Ramadhan
Firman Allah S.W.T.
“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menderma sebahagian apa yang kamu sayangi.”
Maksud Al-Quran (Al-Imran : 92)
Setiap tahun, lima peratus daripada yuran penyertaan ibadah Korban dan juga Aqiqah yang diterima sebelum 20 Ramadhan bagi tahun yang berkenaan akan diperuntukkan untuk program berbuka puasa di Kemboja.
Mufti Kerajaan Kemboja, Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan mengagihkan sumbangan berbuka puasa ini kepada kampung-kampung berdasarkan jumlah sumbangan yang ada. Juga penyertaan ibadah Aqiqah yang diterima dalam tempoh 1 Sha’aban sehingga 20 Ramadhan akan disempurnakan pada bulan Ramadhan tahun yang berkenaan.
Disamping itu, ramai juga para peserta memberi sumbangan tambahan. Ini boleh dilakukan dengan menyatakan sumbangan tersebut pada borang penyertaan ibadah Korban & Aqiqah ataupun memaklumkan urus setia melalui surat. Setiap sumbangan akan mendapat pengesahan daripada Mufti Kerajaan Kemboja.
Yusof Zamri, Telekom International (Cambodia). Encik Megat,
wakil kedutaan Malaysia di Kemboja. Haji Che Mazlan Saad.
Menyusun agihan wang untuk berbuka puasa seluruh
Kemboja yang ditentukan oleh Mufti Kemboja.
Persiapan daging aqiqah untuk majlis berbuka puasa.
Kaum wanita Cham tersenyum ceria dapat menikmati
hidangan berbuka puasa walaupun serba sederhana.
“…ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram.” maksud ar-Rad : 28
Senja Ramadhan di Kemboja
Berbuka puasa istimewa : roti perancis dan kari aqiqah ala Kemboja.
“…Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” maksud at-Taubah : 120



"Pihak
kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk
ke tahun 16"
Assalamulaikum,
Saya ingin menyertai program bulan ramadahan. Namun saya tidak berapa setuju dgn kaedah yng digunakan untuk mengumpul duit bagi program ini. Bagi saya biarlah sumbangan ibadah korban dan akikah digunakan untuk tjuan akikah dan korban sahaja.
Namun begitu, bagaimanakah dapat saya membuat sumbangan terus utk program ramadahan.
Harap maklum
Assalamualaikum,
Semoga ketelitian saudara melaksanakan sesuatu ibadah itu mendapat kerahmatan Allah s.w.t. Sudilah kiranya saudara membuat anggapan perkara
ini sebagai perbezaan pendapat dalam kita mencari sebanyak mungkin kebaikan dalam usaha memelihara kemaslahatan umat. Sememangnya Al-Ameen menetapkan paras kecekapan dan penjimatan kos dalam melaksanakan program korban dan aqiqah di Kemboja agar mampu memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan yang diterima untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja yang termasuk menaja program berbuka puasa pada bulan Ramadhan.
Sememangnya niat dan lafaz aqad para peserta seperti pada borang penyertaan dan dalam website al-ameen ialah khusus untuk perlaksanaan ibadah korban ataupun aqiqah. Juga saya percaya para peserta memahami bahawa iltizam al-ameen memperuntukkan dana untuk perkembangan syiar Islam
di Kemboja tidaklah sehingga menjejaskan kesempurnaan perlaksanaan ibadah korban dan aqiqah yang diniatkan oleh para peserta.
Sumbangan terus utk program Ramadhan boleh disalurkan melalui al-ameen dengan diiringi surat melantik kami untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada Mufti Kemboja.
Sekian, terima kasih
Haji Che Mazlan Saad
Salam.
Ustaz saya ingin mendapatkan kepastian. Aqiqah untuk anak lelaki ialah 2 ekor kambing. Anda pendapat mengatakan kita boleh membuat seekor dulu & kemudian lagi seekor, jika tidak berkemampuan. Betul ke?
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum wrt wbt
Sememangnya pelaksanaan aqiqah bagi anak lelaki ialah 2 ekor kambing. Boleh, pelaksanaan aqiqah tersebut boleh dilaksanakan dengan 1 ekor kambing dahulu dan ditambah kemudian dengan 1 ekor kambing lagi mengikut kemampuan masing-masing.
Wallahuaklam
Ustz Norwariza Binti Mohd Hed
Ketua Urus Setia
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja
Assalamualaikum…
Bolehkah ibadat aqiqah dilaksanakan utk anak yang meninggal dunia tidak cukup bulan (mati dalam kandungan)?
