Tetamu sejak 2001


MUDAH . MURAH . DIYAKINI

Sertailah ibadah Aqiqah dan Korban sekarang dan hadirilah kursus-kursus yang menarik bernilai RM180 dengan percuma!

Penerangan Lanjut
Sertai Kami
Penyertaan Online:

Penyertaan melalui Pos / Faks:
Urus Setia di Malaysia

Urusetia Program Korban & Aqiqah di Malaysia

AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T)
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak.
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: alameen@tm.net.my
AJL 931362
Urus Setia di Kemboja

Urusetia Program Korban & Aqiqah di Kemboja

144E Road 5, Krom1,
Phum 2, Chrang Chamreh 1,
Russey Keo, Phnom Penh,
Cambodia.
Tel/ Faks : 855-23-219679
Zakaryyaa Adam Email:
zakaryyaa@yahoo.com
Mufti Cambodia Email: muftiofcam@camshin.com.kh

Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja
1415H - 1427H
Tahun
Bil Ternakan
1415H
17
1416H
150
1417H
288
1418H
263
1419H
451
1420H
561
1421H
736
1422H
685
1423H
886
1424H
1178
1425H
1177
1426H
1381
1427H
1443
1428H
2102

JUMLAH
PENDUDUK
 
Malaysia
26 juta
Kemboja
13 juta
 
PENDUDUK
BANDAR
Malaysia
47%
Kemboja
14%

HAYAT HIDUP 
Malaysia
72 Tahun
Kemboja
53 Tahun
 
PENDAPATAN PURATA
Malaysia
USD 4287
Kemboja
USD 270

MAKANAN / HARI (TENAGA)
Malaysia
2884 Kalori
Kemboja
2021 Kalori
 
KEMATIAN BAYI / 1000 KELAHIRAN
Malaysia
12
Kemboja
110

Dapatkan E-book Korban & Aqiqah Percuma!

Nama

Alamat Email

Telefon Bimbit (pilihan)

Subscribe
Unsubscribe

Program Korban dan Aqiqah di Kemboja 1429H

TAHUN KE 15


Maksud Firman Allah SWT
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah"
Al-Kauthar : 2

Maksud Hadis Rasullullah SAW
"Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu
ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya),
maka hendaklah ia melakukannya"

Lebih 15,000 peserta sejak tahun 1415H / 1995 Masihi.
Lebih 11,000 ekor ternakan telah selamat disempurnakan

 

Mufti Kerajaan Kemboja


"Saya merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia
khususnya dan para peserta dari seluruh dunia amnya yang telah menyertai
program ini yang telahpun masuk tahun ke 15. Semoga ibadah Korban &
Aqiqah yang akan dilaksanakan diterima oleh Allah S.W.T."



Kelebihan Program Ini
  • Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM205 untuk satu bahagian lembu atau RM395 untuk satu ekor kambing bagi ibadah korban. Manakala untuk ibadah aqiqah pula RM250 untuk satu bahagian lembu atau RM395 untuk satu ekor kambing. Yuran Penyertaan Aqiqah telahpun termasuk kos jamuan Aqiqah.
  • Sijil penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja
  • Korban dan Aqiqah dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.

  • Pihak penganjur akan memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja termasuk pembiayaan jamuan berbuka puasa.


Klik disini untuk melihat foto yang lain

Sertailah Program Aqiqah di Kemboja yang dibuka sepanjang tahun!

Baginda s

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Caranya:

  • Pegang bayi tersebut dengan menghadap ke arah kiblat.
     
  • Azankan ke telinga kanannya dahulu.
     
  • Kemudian pusingkan bayi dan iqamahkan ke telinga kirinya.

Cara melakukan amalan ini sama sahaja untuk bayi lelaki dan perempuan.

Hikmah melakukan azan dan iqamah:

  • Supaya perkara pertama yang didengar oleh bayi itu ialah kalimat seruan yang mulia yang mengandungi kebesaran Allah swt dan dua kalimah syahadah.
     
  • Agar dakwah kepada Allah swt dan agama Allah swt lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada mendengar seruan dan hasutan syaitan.

Telah berkata Abu Musa r.a.: “Aku mendapat seorang anak lelaki, aku membawanya kepada Rasulullah s.a.w., Baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku.” - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Tahnik maknanya amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Kalau tiada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu.

