Anda pelawat ke

Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1429H



Klik di sini untuk senarai lengkap tempat-tempat pelaksanaan ibadah korban & aqiqah di seluruh Kemboja mengikut nombor-nombor sijil.

Sijil Pengesahan Perlaksanaan serta laporan ringkas bercetak mula dipos kepada para peserta mulai 30 Disember 2008.


Kata-kata Semangat


"Saya mewakili umat Islam Kemboja mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang kasihan akan umat Islam di Kemboja. Semoga ibadah Korban & Aqiqah kita diterima oleh Allah SWT." Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Mufti Kerajaan Kemboja

"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16." YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja merangkap Ahli Jawatan Kuasa Parlimen Kemboja dalam bidang Agama, Pendidikan dan Kebudayaan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah memberi wang untuk kami membeli lembu dan kambing korban dan mengagihkannya kepada penduduk di sini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dirahmati Allah SWT", Ahmad Bin Salleh, Phum 3 Kraum, Koh Soutin, Kampong Cham

"Saya berasa amat gembira dan berterima kasih kepada pihak yang telah memberi wang untuk kami membeli lembu dan kambing bagi melaksanakan korban di kampung kami yang kebanyakan penduduknya adalah orang miskin." San Sen, dari Phum Antung Sar, Kang Meas, Kampong Cham.
"Program ini dapat mengeratkan silaturrahim antara umat Islam serta memberi keinsafan kepada kita tentang masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Kemboja.", Noor Mazzurah Bt Shaharuddin, Peserta Program Ziarah Kemboja 1429H

"Program ini dapat memberi kesedaran betapa ada yang memerlukan dan perlu dibantu." Norzima Bt Tajuddin, Peserta Program Ziarah Kemboja 1429H.
"Saya rasa patut memberi sumbangan korban dan derma kepada orang Islam kita di Kemboja kerana melihatkan keadaan majoriti mereka di sana amat miskin dan untuk meningkatkan taraf pelajaran anak-anak mereka.", Haji Aziz bin Sulaiman, Peserta Program Ziarah Kemboja 1429H

Laporan Pengerusi


"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah ketakwaan kamu." maksud al-Haj : 37

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Tuan / Puan Yang Budiman,

Alhamdulillah, pada tahun ke-15 program ini, 2,523 ekor ternakan korban, aqiqah, dan nazar para peserta telah selamat disempurnakan di seluruh kampung Islam di Kemboja. Bilangan mengikut jenis ternakan dan ibadah serta perbandingan dengan tahun lepas adalah seperti berikut:

KORBAN 1429H 1428H
Lembu 1295 1127
Kambing 255 221
Korban Nazar 10 4
AQIQAH 1429H 1428
Lembu 325 215
Kambing 638 535


Peserta sedang beratur untuk berperahu ke Kg. Beong Proul,
wilayah Kg. Cham untuk bersembahyang Raya Korban.
 


Hjh. Kintan dari Muar (tengah) bersama ahli program
ziarah Kemboja wanita sebelum berperahu.

Ternakan korban mula disembelih pada pagi Hari Raya Eidul Adha, 8 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429H. Ternakan korban telah diagihkan ke seluruh kampung Islam di Kemboja mengikut kadar yang ditentukan sendiri oleh Mufti Kemboja. Ternakan untuk ibadah aqiqah pula biasanya diagih untuk jamuan pelajar madrasah, kenduri kahwin, berbuka puasa pada bulan Ramadan serta keraian untuk penduduk kampung.

Semoga Allah SWT menerima dan memberkati ibadah korban dan aqiqah kita.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

 
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Eidul Adha & Aqiqah Di Kemboja

 

 


Dari kiri ke kanan: Ustaz Iskandar (Singapura), En. Zamri & En. Mohd Nizam (Malaysia), YBhg Syed Farizal Amini (Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia), YBhg Okhna Othsman Hassan (Penasihat PM Kemboja), SS Okhna Kamarudin Yusof (Mufti Kemboja), Hj Che Mazlan Saad (Pengerusi Program)


Melapah daging di satu jemaah kampung. Setiap kampung besar dibahagikan ke beberapa jemaah seperti Kg. Beong Proul ini


Pn. Hjh Rossnah dari Sarawak sedang membuat agihan daging Korban.

