saad, Timbalan Gabenor Kampong Cham, Kemboja, Hj. Sobri Kassim, Mufti Kerajaan Kemboja, SS Okhna Hj. Kamarudin Yusof, Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Tuan Yang Terutama Datuk Pangiran Mohd Hussein dan Ketua Canselori Kedutaan Malaysia di Kemboja, Yang Berbahagia Syed Farizal Amini.
Majlis Perasmian Program Ibadah Korban di Kemboja 1431H telah diadakan pada 10 Zulhijjah 1431H (17 November 2010) di Masjid Nurul Huda Kampong Koh Su Tin Leu, Wilayah Kampong Cham. Majlis dihadiri oleh Mufti Kerajaan Kemboja, Duta Besar Malaysia di Kemboja, Timbalan Gabenor Wilayah Kampong Cham, Pengerusi Program, peserta ziarah Kemboja dari Malaysia dan juga penduduk kampung berkenaan.

Ternakan lembu korban yang telah selamat disembelih
Agihan Daging Korban
“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang yang sengsara lagi fakir.” Maksud al-Haj : 28
Mufti Kerajaan Kemboja telah menetapkan setiap 446 kampung Islam di seluruh Kemboja mendapat sekurang-kurangnya 1 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Eidul Adha. Seekor ternakan korban dan aqiqah ditetapkan untuk setiap 60 keluarga bagi sesuatu kampung. Misalnya, untuk sesebuah kampung yang mempunyai 300 keluarga, agihan ternakan korban ialah sekurang-kurangnya 5 ekor ternakan lembu. Di samping itu, ternakan kambing juga diagihkan di kampung-kampung mana yang memerlukan.

Imam Kampung Koh Sutin menunjukkan surat pelaksanaan ibadah korban yang tersenarai nama-nama peserta.
Kampung-kampung di Kemboja disusun rapi untuk menghadapi suasana keselamatan yang dahulunya tidak menentu. Setiap kampung melantik imam kampung iaitu pemimpin umat Islam pada sesuatu kampung tersebut. Kampung Islam yang besar dibahagikan pula kepada beberapa jemaah. Ketua jemaah mengetahui bilangan keluarga yang ada dalam jemaah tersebut. Maklumat ini dimanfaatkan semasa mengagihkan daging-daging korban. Setiap keluarga akan mendapat agihan yang adil.
Mengikut sunnah, daging korban diagihkan dalam keadaan belum dimasak, manakala daging aqiqah pula dimasak dan diadakan jamuan.
Jumlah penduduk Islam adalah sebanyak 500,000 orang daripada keseluruhan 14 juta penduduk Kemboja.
Pada tahun ini, terdapat 1461 ternakan korban lembu, serta 360 ternakan korban kambing diagihkan ke seluruh kampung Islam di Kemboja. Agihan ternakan lembu dan kambing ini disampaikan terus kepada imam-imam masjid atau wakil yang dilantik oleh Mufti Kerajaan Kemboja. Proses pengagihan ini dipantau oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

Tulang ternakan korban dibawa untuk dipotong kecil selepas agihan.
Jamuan Aqiqah Sepanjang Tahun
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberikan nama.” Maksud hadis.
Ternakan untuk ibadah aqiqah biasanya diagih untuk jamuan pelajar madrasah, kenduri kahwin, berbuka puasa pada bulan Ramadan serta keraian untuk penduduk kampung.

Warga Melayu-Cham berbuka puasa bersama dengan daging aqiqah
Agihan daging aqiqah biasanya dalam keadaan sudah dimasak dan sedia dimakan. Jamuan kenduri aqiqah dimanfaatkan untuk berbuka puasa, jamuan perkahwinan serta program kemasyarakatan seperti perasmian masjid, jamuan untuk murid-murid madrasah serta program ceramah mufti.
Sejak awal tahun, sebanyak 376 ekor ternakan lembu dan 1039 ekor ternakan kambing telah selamat diagihkan dan disempurnakan di seluruh Kemboja.
Program Berbuka Puasa di Kemboja
“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menderma sebahagian apa yang kamu sayangi.” Maksud ali-Imran : 92