Caranya:

  • Letakkan kurma yang lembut di hujung jari.
     
  • Gerakkan jari tersebut dalam mulut bayi dengan lemah-lembut ke kanan dan ke kiri sehingga meliputi mulut bayi tersebut dengan kurma yang lembut tadi. Pastikan kebersihan jari dan juga kurma.

Hikmahnya:

  • Persediaan untuk penyusuan susu ibu dan proses penghadaman.


Dari Amr bin Syuib katanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak yang baru lahir pada hari ke tujuh dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah baginya.” - Maksud Hadis Riwayat Tirmidzi

Daripada Anas r.a. katanya: telah berkata Rasulullah s.a.w. “Aku telah mendapat seorang anak malam tadi dan aku menamakannya dengan nama datukku Ibrahim.” - Maksud Hadis Riwayat Muslim

Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik kerana:

Daripada Abu Darda’ r.a. katanya : telah berkata Rasulullah s.a.w. “Kamu sekalian di hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama kamu”. - Maksud Hadis Riwayat Abu Daud

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi s.a.w. mengaqiqah satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru: “Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambut)nya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham.” - Maksud Hadis Riwayat Tirmidzi

Caranya:
  • Cukur keseluruhan rambut anak yang baru lahir itu.
     
  • Timbang rambut yang telah dicukur.
     
  • Dapatkan nilai perak seberat rambut yang telah ditimbang.
     
  • Sedekahlah wang tunai seperti nilai yang diperolehi daripada timbangan berat rambut tadi.
     
  • Amalan ini dilakukan untuk bayi lelaki dan juga perempuan.

Hikmatnya:

  • Hikmat kemasyarakatan - bersedekah adalah satu amalan yang baik. Selain daripada dapat membantu golongan yang miskin, ia juga menanamkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di dalam masyarakat.

Larangan:

  • Jangan melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: “Nabi s.a.w. telah melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak” - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Oleh Abu Hurairah r.a. katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w. “Fitrah itu lima, iaitu khitan, memotong bulu di kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”. - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hukum khitan bagi lelaki:
  • Imam Shafi’e, Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat ianya wajib dan hanya Imam Abu Hanifah yang menyatakannya sunat.

Hukum berkhitan bagi perempuan:

  • Para fuqaha dan imam mujtahid sepakat mengatakan bahawa khitan itu sunat untuk wanita dan tidak wajib. Hanya Imam Ahmad mengatakan ia wajib untuk lelaki dan wanita.

Pengertian khitan untuk lelaki:

  • Dalam istilah syarak, memotong kulit yang mengelilingi kepala zakar di bawah hasyafah.

Waktu berkhitan:
  • Boleh dilakukan pada hari pertama anak itu dilahirkan kerana apabila ia sudah sempurna akal ia tidak perlu lagi bimbang tentang urusan berkhitan. Dapatkan nasihat doktor dahulu.

Hikmah berkhitan:

  • Untuk memastikan kebersihan dan kesucian terjamin semasa melakukan ibadah terutamanya sembahyang.
     
  • Untuk menghindarkan daripada bahaya dan penyakit yang boleh timbul akibat tidak berkhitan.

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” - Maksud Hadis

Hukum aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Melaksanakan aqiqah merupakan tanggungjawab ibubapa atau penjaga anak tersebut.

Waktu aqiqah:
  • Bila-bila masa sejak anak itu dilahirkan dan tidak ada batasnya.
     
  • Sunat melakukannya pada hari ke 7, ke 14 dan ke 21.

Syarat-syarat melakukan Aqiqah:

  • Syarat-syarat untuk binatang aqiqah adalah sama seperti binatang korban.
     
  • Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing atau dua bahagian lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.
     
  • Bagaimanapun, sekiranya kurang mampu, memadai membuat satu bahagian lembu aqiqah atau seekor kambing untuk anak lelaki. Bakinya lagi boleh dibuat jika berkemampuan di kemudian hari.
     
  • Disunatkan menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.

Seelok-eloknya tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

Hikmah melakukan aqiqah:

  • Satu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah s.w.t dari peringkat awal lagi.
     
  • Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.
     
  • Sebagai tanda gembira dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
     
  • Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
     
  • Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.

Doa menyembelih ternakan aqiqah:

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Ini aqiqah (sebutkan nama nama tersebut) Ya Allah! Semoga aqiqah ini engkau jadikan sebagai tebusan baginya (agar terhindar) daripada siksaan api neraka.”