 

 

Pengesahan Mufti Kemboja


"Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban." maksud hadith

"Bahawasanya saya mengesahkan ibadah korban dan aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja anjuran syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja telah disempurnakan dan mematuhi hukum-hukum syarak." Petikan surat pengesahan Mufti Kerajaan Kemboja Okhna Haji Kamaruddin Yusof bertarikh 17 Zulhijjah 1429H
 


 



Pemandangan biasa di Kemboja.


Surat pengesahan perlaksanaan Korban Eidul Adha dan
Aqiqah di Kemboja 1429H daripada Mufti Kemboja.
 

"Bermurah hatilah kamu terhadap orang-orang di bumi agar yang di langit bermurah hati denganmu." maksud hadith


Laluan yang mengelilingi kawasan pembunuhan rejim Pol Pot di Cheang Ek. Ribuan mayat dan tengkorak masih ada di sini.


Penduduk kampung sedang menyambut rombongan program ziarah ke Kemboja

 

Majlis Perasmian Korban Eidul Adha & Aqiqah 1429H


"Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri kepada Allah." maksud al-An.am : 162

Majlis perasmian Program Korban Eidul Adha dan Aqiqah diadakan pada Hari Raya Korban, 10 Zulhijjah 1429H bersamaan 8 Disember 2008 di Masjid at-Muttaqin, Kampung Boeng Proul, Vihea Kraum, Tbong Khmom, Wilayah Kampong Cham, Kemboja.

Kampung Boeng Proul terletak di tebing Sungai Mekong. Perjalanan dengan perahu mengambil masa lebih kurang 1 jam dari bandar Kampong Cham.

Penyembelihan lembu-lembu korban turut disaksikan oleh 38 orang peserta Program Ziarah Kemboja dari Malaysia, Brunei dan Singapura. Juga hadir bersama ialah Ybhg. Syed Farizal Amini (Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia), Ybhg. Okhna Othsman Hassan (Penasihat Perdana Menteri Kemboja) dan Sohibus Samahah Okhna Kamaruddin Yusof (Mufti Kerajaan Kemboja)

"Gagal dan rugilah sesiapa yang hatinya tidak dianugerahkan sifat pemurah sesama manusia oleh Allah." maksud hadith

  Pn. Semiah Said, Ahli Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja bersama anak-anak di Majlis Perasmian.

"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban" - maksud hadith
 


Pemandangan matahari terbit dari perahu semasa menuju ke kampung Boeng Proul untuk majlis perasmian dan bersembahyang Hari Raya Korban


Penduduk kampung menyambut ahli rombongan Program Ziarah Kemboja.

 

Agihan Daging Korban


"Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang yang sengsara lagi fakir." maksud al-Haj : 28

Mufti Kerajaan Kemboja telah menetapkan agihan seekor lembu korban bagi setiap 50 buah keluarga dalam sesebuah kampung. Daging korban diagihkan dalam keadaan mentah.

Penduduk kampung bergotong-royong melapah dan membahagikan daging korban. Para peserta program ziarah tidak ketinggalan mengambil kesempatan mengagihkan daging korban kepada penduduk kampung.
 

Kampung-kampung di Kemboja disusun rapi untuk menghadapi suasana keselamatan yang dahulunya tidak menentu. Setiap kampung melantik imam kampung iaitu pemimpin umat Islam pada sesuatu kampung tersebut. Kampung Islam yang besar dibahagikan pula kepada beberapa jemaah. Ketua jemaah mengetahui bilangan keluarga yang ada dalam jemaah tersebut. Maklumat ini dimanfaatkan semasa mengagihkan daging-daging korban. Biasanya, setiap keluarga akan mendapat agihan yang adil.

"Muliakanlah korban-korbanmu kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal-Mustaqim." maksud hadith

Peserta Program Ziarah Kemboja berbasikal
untuk mengagihkan daging korban

 
 

Hj Masuni (Brunei) dan Hj Aziz (Malaysia) sedang makan nasi bubur di rumah penduduk miskin pada Hari Raya Korban

Daging aqiqah dan korban dibuat nasi bubur bagi menjamu penduduk kampung dan ahli rombongan ziarah Kemboja

 

Jamuan Aqiqah Sepanjang Tahun


"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." maksud hadith.

Ternakan untuk ibadah aqiqah biasanya diagih untuk jamuan pelajar madrasah, kenduri kahwin, berbuka puasa pada bulan Ramadan serta keraian untuk penduduk kampung.

Agihan daging aqiqah biasanya dalam keadaan sudah bermasak dan sedia dimakan
 

Jamuan kenduri aqiqah dimanfaatkan untuk berbuka puasa,
jamuan perkahwinan serta program kemasyarakatan
seperti perasmian masjid, jamuan untuk murid-murid
madrasah serta program ceramah mufti.


