Anda pelawat ke

Ziarah Kemboja

Program Ziarah Kemboja 1430H

Para peserta diingatkan supaya:

1. Membawa PASPORT!
2. Membawa travel adapter, atau bateri sebanyak mungkin agar tidak terjadi masalah kehabisan bateri telefon bimbit dan kamera nanti. Adapter ada dijual di dalam pesawat AirAsia.
3. Membawa cecair sanitasi tangan dan tisu basah sebanyak mungkin.
4. Membawa ubat-ubatan untuk sakit perut, demam atau untuk kecemasan.
5. Membawa duit belanja dalam USD dalam not yang kecil – $1, 2, 5, 10, 20.
6. Menyediakan airport tax USD25 ketika mahu pulang nanti.
7. Menyediakan duit untuk tiket lawatan muzium (biasanya tidak melebihi USD7).
8. Membeli sendiri insurans percutian jika perlu.
9. Membawa kompas kiblat.
10. Check in di LCCT adalah tanggungjawab sendiri, peserta dinasihatkan supaya berada di LCCT selewat-lewatnya pukul 1.00pm. Jangan bawa barang melebihi had yang dibenarkan.
11. Berkumpul di hadapan Restoran Marry Brown selepas check in penerbangan.
12. Beza waktu di Kemboja adalah 1 jam. (cth: pukul 7 pagi Kemboja = pukul 8 pagi di Malaysia).

(B-breakfast, L-lunch, D-dinner) – waktu yang tertera di bawah adalah mengikut waktu di Malaysia.

Bagi peserta yang menaiki MAS atau dari Singapura, aktiviti membeli belah dilakukan pada hari pertama 25/11/09. Makan tengah hari juga disediakan pada hari pertama tersebut.

25/11/09 LCCT – Phnom Penh (D)
Berada di LCCT pada pukul 1.00 pm – check in – penerbangan ke Phnom Penh – tiba di Phnom Penh International Airport – melawat sekitar bandar raya Phnom Penh di malam hari – makan malam – check in Mekong Palace Hotel – rehat dan tidur.

26/11/09 Phnom Penh – Pusat Islam Kemboja – Kampong Cham (B,L,D)
Bertolak ke restoran untuk sarapan pada pukul 7.30 pagi – 8.30 pagi bertolak ke Kedutaan Malaysia untuk kunjungan hormat – melawat muzium penyeksaan rejim Pol Pot Toul Sleng – pukul 11.00 pagi bertolak balik ke hotel – pukul 12.00 t/hari check out hotel – melawat Pejabat Mufti – makan tengah hari dan solat jamak qasar Zuhur dan Asar berjemaah di pejabat Mufti – pukul 2.00 petang berangkat ke Pusat Islam Kemboja – ziarah Pusat Islam Kemboja – sambung perjalanan ke Kampong Cham – check in Mekong Hotel, Kampong Cham – makan malam di hotel – rehat dan tidur.

27/11/09 Eidul Adha 1430H di Kg Koh Sutin Kraum, Kampong Cham (B,L,D)
Bangun pagi pukul 4.30 pagi – keluar dari hotel pukul 6.30 pagi untuk menaiki bot ke destinasi Hari Raya Eidul Adha – tiba di Kg Koh Sutin Kraum – berjalan ke masjid untuk solat sunat Eidul Adha – usai solat, sarapan ringan – Program Perasmian Ibadah Korban di Kemboja 1430H bersama Pemimpin Umat Islam Kemboja, Wakil Kedutaan Malaysia dan bersama penduduk kampung – ziarah di sekitar kampung sambil mengagihkan daging korban ke rumah-rumah – makan tengah hari masakan kampung Melayu Cham Kemboja – solat jamak qasar Zuhur dan Asar berjemaah – sesi salam perpisahan dengan penduduk kampung – bertolak pulang ke hotel dengan menaiki bot – rehat – pukul 8.30 makan malam di hotel – rehat dan tidur.

28/11/09 Kg Spieu – Phnom Penh (B,L,D)
Sarapan di hotel pukul 8.00 pagi – 10.00 pagi check-out Hotel Mekong – bertolak ke Kg Spieu – majlis Perasmian Wakaf Perigi di Kg Spieu – bersiar-siar di sekitar Kg Spieu – makan tengah hari masakan kampung – solat jamak qasar Zuhur dan Asar berjemaah di masjid Kg Spieu – pukul 3.00 petang bertolak balik ke bandar raya Phnom Penh – makan malam di restoran – check in hotel – rehat dan tidur.

