Ibadah Korban Aqiqah Di Kemboja

Testimoni Tuan Dzulkarnain Tentang Kami.

Bagi saya, terbaik tuh saya tak tahu lah. Cuma saya memang berpuas hati dengan perkhidmatan al-ameen. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan dengan harga.
Pengalaman saya, alhamdulillah dengan rezeki yang ALLAH beri, setiap tahun saya dapat buat ibadah korban dengan al-ameen dan dah masuk anak ke 4 saya tetap buat ibadah akikah dengan al-ameen. Dengan al-ameen, untuk ibadah korban, saya tak perlu pening kepala untuk membahagikan bahagian korban saya sebab semuanya dah diuruskan, juga untuk ibadah akikah, semua disediakan oleh al-ameen.

Soalan 1

Boleh kami tahu bagaimana dan di mana anda tahu tentang perkhidmatan kami?  

Saya jumpa di google 13 tahun yang lalu untuk akikah anak saya yang pertama. saya taipkan perkataan akikah, keluar beberapa pautan, saya klik al-ameen dan membaca profile. bila rasa al-ameen ni satu badan yang boleh dipercayaai, saya terus berminat.

Soalan 2

Jika anda terus mencari kami di online, apakah yang menyebabkan anda mencari kami?

Setelah anda temui kami, apa yang menyebabkan anda mahu menggunakan perkhidmatan kami?

Memang akan mencari al-ameen untuk ibadah qorban dan akikah yang sampai sekarang saya masih dengan al-ameen disamping mudah berurusan dan cara pembayaran yang senang

Soalan 3

Kebanyakkan peserta kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka menyatakan bahawa perkhidmatan kami adalah yang terbaik.

Jika anda rasa perkhidmatan kami adalah yang terbaik, boleh ceritakan pengalaman anda sepanjang bersama kami?

Bagi saya, terbaik tuh saya tak tahu lah. Cuma saya memang berpuas hati dengan perkhidmatan al-ameen. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan dengan harga.
Pengalaman saya, alhamdulillah dengan rezeki yang ALLAH beri, setiap tahun saya dapat buat ibadah korban dengan al-ameen dan dah masuk anak ke 4 saya tetap buat ibadah akikah dengan al-ameen. Dengan al-ameen, untuk ibadah korban, saya tak perlu pening kepala untuk membahagikan bahagian korban saya sebab semuanya dah diuruskan, juga untuk ibadah akikah, semua disediakan oleh al-ameen.

Soalan 4

Boleh anda berikan cadangan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan kami?

 

1- untuk kurangkan kos al-ameen, rasaya sijil korban dan akikah atau wakaf, boleh di email sahaja kepada yang mempunyai email. setelah diemail, hantar text message yang menyatakan sijil korban dan akikah sudah di email kepada peserta tersebut.

2- Mungkin boleh diperbanyakkan lagi ibadah wakaf.  contoh wakaf bina sekolah, wakaf bina surau/masjid,  wakaf buku pelajaran.

3 – saya dah mencari sudut untuk sedekah tapi tak jumpa. kalau ada baguslah, kalau tak ada mungkin boleh di masukkan. Terutama sedekah selepas bercukur anak. mungkin boleh dimasukkan
kedalam kos akikah.

4 – saya tak tahu kalau al-ameen sudah buat perkara ini, mungkin boleh mengajak peserta untuk turut sama dalam urusan korban, akikah atau apa saja dengan kos yg al-ameen tetapkan.

itu saja yang saya dapat fikirkan…

terima kasih dan berharap al-ameen terus wujud untuk memudahkan orang islam membuat kebajikan.

 

Search