 


Kata-Kata Aluan Pengerusi Program : Haji Che Mazlan Saad

"Antara anugerah Allah SWT ialah ketenangan jiwa untuk hamba-hambanya yang dapat menunaikan sesuatu ibadah...

Begitulah juga dengan ibadah Korban & Aqiqah. Program Korban & Aqiqah di Kemboja disusun untuk memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan ibadah ini. Juga ibadah ini dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam yang miskin. Umat Islam di Kemboja dapat merasai secara langsung pengertian ukhwah Islamiah - Persaudaraan Islam di Nusantara Melayu.

Saya amat bersyukur kerana dapat terlibat dalam menyusun perlaksanaan ibadah Korban & Aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja sejak 15 tahun dahulu. Lebih 15 ribu para peserta daripada Malaysia, Singapura, dan Brunei telah menyertai program ini sejak dari tahun 1415H lagi."

Ikhlas Daripada,


Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban Eidul Adha
& Aqiqah di Kemboja

Sertailah segera ibadah Korban Eidul Adha dan Aqiqah dengan cara yang MUDAH, MURAH & DIYAKINI

Saya berminat untuk menyertai

Kursus Untuk Para Peserta Aqiqah & Korban 1429H

Hadirilah kursus menarik bernilai RM180 yang merupakan hadiah percuma penyertaan ibadah aqiqah & korban.

Kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca : Cepat Baca & I Can Read.
Tarikh : 28 Jun 2008 (Sabtu)

Kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca Jawi dan Al-Quran : Bacalah Jawi dan Al-Barqy
Tarikh : 19 Julai 2008 (Sabtu)

Prebiu Kaedah Cepat Membaca Ameen (Cepat Baca, I Can Read, Al-Barqy, dan Bacalah Jawi)
Tarikh : 9 Ogos 2008 (Sabtu)

Waktu Kursus: 9.00pg - 5.00ptg
Tempat : Pejabat Al-Ameen


Maklumat lanjut sila klik di sini
Pendaftaran: klik sini


Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1428H.


Laporan Awal Program Korban Eidul Adha dan Aqiqah di Kemboja 1428H

Bilangan peserta :
5023 

Bilangan Ternakan Korban :
1348 iaitu bagi sijil K0001 hingga K1348. Setiap sijil menandakan seekor kambing ataupun seekor lembu yang masing-masing menggunakan kod KL atau KK. Misalnya KL625 menandakan lembu korban yang ke 625. Manakala KK634 misalnya menandakan kambing korban yang ke 634.

Bilangan Ternakan Aqiqah :
750 iaitu bagi sijil A001 hingga A750.

Bilangan Ternakan Korban Nazar: 4

Agihan ternakan aqiqah di Kemboja : Sepanjang Tahun

Agihan ternakan korban di Kemboja :

Fasa Pertama :
27 Nov 07 - 3 Dis 07 untuk sijil K001 hingga K642.

Agihan korban merangkumi kampung-kampung seluruh Kemboja termasuk daerah Dambe wilayah Kg. Cham.

Agihan untuk daerah-daerah lain dalam wilayah Kg. Cham disusun pada Fasa Kedua Agihan.

Fasa Kedua :
14 Dis 07 - 22 Dis 07 untuk sijil-sijil K643 - K1348. Ternakan korban ini diagihkan di Kg. Cham serta agihan tambahan di seluruh Kemboja

Program Ziarah Kemboja :
Kumpulan pertama 18 Dis hingga 22 Dis 2007. Kumpulan kedua 21 Dis hingga 24 Dis 2007.

Eidul Adha 20 Dis 2007 :
Ternakan korban disempurnakan di 425 Kampung seluruh Kemboja. Ternakan aqiqah pula disempurnakan sepanjang tahun untuk majlis-majlis perkahwinan jamuan pelajar-pelajar madrasah serta jamuan untuk masyarakat kampung. Perasmian program dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia di Kemboja Dato' Adnan Othman.

Program wakaf perigi :
42 Perigi wakaf telah diagihkan pada 21 Disember 2007 dibeberapa wilayah Kg. Cham dan Kg. Chnang, Kemboja.