Penyembelihan lembu Aqiqah untuk sijil AL0229.

 

" Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat baik." maksud al-A.raf : 56
 

Bubur lambok daging Aqiqah ala Kemboja. Jamuan Aqiqah bersempena majlis berbuka puasa.

 

Program Berbuka Puasa di Kemboja


"Kamu sekali-kali tidak akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menderma sebahagian apa yang kamu sayangi." maksud al-Imran: 92

Peruntukan daripada Al-Ameen dan juga sumbangan daripada para peserta yang berjumlah USD 18,937.82 telah disalurkan untuk majlis berbuka puasa. Jumlah ini telahpun termasuk peruntukan 5% daripada yuran penyertaan ibadah korban dan aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadan 1429H. Sebanyak 129 ekor lembu dan 190 ekor kambing telah disempurnakan untuk jamuan aqiqah pada bulan Ramadan 1429H ini.
 

"Tiap-tiap sesuatu ada kuncinya,
dan kunci syurga itu adalah
mengasihi fakir miskin."
maksud hadith

5 % yuran penyertaan ibadah korban dan aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadan 1430H / 10 September 2009M akan disalurkan untuk program berbuka puasa di Kemboja tahun 1430H / 2009M.

"...ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati
menjadi tenteram." maksud ar-rad : 28


"...sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik." maksud at -Taubah : 120
 

Suasana pasar di Kemboja

Ustaz Hj Zakuan Tak dari Telekom Malaysia
berbuka puasa di Masjid KM8 Phnom Penh.

Klik disini untuk melihat gambar-gambar menarik sepanjang program Ramadhan 1429H di Kemboja.

(Right click dan pilih Save Link As.. untuk download)
 

Tempat Pelaksanaan






Klik di sini untuk senarai lengkap tempat-tempat perlaksanaan ibadah korban & aqiqah di seluruh Kemboja mengikut nombor-nombor sijil.
 

 

Ketentuan Mufti Kerajaan Kemboja

Syarat Pelaksanaan Ibadah Korban & Aqiqah
 
Penerimaan Sijil Nama-Nama Peserta Korban & Aqiqah Serta Wang Bagi Pembelian Lembu Atau Kambing.
Tanggungjawab ini hanya akan diserahkan kepada imam-imam Masjid, guru agama dan wakil-wakil urusan yang dipilih oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Syarat-syarat Lembu Korban & Aqiqah
Lembu untuk ibadah Korban & Aqiqah hendaklah berumur lebih 2 tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting. Bagi kambing pula umurnya lebih satu tahun iaitu apabila bersalin gigi.

Penjagaan Lembu
Lembu yang telah dibeli hendaklah disimpan di tempat yang selamat, diberi makan dan minum yang secukupnya, dijaga kesihatannya dan tidak digunakan untuk kerja-kerja.

Nama Peserta Korban & Aqiqah
Lebih baik nama-nama peserta Korban & Aqiqah yang ada pada sijil-sijil yang telah diserahkan itu ditulis pada papan hitam semasa penyembelihan. Ambil foto (jika boleh).

Persiapan Lembu Korban & Aqiqah
Lembu-lembu hendaklah dahulu dibersihkan dengan air sebelum dibawa ke tempat penyembelihan iaitu di kawasan masjid atau surau. Peralatan penyembelihan dan
pelapahan disediakan dahulu dan dibawa bersama.

Pengumuman Korban & Aqiqah
Pengumuman kepada semua penduduk kampung hendaklah dibuat berkenaan ibadah Korban & Aqiqah yang akan disempurnakan.

Penyembelihan
Pisau yang tajam hendaklah digunakan dengan lembu Korban & Aqiqah diikat dengan baik. Lembu dan penyembelih hendaklah menghadap kiblat. Mulakan dengan Bismillah dan boleh juga diiringi dengan salawat Nabi dan doa. Niat penyembelihan ialah untuk peserta-peserta yang namanya ada pada sijil.

Agihan Daging Korban
Daging lembu korban hendaklah diagih-agihkan dengan adil kepada penduduk kampung.

Jamuan Aqiqah
Daging lembu aqiqah hendaklah dimasak serta jamuan diadakan di masjid atau surau atau di tempat-tempat lain yang dipersetujui oleh Mufti atau Ketua Urus Setia.