Penduduk Islam sedang menunaikan solat terawih di salah sebuah masjid di Kemboja
Alhamdulillah, sumbangan yang diterima oleh Mufti Kerajaan Kemboja mencukupi untuk jamuan berbuka puasa yang dilaksanakan di seluruh Kemboja. Sumbangan yang disalurkan adalah seperti berikut:
Peruntukan daripada Al-Ameen Serve Holdings daripada yuran penyertaan Program Korban Eidul Adha dan Aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadan 1431H dan sumbangan para dermawan yang disalurkan melalui Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd:
USD 22,600.
Manakala bagi Ibadah Aqiqah yang disempurnakan dalam bulan Ramadan
1431H ialah seperti berikut:
Lembu Aqiqah : 114 Ekor
Kambing Aqiqah : 390 Ekor
Sedekah Lembu : 1 Ekor
Jumlah ini telahpun termasuk peruntukan 5% daripada yuran penyertaan ibadah korban dan aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadan 1431H.

Warga Islam Kemboja memperoleh juadah untuk berbuka
Tempat Pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah
Dapat seekor ikan toman,
Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
Bertambah mesra kasih di hati.

Agihan ternakan korban & aqiqah mengikut daerah di Kemboja
Bilangan Ternakan Korban, Aqiqah dan Nazar |
|
| 1415H | 17 |
| 1416H | 150 |
| 1417H | 288 |
| 1818H | 263 |
| 1419H | 451 |
| 1420H | 561 |
| 1421H | 736 |
| 1422H | 685 |
| 1423H | 886 |
| 1424H | 1178 |
| 1425H | 1177 |
| 1426H | 1381 |
| 1427H | 1443 |
| 1428H | 2102 |
| 1429H | 2523 |
| 1430H | 2567 |
| 1431H | 3256 |
Bilangan Ternakan Korban, Aqiqah dan Nazar – mengikut tahun
Untuk melihat senarai terperinci mengikut nombor sijil korban dan aqiqah, masjid, kampung, mukim, daerah dan wilayah di Kemboja, sila klik di sini.

Kanak-kanak di Kampung Spieu
Ketentuan Mufti Kerajaan Kemboja

Mufti melakukan ibadah penyembelihan ternakan lembu korban
Syarat Pelaksanaan Ibadah Korban & Aqiqah
Penerimaan Sijil Nama-Nama Peserta Korban & Aqiqah Serta Wang Bagi Pembelian Lembu Atau Kambing.
Tanggungjawab ini hanya akan diserahkan kepada imam-imam Masjid, guru agama dan wakil-wakil urusan yang dipilih oleh Mufti Kerajaan Kemboja.
Syarat-syarat Lembu Korban & Aqiqah
Lembu untuk ibadah Korban & Aqiqah hendaklah berumur lebih 2 tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting. Bagi kambing pula umurnya lebih satu tahun iaitu apabila bersalin gigi.
Penjagaan Lembu
Lembu yang telah dibeli hendaklah disimpan di tempat yang selamat, diberi makan dan minum yang secukupnya, dijaga kesihatannya dan tidak digunakan untuk kerja-kerja.
Nama Peserta Korban & Aqiqah
Lebih baik nama-nama peserta Korban & Aqiqah yang ada pada sijil-sijil yang telah diserahkan itu ditulis pada papan hitam semasa penyembelihan. Ambil foto (jika boleh).
Persiapan Lembu Korban & Aqiqah
Lembu-lembu hendaklah dahulu dibersihkan dengan air sebelum dibawa ke tempat penyembelihan iaitu di kawasan masjid atau surau. Peralatan penyembelihan dan
pelapahan disediakan dahulu dan dibawa bersama.
Pengumuman Korban & Aqiqah
Pengumuman kepada semua penduduk kampung hendaklah dibuat berkenaan ibadah Korban & Aqiqah yang akan disempurnakan.
Penyembelihan
Pisau yang tajam hendaklah digunakan dengan lembu Korban & Aqiqah diikat dengan baik. Lembu dan penyembelih hendaklah menghadap kiblat. Mulakan dengan Bismillah dan boleh juga diiringi dengan salawat Nabi dan doa. Niat penyembelihan ialah untuk peserta-peserta yang namanya ada pada sijil.
Agihan Daging Korban
Daging lembu korban hendaklah diagih-agihkan dengan adil kepada penduduk kampung.
Jamuan Aqiqah
Daging lembu aqiqah hendaklah dimasak serta jamuan diadakan di masjid atau surau atau di tempat-tempat lain yang dipersetujui oleh Mufti atau Ketua Urus Setia.
Sijil Pengesahan Perlaksanaan
Selepas ibadah korban & aqiqah disempurnakan, sijil perlaksanaan korban & aqiqah hendaklah dikembalikan kepada Ketua Urus Setia dengan kadar yang segera.
Program Wakaf Perigi
Pisang emas tepi telaga,
Peram di dapur masaknya tiga;
Sebentuk emas sebentuk tembaga,
Sudah dilebur menjadi suasa.
Kemboja mempunyai tiga musim utama iaitu musim sejuk, musim hujan dan musim panas. Sepanjang enam bulan (Disember sehingga Mei), Kemboja akan mengalami kemarau di dalam musim panas. Oleh yang demikian, perigi merupakan satu keperluan yang penting untuk penduduk kampung yang tidak mempunyai saluran paip.
Alhamdulillah, sebanyak 600 buah perigi telah dibina sejak program ini dilancarkan.
Yuran bagi membina sebuah perigi untuk tahun 1431H adalah RM700. Yuran termasuk kos pembinaan perigi, sumbangan serta kos dan ganjaran pengurusan.