Waalaikum salam wrt wbt
Sunat dituntut untuk melaksanakan aqiqah bagi anak yang dilahirkan dan sudah diberi nama. Untuk anak yang meninggal tidak cukup bulan (mati dalam kandungan) tidak perlu diaqiqahkan kerana anak tersebut memang sudah dijanjikan syurga.
Nabi SAW bersabda: ” Sembelihlah aqiqah atas nama si bayi dan cukurlah rambutnya.”
Wallahuaklam.
Ustz Norwariza Mohd Hed
Ketua Urus Setia
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja
Salam.
Kenapa di bahagian aqiqah, kita boleh memilih samada 1 bahagian lembu atau 1 ekor kambing? Bukan ke aqiqah tu menggunakan kambing saja atau kibas (kalau ikut hadis kalau tak silap saya)? Harap dapat beri penjelasan.
Assalamualaikum wrt wbt,
Jumhur ulama berpendapat boleh melakukan aqiqah dengan seekor kambing, unta ataupun lembu. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengan unta, lembu ataupun kambing.” Hadith riwayat At Tabarani.
Yang menjadi khilaf atau perbezaan pendapat di antara ulama adakah ibadah aqiqah mengambil hukum ibadah qurban ataupun sama dengan hukum qurban sehingga ibadah aqiqah boleh berkongsi pada seekor lembu ataupun unta untuk 7 orang.
Hukum yang membolehkan qurban itu dikongsi bersama oleh 7 orang untuk seekor lembu ataupun unta disabitkan antaranya kepada hadith yang diriwayatkan oleh At Tarmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a katanya: “Adalah kami beserta Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan, maka datanglah musim qurban. Maka kamipun menyembelih seekor lembu untuk 7 orang dan 1 ekor unta untuk 10 orang.”
Ulama Mazhab As Shafie berpendapat boleh berkongsi seekor lembu ataupun unta untuk melaksanakan ibadah aqiqah sepertimana yang dijelaskan oleh Al Imam Nawawi. Pandangan ini diterima oleh para ulama Mazhab As Shafie di Nusantara Melayu dan oleh kerana itulah sejak dahulu lagi ibadah aqiqah dilaksanakan melalui kambing ataupun dikongsi bersama untuk 7 bahagian bagi seekor lembu.
Adapun pandangan yang mengatakan bahawa aqiqah itu hanya sah dilaksanakan dengan seekor kambing, lembu ataupun unta dan tidak boleh berkongsi lebih daripada seorang merujuk kepada pendapat Mazhab Maliki dan Hambali.Wallahuaklam.
Ustz Norwariza Mohd Hed
Ketua Urus Setia
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja
Bolehkah saya membuat ibadah korban untuk ayah saya sedangkan saya sendiri belum berbuat demikian?
ada tak program untuk memberi zakat kepada warga kemboja ini?
terima kasih.
assalamualaikum ustaz,
segala puji bg allah taala..
saya sebenarnya ingin membayar nazar untuk sesuatu perkara, dan alhamdullillah sudah tiba masanya saya mambayar nazar itu, berupa beberapa ekor kambing. alhamdullillah saya telah laksanakan sepertiga dari nazar itu dan tinggal lagi 2 ekor kambing untuk dijayakan.Disini soalan saya ialah, bolehkah saya turut serta dalam porgram korban kemboja ataupun sebaliknya perlu barangkali dicara yang berlainan. Diharap ustaz dapat memberi tunjuk ajar serta nasihat yang boleh saya ikuti insya allah…
Assalamualikum wrt wbt Ustaz
Anak saya mengambil anak angkat/orang bagi dan dlm proses utk anak angkat..dlm surat beranak anak itu tiada nama bapa (mungkin anak luarnikah). Aqiqah dan qurban utk anak itu boleh ke kami buatkan, umur anak itu hampir 2 tahun – lelaki.
Sekian dan terima kasih.
Assalamualaikum wrt wbt Ustaz,
Saya sekarang berumur 49 tahun dan apabila saya bertanya pada ibu, adakah
ibu pernah melakukan aqiqah untuk saya, ibu menjawab ibu tidak ingat dan
juga tidak pasti(Maklumlah, adik-beradik saya seramai 8 orang dan saya anak ketiga.) Oleh kerana ada keraguan, bolehkah saya melakukan
aqiqah untuk diri saya sendiri. Apakah syarat-syarat yang perlu
dipenuhi.
Harap mendapat balasan. Terima kasih.