29/11/09 Hari Terakhir Program Ziarah – Membeli-belah di Phnom Penh – Malaysia (B, L)
Pukul 7.00 pagi bertolak ke restoran untuk bersarapan – pukul 8.00 pagi menuju ke Psar Toul Tempong untuk membeli baju, kain sutera Kemboja dan sebagainya – 10.00 pagi bertolak ke Psar Thmey khas untuk membeli barangan perhiasan seperti emas Kemboja, perak dan batu cincin yang murah harganya – pukul 11.30 tengah hari bertolak balik ke hotel – berkemas dan solat jamak qasar Zuhur dan Asar – 1.00 petang check out – menuju ke restoran untuk makan tengah hari – pukul 2.30 petang bertolak ke Phnom Penh International Airport – 3.00 petang check in penerbangan – terbang pulang ke tanah air dengan sejuta kenangan.

 Program ini adalah anjuran Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja

 Yuran Pendaftaran: RM700

 Program tertakluk kepada pindaan

Alamat Hotel di Phnom Penh :

MEKONG PALACE HOTEL

No: 253-255 Sisowath Quay,

S/K Phasar Kandal 2,

Khan Daun Penh,

Phnom Penh, Cambodia.

Alamat Hotel di Kg Cham:

MEKONG HOTEL KG CHAM

No. Tel. Urus Setia Program di Kemboja:

Ustaz Abdul Wahid: +85511740069

Luqman Hisyam: +85512785867


SENARAI PESERTA ZIARAH KEMBOJA 1430H


Nama Alamat / No. Tel.

1. Ishak Bin Selamat

2. Hajar Binti Dahlan

7, Jalan Mambau Jaya 4, Taman Mambau Jaya, Fasa 2,

70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Tel: 019-7173322

Booking Number : G48VDV

3. Idris Bin Abdullah

4. Zubaidah Binti Othman

5. Aized Ilyas Bin Idris

6. Amirul Izzad Bin Idris

7. Aizeda Izzah Bin Idris

8. Aizat Izzuddin Bin Idris

22, Jalan Impian Gemilang 1/8, Saujana Impian

43000 Kajang, Selangor.

Tel: 0126384224

Booking Number : HQNGBP

9. Abu Hassan Bin Abd Rashid

10. Fatimah Binti Shamsuddin

41-01-08 Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul

51000 Kuala Lumpur.

Tel: 013-3439544

Booking Number : FR3ZDM

11. Habsah Binti Hasan

12. Zainab Binti Miat

4-1-3, PPR, Jln Lapangan Terbang Lama, Sg. Besi, Kuala

Lumpur.

Tel: 013-3321994

Booking Number : ZSM4AM

13. Hj Zamudin Bin Mat

14. Hjh Rossnah Binti Mansoor

398, Taman Won Baru, Lorong Bunga Kemuning 1,

Jln Matang, 93050 Kuching, Sarawak.

Tel: 019-8583340

Booking Ref: J8ESHY (MH754)

15. Abdul Muin Bin Long

16. Mazma Binti Adam

17. Illias Masri Bin Abdul Muin

18. Muhamad Khairi Adham Bin Abdul

Muin

SMK Seri Lipis, K.Lipis, 27200 Pahang

Tel: 019-9640424

Booking Ref: JJ6FW4 (MH754)

19. Mansor Bin Kateh

20. Aminah Binti Mansor

21. Mohamed Norahim Bin Mansor

22. Zaharah Binti Salleh

Tel: +65 93804608

Booking Ref: L3AC8Y  (Silkair MI602)

23. Ust. Mohd Zakuan Bin Tak

Tel: 013-3303560

Booking Number: KTZSAS

24. Hj Abd Rahman Bin Hussein

Tel: 012-5130055

Booking Number : ZPHJEP

25. Ust. Zainal Mokhtar Bin Mat Lazim

595G, Blok 3, Flat Sri Pahang, Jln Bukit Bangsar,

59000 Kuala Lumpur.

Tel: 013-3425957

Booking Number: BTYNBM

26. Nik Abd Malik Bin Nik Mohd Amin

27. Nik Mohd Izzat Bin Nik Abd Malik

28. Radziah Mohd Binti Mokhtar

29. Nik Hannah Nabilah Binti Nik Abd

Malik

30. Nik Qistina Nabiha Binti Nik Abd Malik

31. NIk Sabrina Amaani Binti Nik Abd

Malik

417B Jalan Pusara, Kuala Terengganu

20400 Terengganu

Tel: 019-9835588 / 012-9288855

Booking Number: GTBYCQ

Booking Number: CST6BS

32. Mohd Ali Bin Abdullah

33. Rusni Binti Che Zakaria

34. Yasmin Suraya Ramzi

61, Jalan Bukit Ubi 1, Perkampungan Bukit

Ubi,Kuantan PH25200

Tel: 019-9538254 /09-5157262

Booking Number: GK4PEQ

35. Mohamad Azmi Bin Johari

36. Fadilah Binti Asrah

18A, Lot 801, Kuarters TNB, Km 3, Jln Pantai, 71000

Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tel: 019-3281202 / 019-3551202

Booking Number: RP28EP

37. Mohd Saad Bin Mohamad

38. Siti Hawa Binti Semat

Jbtn Pendaftaran Negara, Daerah Yong Peng, 83700

Johor.