Para peserta ziarah Kemboja sedang mencuba air perigi yang diwakafkan di Kampung Spieu
Program Ziarah Kemboja
“Katakanlah (Wahai Muhammad) : “Berjalanlah kalian di muka bumi, kemudian
perhatikanlah…” Maksud al-An’am : 11

Peserta Ziarah Kemboja 1431H
Seramai 62 orang peserta korban dan aqiqah telah ikut sama ke Kemboja. Program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri perlaksanaan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja di samping mengeratkan lagi silaturrahim sesama Islam antara umat Islam Malaysia dan Kemboja.
Program Ziarah Kemboja dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Mufti Kemboja untuk tahun 1432H. Butir-butirnya adalah seperti berikut :
Tarikh Ziarah :
27 Disember 2010 hingga 31 Disember 2010 (5 Hari 4 Malam) atau
6 Jun 2011 hingga 10 Jun 2011 (5 Hari 4 Malam) atau
6 November 2011 hingga 10 November 2011, Hari Raya Eidul Adha (5 Hari 4 Malam)
Kos : RM 850 (dewasa dan kanak-kanak) merangkumi penginapan, makan dan pengangkutan sahaja.
(tiket penerbangan Air Asia KL-Phnom Penh: Depart – 3.15pm, Return – 4.45pm, hendaklah dibeli sendiri)
Jika berminat, hubungi 03-41434343 (Ustazah Norwariza/Muhammad Syukri) untuk keterangan lanjut.

Peserta Ziarah mengagihkan sumbangan kepada kanak-kanak di Kampung Speu
Maklum balas para peserta Ziarah Kemboja 1431H:
- “Trip yang baik juga dapat memberikan kesedaran, penuh dengan aktiviti-aktiviti, peserta juga saling memahami serta tour guide yang sentiasa membantu” – Ruzita Khalil
- “Program yang sungguh baik. InsyaAllah akan turut serta di tahun-tahun akan datang. Program yang dirancangkan dan tidak dirancangkan amat memuaskan.” – Shafik Yusof
- “Program amat baik diteruskan demi umat Islam dan dapat menimbulkan kesedaran peserta ziarah Kemboja dan boleh dikongsi pengalaman dan kempen kepada saudara Islam di Malaysia.” – Mohamad Juri Salihin
Itenari Program Ziarah Kemboja 1431H
15 Nov 2010 KLIA – Phnom Penh
| 1.00 ptg | Berkumpul di lapangan terbang LCCT |
| 3.15 ptg | Penerbangan ke Phnom Penh, Kemboja |
| 5.00 ptg | Tiba di Phnom Penh dan daftar masuk ke hotel |

