Klik untuk kembali ke Laman Utama

Makluman Penyertaan Aqiqah (Penyertaan dibuka sepanjang tahun)

Harga

1 Bahagian Lembu : RM 270.00

1 Ekor Kambing : RM 530.00

Termasuk jamuan aqiqah

   

MUDAH MURAH DIYAKINI

  • Memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama.
     
  • Ibadah Korban dan Aqiqah dilaksanakan di tempat yang ramai umat Islam miskin.
     
  • Harga yang murah: Yuran penyertaan telahpun mengambil kira harga ternakan korban & aqiqah, pembiayaan jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.
     
  • Jamuan Aqiqah diadakan bersempena kenduri kahwin bagi pasangan miskin, murid-murid sekolah, program masjid atau program kemasyarakatan umat Islam di Kemboja.
     
  • Mendapat kerjasama dan sokongan Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.
     
  • 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) akan disalurkan untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja. Sumbangan ini akan disalurkan melalui Institusi Mufti Kerajaan Kemboja.
     
  • Sijil Penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja.
     
  • Sijil Pengesahan Perlaksanaan Aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja biasanya akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 14 hari dan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari selepas tarikh penerimaan penyertaan dengan pengecualian berikut:
     
    1. Sijil Pengesahan Perlaksanaan Aqiqah bagi penyertaan yang diterima pada tempoh 1 Zulhijjah sehingga 14 Zulhijjah akan dihantar selewat-lewatnya 30 hari selepas Eidul Adha bagi tahun yang berkenaan. Biasanya jamuan Aqiqah banyak dilaksanakan sempena Majlis Kenduri Perkahwinan pasangan yang miskin dalam 2 minggu bulan Zulhijjah.
       
    2. Sijil Pengesahan Perlaksanaan Aqiqah bagi penyertaan yang diterima pada tempoh 1 Sha'aban sehingga 20 Ramadhan akan dihantar selewat-lewatnya 15 hari selepas Eidul Fitri bagi tahun yang berkenaan. Biasanya jamuan Aqiqah dilaksanakan sempena Majlis Berbuka Puasa untuk penduduk-penduduk kampung di Kemboja pada bulan Ramadhan.
       
  • Peserta boleh melihat dokumen asal serta gambar-gambar Program Korban & Aqiqah di Kemboja di alamat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dari Isnin hingga Jumaat jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.


Maksud Hadis
"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya..."


 
Keselamatan Maklumat Terjamin
Klik butang di bawah ini untuk mendaftar dan menggunakan teknologi SSL (Secure Socket Layer) yang akan melindungi maklumat anda di Internet.