Sijil Pengesahan Perlaksanaan
Selepas ibadah korban & aqiqah disempurnakan, sijil perlaksanaan korban & aqiqah hendaklah dikembalikan kepada Ketua Urus Setia dengan kadar yang segera.

 

Program Wakaf Perigi


"Katakanlah sesungguhnya sembahyangku, ibadahku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam." maksud al-An.am : 162

WAKAF PERIGI

Kemboja mengalami musim kemarau pada bulan Disember sehingga Mei pada setiap tahun. Setakat ini tiada bekalan air paip untuk penduduk kampung. Sejak dilancarkan sehingga kini, sebanyak 206 buah perigi telah dibina untuk keperluan hidup penduduk kampung.

Yuran bagi membina satu perigi untuk tahun 1430H adalah sebanyak RM700. Yuran ini telah pun termasuk kos membina perigi, sumbangan serta kos dan ganjaran pengurusan.

 

Kuat rumah kerana sendi,
Rosak sendi rumah binasa;
Kuat bangsa kerana budi,
Rosak budi hancurlah bangsa.

 

Pembinaan perigi wakaf
antara akhir bulan Disember
hingga bulan April. Hubungi
urus setia 03-41434343



RM700 telahpun termasuk kos barangan,
upah menggali dan kos pengurusan
untuk sebuah perigi sama ada jenis pam
atau perigi palong


Haji Mokhtar Bin Mohd Zain peserta Program Ziarah Kemboja
sedang mencuba perigi yang diwakafkan oleh Puan Noranita
Megat Nordin dari Malaysia.


Perigi-perigi wakaf amat perlu terutamanya di Masjid-masjid.
 

 

Program Ibadah Korban Berkelompok


"Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat." maksud hadith

Pada tahun ini, Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) dan Kelab NPID Celcom telah menganjurkan program Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja untuk kakitangan masing-masing dengan kerjasama Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

 
" Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat baik."maksud al-A.raf : 56

34 ekor ternakan korban dan 15 ekor ternakan aqiqah telah disempurnakan bagi pihak Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) dan 5 ekor dan 3 bahagian lembu korban serta 2 bahagian lembu aqiqah telah disempurnakan untuk peserta daripada Kelab NPID Celcom.
 

Memasak lembu Aqiqah dari BAKIT yang disempurnakan
pada Hari Raya Korban

Kaum ibu di Kemboja.

 

Rombongan Para Peserta di Kemboja


Seramai 38 orang para peserta korban dan aqiqah telah ikut sama ke Kemboja. Program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri perlaksanaan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja di samping mengeratkan lagi silaturrahim sesama Islam antara umat Islam Malaysia dan Kemboja. Turut sama ialah 2 ahli rombongan daripada Singapura.
 


Ahli rombongan bergambar di pejabat Mufti Kemboja pada 9 Zulhijjah 1429H

 
Program Ziarah Kemboja dianjurkan oleh Pejabat Mufti Kemboja untuk tahun 1430H. Butir-butirnya adalah seperti berikut :

Tarikh Ziarah : 25 November 2009 hingga 29 November 2009 (5 Hari 4 Malam)
Kos : RM 700 (dewasa dan kanak-kanak) merangkumi penginapan, makan dan pengangkutan sahaja. (tiket penerbangan Air Asia hendaklah dibeli sendiri).

Tiada jaminan keselamatan ataupun insurans dapat diberi kepada para peserta. Pendaftaran untuk menyertai program ini adalah atas kerelaan para peserta dan pihak penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku musibah semasa program. Pihak penganjur akan berusaha agar keselamatan para peserta terpelihara.

Jika berminat, hubungi 03-41434343 untuk keterangan lanjut.


"Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Berjalanlah kalian di muka bumi, kemudian
perhatikanlah..." maksud al-An.am : 11


Ahli rombongan bersama penerima perigi wakaf di
Kampung Speu, wilayah Kampung Cham.

Ustaz Samori Jaafar (ahli rombongan Ziarah Kemboja)
disambut meriah oleh penduduk kampung

 

Penyampaian Laporan kepada Kedutaan Malaysia


"Jika kamu bersyukur, nescaya Ku-tambahkan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu ingkar, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." maksud Ibrahim : 7

Pada tanggal 10 Disember 2008, laporan awal program telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Hj. Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia di Kemboja, Program Korban & Aqiqah di Kemboja merangkap Ahli Jawatan Kuasa Parlimen Kemboja dalam bidang Agama, Pendidikan dan Kebudayaan kepada Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Phnom Penh, Kemboja. Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. ikut bersama dan diwakili oleh Hj. Che Mazlan Saad, Pengerusi Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Laporan Lengkap bersama senarai tempat-tempat perlaksanaan ibadah Korban & Aqiqah telah dikemukakan kepada Kedutaan Malaysia pada 20 Disember 2008. Salinan laporan juga disampaikan kepada Ybhg Dato' Haji Wan Mohammad Bin Dato' Haji Sheikh Abdul Aziz, ketua Pengarah JAKIM pada 24 Disember 2008.
 