Kamar seksaan di kem Toul Sleng
16 Nov 2010 Phnom Penh – Pusat Islam – Kampong Cham
| 7:00 pagi | Bertolak ke restoran untuk sarapan pagi dan daftar keluar hotel |
| 9:45 pagi | Melawat Istana Raja Kemboja dan Muzium Toul Sleng |
| 12:00 tgh | Melawat pejabat Mufti, makan tengah hari dan solat jamak Zuhur dan Asar di Masjid |
| 3:00 ptg | Bertolak ke Kampong Cham |
| 5:00 ptg | Tiba di Kg Cham – daftar masuk – Aktiviti bebas |
| 7:30 mlm | Makan malam di Hotel – Rehat dan tidur |
17 Nov 2010 Eidul Adha 1431H di Kg Koh Su Tin Leu, Kampong Cham
| 5:00 pagi | Solat subuh dan bersiap-siap untuk menyambut Eidul Adha |
| 6:30 pagi | Keluar dari hotel untuk menaiki bot ke destinasi Hari Raya Eidul Adha |
| 7:45 pagi | Tiba di Kg Koh Sutin Leu – berjalan ke masjid untuk solat sunat Eidul Adha |
| 8:30 pagi | Program Perasmian Ibadah Korban di Kemboja 1431H bersama Pemimpin Umat Islam Kemboja, Duta Besar Malaysia dan bersama penduduk kampong |
| 10:00 pagi | Mengagihkan daging korban dari rumah ke rumah |
| 11:40 pagi | Makan tengah hari masakan kampung Melayu Cham Kemboja di rumah penduduk kampung mengikut kumpulan |
| 1:00 ptg | Solat jamak qasar Zuhur dan Asar berjemaah |
| 1:30 ptg | Ziarah rumah-rumah orang miskin di kampung sambil menderma dan sedekah |
| 2:30 ptg | Berkumpul – Sesi salam perpisahan dengan penduduk kampung |
| 3:00 ptg | Bertolak pulang ke hotel dengan menaiki bot |
| 4:30 ptg | Aktiviti bebas |
| 7.30 mlm | Makan malam di hotel – Rehat dan tidur |