Tel: 013-7735653 / 07-4672098

Booking Ref: JSK17J (MH754)

]

39. Luqman Hisyam Bin Che Mazlan

40. Che Mazlan Bin Saad

41. Abdul Muhaimin Bin Che Mazlan

42. Semiah Binti Said

43. Asma Binti Khairuddin

44. Norhafifa Binti Abdul Halim

Tel: 019-6053544

Tel: 013-2501854

Tel: 012-6294539

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A, Medan Makmur Off Jalan Usahawan, 53200 Kuala Lumpur.

03-4143 4343

_______________________________________________________________________________________________________________________

Setiap tahun, rombongan dari Malaysia yang terdiri daripada peserta ibadah Korban & Aqiqah akan bersama penduduk kampung merayakan Eidul Adha di Kemboja. Program ziarah ini ingin mencapai beberapa tujuan :

  1. Mempereratkan lagi uhkwah Islamiah antara umat Islam daripada Malaysia, Singapura dan Brunei dengan umat Islam di Kemboja.
  2. Membuka peluang kepada para peserta melaksanakan satu bentuk pelancongan Islami.
  3. Melaksanakan tinjauan awal bagi para peserta menentukan bentuk amal jariah yang ingin mereka laksanakan secara peribadi ataupun berkumpulan.
  4. Menyaksikan sendiri pelaksanaan ibadah Korban dan Aqiqah yang telah dilaksanakan sejak tahun 1415H.
  5. Menyampaikan sendiri sedekah ataupun bayaran fidyah dan juga zakat terus kepada penduduk kampung.

Maklumat Penting

Program ini adalah anjuran Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja

Tiket Pergi-Balik: Para peserta dikehendaki membeli sendiri tiket pergi balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh. Untuk tahun 1430H ini, tarikh bertolak 25 November 2009 dan balik pada 29 November 2009. Sila beli tiket Air Asia.

Yuran Pendaftaran: RM700 : bayaran dibuat semasa pendaftaran di Kemboja

Yuran termasuk:

  • Penginapan di Kemboja
  • Pengangkutan di Kemboja
  • Makanan
  • Tour Guide

Yuran tidak termasuk:

  • Tiket pergi-balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh.
  • Air port tax di Phnom Penh sebanyak USD25 (lebih kurang RM90)
  • Bayaran lebihan berat bagasi (RM15/kg atau USD4/kg)
  • Tiket masuk ke Toul Sleng / tempat-tempat pelancongan yang dikenakan bayaran (biasanya tidak lebih daripada USD7)

*  Sila sediakan wang tunai yang mencukupi.

*  Mata wang Kemboja ialah Riel, tetapi tidak dapat ditukar di Money Changer di Malaysia.  Oleh itu, peserta dinasihatkan menukar RM ke USD terlebih dahulu.

*  Peserta program dinasihatkan membawa satu beg sahaja.

*  Tiada jaminan insurans dan keselamatan diberi kepada peserta.

*  Program tertakluk kepada pindaan.

Sila hubungi Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dinombor telefon 03-4143 4343 ataupun email ke alameen@tm.net.my untuk maklumat lanjut.

_DSC0404 copyPeserta Ziarah Kemboja memberi sedekah

kepada murid di Pondok Madrasah An-Nikmah,

Potien, Wilayah Kg. Cham, Kemboja

_DSC0412 copyPeserta Suami Isteri bergambar kenangan

_DSC0414 copySaudari Diyana (kiri) Pelajar Sarjana

Universiti Malaya membuat kajian di Kemboja

_DSC0441 copyPeserta Ziarah Kemboja sekadar bergambar

menyembelih ternakan korban

_DSC0454 copyUstazah Norwariza Mohd Hed, Ketua Urus Setia

Malaysia sedang mengambil angin di tepi Sungai Mekong

4 copySejurus selepas subuh pada pagi Eidul Adha,

para peserta bersiap untuk berperahu ke Kg. Kohsidien

di tepi Sungai Mekong untuk bersembahyang Hari Raya Korban

7 copyBerperahu nelayan ke Kg. Kohsidien,

Wilayah Kg. Cham pada pagi Hari Raya Korban

29 copyJawatankuasa Kampung sedang membuat

timbangan seadil yang mungkin sebelum diagihkan

daging Korban kepada penduduk kampung.

