Anda pelawat ke

Program Korban & Aqiqah 1431H di Kemboja

TAHUN KE 17


bismi
Maksud Firman Allah SWT

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah”
Al-Kauthar : 2

Maksud Hadis Rasulullah SAW

“Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu
ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya),
maka hendaklah ia melakukannya”

Lebih 27,000 peserta sejak tahun 1415H / 1995 Masihi.
Lebih 16,000 ekor ternakan telah selamat  disempurnakan
.
15% Yuran Penyertaan untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja.

muftikerajaankemboja-copy

mufti2

“Saya mewakili umat Islam Kemboja mengucapkan ribuan
terima kasih kepada para peserta yang kasihan akan
umat Islam di Kemboja. Semoga ibadah Korban & Aqiqah
kita diterima oleh Allah SWT”


sign-mufti1


kelebihanprogram
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1431H : 16 Nov 2010
Ibadah Aqiqah : Dibuka Sepanjang Tahun
  • Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM235 untuk satu bahagian lembu atau RM450 untuk satu ekor kambing bagi ibadah korban. Manakala untuk ibadah aqiqah pula RM250 untuk satu bahagian lembu atau RM475 untuk satu ekor kambing. Yuran Penyertaan Aqiqah telahpun termasuk kos jamuan Aqiqah.

  • Sijil penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Biasanya pengesahan pelaksanaan akan diperolehi oleh peserta dalam tempoh 14 hingga 30 hari daripada tarikh penyertaan.

  • Korban dan Aqiqah dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah. 

  • Pihak penganjur akan memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja termasuk pembiayaan jamuan berbuka puasa.

Testimoni

Ibadah Korban & Aqiqah di Seluruh Kemboja

ak0150.jpg _dsc0201.jpg

2567 Ternakan Korban & Aqiqah disempurnakan pada tahun 1430H di 458 kampung Islam yang terdapat di Kemboja. Berikut adalah statistik tahun-tahun yang lepas :

Kata-kata Aluan Pengerusi Program : Haji Che Mazlan Saad

cm2“Antara anugerah Allah SWT ialah ketenangan jiwa untuk hamba-hambanya yang dapat menunaikan sesuatu ibadah…

Begitulah juga dengan ibadah Korban & Aqiqah. Program Korban & Aqiqah di Kemboja disusun untuk memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan ibadah ini. Juga ibadah ini dilaksanakan di tempat yang ramai umat Islam yang miskin. Umat Islam di Kemboja dapat merasai secara langsung pengertian ukhwah Islamiah – Persaudaraan Islam di Nusantara Melayu.

Saya amat bersyukur kerana dapat terlibat dalam menyusun perlaksanaan ibadah Korban & Aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja sejak 17 tahun dahulu. Lebih 27 ribu para peserta daripada Malaysia, Singapura, dan Brunei telah menyertai program ini sejak dari tahun 1415H lagi.”

Ikhlas Daripada,

ttcm
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban Eidul Adha
& Aqiqah di Kemboja

Leave a Reply

Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
Rabu, 10 Mac 2010

Subuh 6:06am
Syuruk 7:22am
Zohor 1:26pm
Asar 4:38pm
Maghrib 7:28pm
Isyak 8:37pm

Lihat Lokasi Lain
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Wakaf Perigi
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1431H : 16 Nov 2010
Ibadah Aqiqah: Dibuka sepanjang tahun
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: alameen@tm.net.my

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..