Program Ramadhan di Kemboja 1428H. Alhamdulillah sebanyak 213 ekor lembu dan kambing untuk ibadah Aqiqah telah selamat disempurnakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Jamuan Aqiqah dilaksanakan sempena majlis berbuka puasa di masjid-masjid seluruh Kemboja. Laporan lengkap akan dihantar kepada para peserta Korban & Aqiqah yang menyertai program sebelum 20 Ramadhan bersamaan 2 Oktober 2007.



Testimoni

"Program Korban & Aqiqah ini banyak membantu umat Islam di Kemboja terutamanya dari sudut hubungan silaturahim, pendidikan, dan keperluan asas kehidupan."
Ustaz Haji Sabri Kasim, Timbalan Gabenor Wilayah Kg Cham

"Saya imam daerah Kg Chhnang mengucapkan terima kasih kepada umat Islam Malaysia kerana tidak lupa kepada kami di Kemboja."
Haji Hashim Haji Yunus, Imam daerah Kg Chhnang

"Program ini memberi kesedaran yang mendalam mengenai perlunya semangat ukhwah sesama Islam. Kita akan terlalai dibuai kesenangan jika tidak mengikuti program seperti ini."
Hj Mokhtar Hj Mohd Zain, Peserta Ziarah Kemboja dari Malaysia

"Saya dan anak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan yang memberikan 2 ekor kambing Aqiqah untuk jamuan perkahwinan anak saya melalui Mufti Kerajaan Kemboja."
Sos Sem Aysah, Chrang Chamres

Penyertaan Aqiqah bagi tahun 1428H telah mencapai sebanyak 750 ekor ternakan kambing dan lembu.

Penyertaan Korban bagi tahun 1428H telah mencapai sebanyak 1348 ekor ternakan kambing dan lembu.

Penyertaan Korban Nazar bagi tahun 1428H telah mencapat 4 ekor ternakan kambing dan lembu.

(Kemaskini terakhir : 22 Disember 2007)

Sebanyak 969 ekor lembu dan kambing (Korban), 468 ekor lembu dan kambing (Aqiqah) telah berjaya disempurnakan untuk tahun 1427H.

(Tarikh akhir: 9 Zulhijah 1427H / 31 Disember 2006)

Sila muat turun Senarai Perlaksanaan K&A 1427H

Laporan Perlaksanaan. Klik sini

Testimoni Tambahan

"Membuka mata dan minda akan keadaan rakan/saudara kita di Kemboja. Memberi kesedaran kepada kita yang sentiasa didalam keselesaan. Semoga usaha kita diberkati Allah."
Zaharah Hashim
-
Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1428H

"Sambutan meriah hari raya korban di Kemboja dapat dirasakan yang mana tidak terasa perbezaan merayakannya di tempat orang. Diri saya merasa terpanggil untuk membantu mereka."
En. Abdul Rahim -
Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1428H

"Keinsafan terbit dari hati kami yang mengikuti rombongan ini apabila melihatkan keadaan dan suasana daif penduduk kampung. Walaupun begitu, keceriaan terpancar diwajah mereka atas kedatangan kami."
Khadijah Isa -
Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1428H

 

 
Hari raya Eidhul Adha 1426H
Penduduk kampung melapah daging lembu yang dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk kampung yang lain.

Mencari rezeki di sungai
Tengok sajalah hasil tangkapan yang mereka dapat. Ikan yang ditangkap adakalanya sekali tarik pukat sehingga mencecah 2 tan. Rezeki masing-masing.

Kawasan periuk api
Semasa perang saudara di Kemboja. Masih ada lagi periuk api yang berfungsi

Gotong Royong.
Kaum ibu tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga dengan menanak nasi untuk jamuan masyarakat kampung.



Muka Hadapan | Galeri Foto | Korban | Aqiqah | Menyambut Cahaya Mata | Program Berbuka Puasa 1428H | Soaljawab Korban | Soaljawab Aqiqah
Kemboja | Carta Alir Pengurusan | Peta ke Pejabat Ameen | Latar Belakang Syarikat | Urus Setia Malaysia | Urus Setia Kemboja
Laporan Program | Blog | English Version | www.ameenbooks.com.my

korbanaqiqah.com.my

[ Sebarang pertanyaan sila e-mel: urusetia@korbanaqiqah.com.my pertanyaan anda kepada Urus Setia Program Aqiqah ]

© Hakcipta Terpelihara Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2001
Dibangunkan oleh Ameen Creative & Communication Division


Jumlah pengunjung bermula 15 November 2001