Untitled-1 copyJamuan Aqiqah yang biasanya disempurnakan di Masjid-masjid

DSC_0026 copySenja di Kemboja

17 Responses to “Ziarah Kemboja”

  • wan rohana says:

    assalamualaikum wbt…

    saya amat berminat dengan program yang dianjurkan oleh pihak tuan…oleh itu sudilah kiranya tuan memaklumkan apa-apa program yang akan dianjurkan seterusnya.

    wassalam wbt.

    w rohana.

  • masriah ismail says:

    Pendaftaran sebnyak RM 700 tu untuk seorang saja atau keluarga. Kanak2 6tahun bagaimana?

  • che mazlan says:

    Assalamualaikum w.r.m w.b.t

    Semoga niat untuk menziarahi Kemboja dimaqbulkan Allah s.w.t. Adapun
    yuran penyertaan RM700 itu ianya untuk seorang peserta sama ada seorang
    dewasa ataupun kanak-kanak.

    Sekian, terma kasih

    Haji Che Mazlan Saad
    Pengerusi Program Eidul Adha & Aqiqah
    di Kemboja

  • Noor Azian says:

    Salam,

    Saya ingin mengetahui beberapa perkara seperti dibawah:

    1. Yuran RM700 – adakah termasuk harga korban?
    2. Masih adakah tempat untuk trip 25 Nov?
    3. Penginapan – adakah peserta ditempatkan di hotel atau asrama? Berapa orang sebilik?
    4. Bilakah trip seterusnya selepas tarikh 25 Nov?

    Wassalam.

  • admin says:

    Assalamualaikum wrt wbt

    Untuk makluman, Yuran RM 700 itu adalah hanya termasuk makan minum, penginapan dan pengangkutan di Kemboja untuk selama 5 hari 4 malam tidak termasuk yuran penyertaan korban. Untuk yuran penyertaan korban bagi satu bahagian lembu ialah RM 225 atau satu ekor kambing korban ialah RM 450.

    Untuk program ziarah Kemboja bagi tarikh 25 Nov ini masih lagi dibuka (selagi tiket air asia ada). Bagi penginapan untuk program ziarah, peserta akan ditempatkan di hotel penginapan yang tidak jauh dari tempat ziarah yang ditetapkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja. Untuk satu bilik ditempatkan bagi dua orang peserta.

    Setakat ini pihak kami hanya mengaturkan program ziarah Kemboja pada hari raya haji sahaja iaitu pada tarikh yang ditetapkan (25 nov hingga 29 nov) sahaja. Tiada tarikh atau waktu lain yang dibuat memandangkan ketika hari raya haji inilah dapat merasai suasana meriah pelaksanaan korban bersama penduduk kampung.

    Harap maklum.

    Terima kasih

    Wassalam

    Ustz Norwariza Mohd Hed
    Ketua Urus Setia
    Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

  • siti hanim says:

    Assalamualaikum..

    saya Siti Hanim dr Kolej PTPL Shah Alam. Saya ingin tahu samada pihak tuan ada menguruskan program bakti siswa sekiranya pihak kolej saya berminat berbuat demikian.

    Untuk pengetahuan pihak tuan antara aktiviti yang dirancang adalah Bakti siswa (berbentuk gorong royong) di perkampungan Islam di sana, penyerahan sumbangan kepada pelajar-pelajar terpilih di sana, dan penyerahan sumbangan Aqiqah. Atau mana-mana aktiviti yang disediakan oleh pihak tuan sekiranya ada.

    jumlah pelajar yang akan dibawa ialah seramai 30 orang bersama 3 orang pensyarah pengiring.

    dan cadangan tarikhnya adalah sekitar July 1009.

    terima kasih

  • siti hanim says:

    assalamualaikum…

    mohon maaf di atas kesilapan tarikh di atas…

    tarikh program yang dirancang adalah sekitar Julai 2010..
    harap maklum.

    terima kasih

  • Haji Che Mazlan Saad says:

    Assalamualaikum,

    Pihak Mufti Kemboja sememangnya mengalu-alukan program-program bakti siswa
    di Kemboja. Malah pejabat Mufti Kemboja telah dibina dewan kuliah, boleh juga dimanfaat sebagai dewan penginapan jika perlu.

    Hubungilah pegawai kami Luqman Hisyam di 03-4143 4343 untuk khidmat nasihat
    dan bantuan.