"Ya Tuhanku, lapangkanlah
dadaku dan permudahkanlah
segala urusanku..."
maksud Taha : 25-26

Para peserta Ziarah Kemboja membuat kunjungan
hormat ke Kedutaan Malaysia di Phnom Penh.
 

Anak-anak yatim dan miskin sedang menanti agihan
sedekah daripada ahli rombongan Malaysia di Kampung
Speu, wilayah Kampung Cham pada 9 Disember 2008
(Hari Raya Kedua Korban).

Anak-anak mudah gembira dengan apa
yang ada.

 

Urusetia Program Korban & Aqiqah


Lembaga Penasihat :
Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Mufti Kerajaan Kemboja,
Okhna Haji Othsman Hassan, Penasihat Perdana Menteri Kemboja dan
Haji Zakaryya Adam, Ahli Jawatankuasa Parlimen Kemboja bidang Agama, Pendidikan dan Kebudayaan.


Pejabat Urus Setia Malaysia, Program Korban Eidul Adha
& Aqiqah di Kemboja


Wakil-wakil Urus Setia di Kemboja, bergambar
selepas menerima agihan ternakan Korban di
wilayah Kratie

Pengerusi :
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Eksekutif

Pembantu Khas Pengerusi & Ketua Urus Setia di Malaysia :
Ustazah Norwariza Mohd Hed

Urus Setia di Malaysia :
Luqman Hisyam Che Mazlan
Mohd Azam Supardi
Zulhalimi Anuar Mohammad
Habib Benhadria
Semiah Said
Siti Faizura Abd. Rahman
Zairani A. Hamid
Zamzurilariha Anuar
Iriani Asnawi
Abdul Muhaimin Che Mazlan
Khairul Alfie

Ketua Urus Setia di Kemboja :
Hj. Zakaryya Adam
Ahli Jawatankuasa Parlimen Kemboja bidang Agama, Pendidikan dan Kebudayaan

Pembantu Khas Urus Setia :
Fadhlatullah Zakaryya

Ketua Keselamatan :
Haji Sabri Kassim
Timbalan Gabenor Wilayah Kompong Cham

Wakil Urusan di Kompong Chhnang :
Haji Hashim Yunus,
Imam Daerah

Wakil Urusan di Phnom Penh, Kandal, Takeo, Prey Veng, Svay Rieng, Kg Speu :
Ustaz Yusof Yahya, Pembantu Khas Mufti.
Ustaz Abdul Wahid Abdullah, Guru Agama
Raihan Kamaruddin, Pembantu Khas Mufti

Wakil Urusan di Kompong Cham :
Haji Sabri Kassim, Timbalan Gabenor Wilayah Kompong Cham.
Ustaz Syukri Kassim, Guru Agama

Wakil Urusan di Kratie :
Tuan Yusuf Said, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Battambang & Bondeay Mean Chey :
Hj Musa Sulaiman, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Kampot & Kompong Som, Koh Kong :
Ustaz Zuhri, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Kompong Thom :
Haji Zuhdi Yusuf, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Siemreap :
Ustaz Musa Salleh, Ahli Majlis Syura

Wakil Urusan di Rattanakiri, Mondul Kiri :
Ustaz Syukri Kassim, Guru Agama

Wakil Urusan di Pursat :
Haji Osman Abbasa, Imam Wilayah

 




"Bermurah hatilah kamu terhadap orang-orang di bumi agar yang di
langit bermurah hati kepadamu"

maksud hadith.
 

Semoga Allah menerima ibadah korban & aqiqah yang kita tunaikan. Amin...

2 Responses to “Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1429H”

  • Azad bin Husin says:

    semuga tuhan memberikan laluan dan kemudahan kepada saya dan semua umat islam membuat kebajikan di bumi kemboja.

  • Siti Ramlah says:

    Saya sangat teruja melihat program ini. Insyaallah saya akan melakukan ibadat korban yg akan datang dengan Al-Ameen Serve Holding.

    Sekian.

Leave a Reply