Perkahwinan masyarakat Cham di Kampung Spieu
18 Nov 2010 Kg. Spieu – Phnom Penh
| 7:30 pagi | Sarapan pagi di hotel Bersiap untuk check out Hotel |
| 9:00 pagi | Check out Hotel Bertolak ke kg Spieu |
| 10:30 pagi | Majlis Perasmian Wakaf Perigi di Kg Spieu – bersiar-siar di sekitar Kg Spieu– makan tengah hari masakan kampung – solat jamak qasar Zuhur dan Asar berjemaah di masjid Kg Spieu |
| 3:00 ptg | Bertolak balik ke bandar raya Phnom Penh |
| 7:30 mlm | Makan malam di restoran check in hotel aktiviti bebas |
19 Nov 2010 Hari terakhir Program Ziarah – Phnom Penh – Malaysia
| 7:00 pagi | Sarapan pagi di restoran |
| 8:30 pagi | Bertolak ke Killing Field, Cheang Ek |
| 10:30 pagi | Membeli-belah |
| 12.00 tgh hari | Check out hotel Makan tengah hari |
| 2.00 ptg | Check in penerbangan ke KL |
| 4.45 ptg | Penerbangan ke KL dengan penuh kenangan |
Penyerahan Laporan Program Korban & Aqiqah 1431H di Kemboja
Salinan Laporan Pelaksanaan Program Korban & Aqiqah 1431H di Kemboja akan diserahkan kepada Duta Besar Malaysia Datuk Pangeran Mohd Hashim oleh Mufti Kerajaan Kemboja Okhna Haji Kamaruddin Yusof dan Ketua Urus Setia Program merangkap Timbalan Mufti Kerajaan Kemboja, YB Haji Zakaryya Adam.
Salinan Laporan Pelaksanaan Program Korban & Aqiqah 1431H di Kemboja juga akan disampaikan kepada Ketua Pengarah JAKIM oleh Pengerusi Program, Haji Che Mazlan Saad.
Lembaga Penasihat :
Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Mufti Kerajaan Kemboja,
Okhna Haji Othsman Hassan, Penasihat Perdana Menteri Kemboja
Haji Zakaryya Adam, Timbalan Mufti Kerajaan Kemboja
Pengerusi
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Eksekutif
Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Pembantu Khas Pengerusi & Ketua Urus Setia di Malaysia
Ustazah Norwariza Mohd Hed
Eksekutif Penyelidikan & Pemasaran
Urus Setia di Malaysia
Zairani A. Hamid
Zamzurilariha Mat Ariffin
Siti Faizura Abd. Rahman
Semiah Said
Asma Khairuddin
Nusaibah Din
Ustazah Norhafifa Abdul Halim
Wan Noor Zurita Wan Hassan
Abdul Muhaimin Che Mazlan
Muhammad Nazrin Ab Nizar
Mohd Haizea Shafarudin
Muhammad Syukri Rosli
Nazirah Hadzam
Ketua Urus Setia di Kemboja
Haji Zakaryya Adam
Timbalan Mufti Kerajaan Kemboja
Urus Setia di Kemboja
Saleh Ismail
Ustaz Yusof Yahya
Ustaz Olvy
Raihan Kamaruddin
Fadhlatullah Zakaryya
Luqman Hisyam Che Mazlan
Ketua Keselamatan
Haji Sabri Kassim
Timbalan Gabenor Wilayah Kampong Cham
Wakil Urusan di Siem Reap
Ustaz Musa Salleh
Ahli Majlis Syura
Wakil Urusan di Phnom Penh, Kandal, Takeo, Prey Veng, Svay Rieng, Kg Speu
Ustaz Yusof Yahya
Pembantu Khas Mufti
Ustaz Abdul Wahid Abdullah
Guru Agama
Wakil Urusan di Kompong Chhnang
Haji Hashim Yunus
Imam Daerah
Wakil Urusan di Kompong Cham, Stung Reng, Rattanakiri, Mondulkiri
Haji Sabri Kassim
Timbalan Gabenor Wilayah Kg. Cham
Ustaz Zahari Mohd. Daud
Guru Agama
Ustaz Syukri Kassim
Guru Agama
Wakil Urusan di Kratie
Tuan Yusuf Said
Ahli Majlis Syura
Wakil Urusan di Pursat, Battambang & Bondaey Mean Chey
Haji Musa Sulaiman
Ahli Majlis Syura
Wakil Urusan di Kampot, Sihanoukville, Kohkong
Ustaz Zuhri Bin Ahmad
Ahli Majlis Syura
Wakil Urusan di Kompong Thom
Haji Zuhdi Yusof
Ahli Majlis Syura





"Pihak
kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk
ke tahun 16"
Assalamualaikum.
1. Bagaimana dengan jadual harian program ziarah 6-10.6.2011 tanpa aktiviti korban?Harap dapat paparkan program untuk renungan bersama.
2. Bayaran trip dan meningkat kepada RM850?
3. Apakah jenis barangan kecil yang boleh dibawa bersama dan amat diperlukan oleh warga Kemboja?
Insya-Allah saya akan menyertai trip tuan 2011.
Sekian, terima kasih
Waalaikumusalam wrt wbt
1. Sememangnya tiada program korban pada tarikh tersebut, tetapi aktiviti menziarah saudara Islam di kampung-kampung akan diadakan.
2. Bayaran ditingkatkan kerana lebih banyak tempat pelancongan yang akan diziarah, Insyaallah.
3. Barangan Kecik seperti minyak atar, kupiah, muqaddam dan sebagainya adalah amat sesuai untuk disedekahkan kepada umat Islam di Kemboja.
Sila hubungi kami di talian 03-41434343 untuk maklumat lebih lanjut.
Wassalam
Fadhlatullah Bt Zakaryya
Urus Setia
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah Di Kemboja
Assalam,
Saya ingin bertanya, berapa ramai dalam group ziarah untuk tarikh 6-10 Nov. 2011 dan bila tarikh terakhir pembayaran pakej RM850 perlu dijelaskan?. TK