    Haji Che Mazlan Saad
    Pengerusi Program Korban & Aqiqah
    di Kemboja 1430H

  • mohd hatta abdullah says:

    perlu diwarkan dengan lebih banyak dimedia-media elektronik tentang program aqiqah/qurban serta bantuan kepada orang muslim kemboja

  • ZURA ABDUL AZIZ says:

    Assalamualaikum….

    Saya berminat untuk mengikuti program Ziarah Kemboja. Harap dapat maklumkan pada saya program yang akan datang. Terima Kasih.

  • Datin Hamida Hassan says:

    saya ingin ikut serta dimasa hadapan. insyaAllah

  • Ahmad says:

    kanak2 umur 4 ,7 , dan 9 tahun brape bayaran ?

  • admin says:

    Assalamualaikum wrt wbt.

    Kos ziarah kemboja bagi kanak-kanak adalah sama dengan dewasa. Kadar yuran yang di kenakan adalah seperti di bawah.

    Program ini adalah anjuran Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja

    Tiket Pergi-Balik: Para peserta dikehendaki membeli sendiri tiket pergi balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh. Sila beli tiket Air Asia.

    Yuran Pendaftaran: RM700 : bayaran dibuat semasa pendaftaran di Kemboja

    Yuran termasuk:

    * Penginapan di Kemboja
    * Pengangkutan di Kemboja
    * Makanan
    * Tour Guide

    Yuran tidak termasuk:

    * Tiket pergi-balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh.
    * Air port tax di Phnom Penh sebanyak USD25 (lebih kurang RM90)
    * Bayaran lebihan berat bagasi (RM15/kg atau USD4/kg)
    * Tiket masuk ke Toul Sleng / tempat-tempat pelancongan yang dikenakan bayaran (biasanya tidak lebih daripada USD7)

    Untuk maklumat lanjut sila rujuk ke website ini dalam kolum ziarah kemboja. Syukran.

    Ustz Norhafifa binti Abdul Halim
    Urus Setia Korban Aqiqah di Kemboja
    Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

  • ZURA ABDUL AZIZ says:

    Salam,
    Saya berminat untuk menyertai program ziarah kemboja untuk tahun 2010. Sila beri info terkini.
    Terima Kasih.
    Zura Abdul Aziz

  • Mohd. Khalid B. Che Wan says:

    Assalamuallaikum,

    Tuan,

    Saya berminat untuk melawat Kemboja mengikuti kumpulan Tuan pada tahun ini ( 2010 ). Oleh itu, saya mohon dapat matlumat untuk mendaftar bagi tujuan tersebut.

    Sekian terima kasih.

    Mohd. Khalid
    012-272 0317

  • admin says:

    Waalaikum salam wrt wbt

    Program Ziarah Kemboja ini adalah anjuran Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja.

    Tiket Pergi-Balik: Para peserta dikehendaki membeli sendiri tiket pergi balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh. Untuk tahun 1431H ini, tarikh bertolak 15 November 2010 dan balik pada 19 November 2010. Sila beli tiket Air Asia.

    Yuran Pendaftaran: RM700 : bayaran dibuat semasa pendaftaran di Kemboja

    Yuran termasuk:

    * Penginapan di Kemboja
    * Pengangkutan di Kemboja
    * Makanan
    * Tour Guide

    Yuran tidak termasuk:

    * Tiket pergi-balik antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh.
    * Air port tax di Phnom Penh sebanyak USD25 (lebih kurang RM90)
    * Bayaran lebihan berat bagasi (RM15/kg atau USD4/kg)
    * Tiket masuk ke Toul Sleng / tempat-tempat pelancongan yang dikenakan bayaran (biasanya tidak lebih daripada USD7)

    Sila hubungi Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (Encik Luqman Hisyam) di nombor telefon 03-4143 4343 ataupun email ke alameen@tm.net.my untuk maklumat lanjut.

    Terima kasih

    Wassalam

    Ustz Norwariza Mohd Hed
    Ketua Urus Setia
    Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

  • MD NASIR YUSOF says:

    Saya telah melayari laman ini dan ia amat menarik. Sila hantar info pada saya untuk program ziarah akan datang

Leave a Reply

Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
Khamis, 11 Mac 2010

Subuh 6:06am
Syuruk 7:22am
Zohor 1:26pm
Asar 4:37pm
Maghrib 7:27pm
Isyak 8:36pm

Lihat Lokasi Lain
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Wakaf Perigi
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1431H : 16 Nov 2010
Ibadah Aqiqah: Dibuka sepanjang tahun
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: alameen@tm.net.my

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..