Masalah Sanitasi

Masalah sanitasi biasanya dikaitkan dengan pengurusan  najis manusia merupakan masalah besar di negara dunia ketiga. Masalah ini begitu ketara di India kerana bilangan penduduknya telah mencecah 1200 juta orang. Hampir 500 juta rakyat India tidak mempunyai kemudahan tandas. Di Kemboja pula masalah ini ketara di kampung-kampung. Dua punca masalah telah dikenalpasti:

Budaya : Tandas sejak dahulu lagi tidak diberi keutamaan oleh orang-orang kampung di Kemboja yang majoritinya bukan beragama Islam. Maka konsep taharah iaitu kesucian dalam agama tidak difahami dan tidak diberi keutamaan. Tambah-tambah lagi Kemboja masih mempunyai kawasan tanah yang luas jika dibandingkan dengan bilangan penduduk. Juga bagi penduduk di tepi sungai, tebing-tebing sungai menjadi dataran tandas terbuka untuk semua.

Kemiskinan : Keutamaan bagi setiap penduduk kampung ialah sara hidup harian. Membina tandas memerlukan kos yang tidak mampu ditanggung oleh keluarga yang miskin. Pihak Mufti Kemboja membuat anggaran bahawa hanya lebih kurang 20% sahaja rumah di kampung-kampung Islam yang mempunyai kemudahan tandas.

Masalah sanitasi berkait rapat dengan kesihatan penduduk kampung. Kesedaran pentingnya tandas ini mula meningkat terutamanya di kampung-kampung Islam.

Fadhilat Wakaf Tandas

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Sabda Rasullullah SAW maksudnya : “Kebersihan adalah tanda keimanan”. Riwayat Muslim

Sabda Rasullullah SAW maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT indah dan cinta kepada keindahan”. Riwayat Muslim

Kelebihan Wakaf Tandas

Kebersihan dan Kesihatan : Kemudahan tandas akan meningkatkan tahap kebersihan penduduk kampung. Masalah penularan wabak penyakit akan berkurangan. Ini bertambah penting di Kemboja yang juga menghadapi masalah kemudahan air bersih. Kajian menunjukkan bahawa kemudahan tandas secara langsung akan meningkatkan lagi tahap kesihatan penduduk.

Budaya Taharah : Umat Islam di Kemboja merupakan kaum minoriti dan memang sukar untuk melaksanakan dakwah Islamiah kepada kaum majoriti yang bukan Islam. Apabila tahap kesucian di kampung-kampung Islam meningkat maka secara praktis ianya menjadi unsur dakwah kepada kaum bukan Islam. Sekarang pun umat Islam dipandang baik oleh pimpinan bukan Islam kerana rata-rata umat Islam bebas daripada masalah ketagihan arak. Kini meminum arak telah menimbulkan begitu banyak masalah sosial, kesihatan dan juga kemalangan jalan raya di Kemboja.

Pengurusan yang Mudah, Murah dan Diyakini : Hanya RM150 untuk satu bahagian wakaf tandas. Sebuah tandas terdiri dengan tujuh bahagian wakaf tandas. Ini bermakna sebuah tandas wakaf keseluruhannya bernilai RM1050. Dengan cara ini penyertaan wakaf tandas menjadi mudah dan murah. Ini disokong pula oleh sistem pengurusan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd yang kemas dan berpengalaman lebih 20 tahun mengurus amal jariah di Kemboja.

Baiknya melaksanakan amal jariah di Kemboja adalah disebabkan penglibatan langsung Mufti Kerajaan Kemboja sendiri. Aspek pemantauan menjadi lebih mudah serta tempat pelaksanaan juga dapat ditentukan berdasarkan keperluan.

Sijil Pengesahan Perlaksanaan : Setiap peserta akan mendapat sijil pengesahan perlaksanaan yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja dan pengerusi program. Nama penerima wakaf tandas, tarikh mula dan tarikh siap pembinaan tandas serta nama kampung akan tertera pada sijil yang dihantar kepada setiap peserta.

Rekabentuk Tandas

* Carta Alir / Gantt Chart rekabentuk tandas

  1. rekabentuk luaran
  2. rekabentuk dalaman

Proses pengurusan (carta alir / gantt chart pengurusan)

  1. Pemilihan lokasi / tempat untuk pembinaan
    Pihak Mufti Kemboja akan menetapkan dan membuat pemilihan lokasi untuk pembinaan tandas. Setiap lokasi akan bergantung kepada keperluan penduduk kampung dan kebiasaannya dalam satu kampung sebanyak 30 hingga 100 buah tandas akan dibina. Kesemua ketetapan dipersetujui setelah berbincang bersama wakil penduduk kampung.
  2. Serahan dokumen / sijil urus setia Kemboja kepada orang kampung yang terpilih
    Apabila penetapan telah dibuat oleh Mufti urus setia Kemboja akan menyerahkan dokumen / sijil kepada orang kampung yang mewakafkan tanah mereka untuk membina tandas.
  3. Melantik kontraktor untuk memulakan pembinaan
    Pihak urus setia akan melantik kontraktor yang akan menguruskan dari mula pembinaan sehingga siap. Perbincangan dibuat antara kontraktor dalam penetapan berapa jumlah tandas boleh disiapkan dalam masa 1 hari / 1 minggu.
  4. Pemantauan proses penyiapan oleh urus setia
    Urus setia akan memantau setiap proses pembinaan daripada proses pertama menggali lubang serta sehingga siap pembinaan. Sebarang permasalahan semasa proses membina akan dimaklumkan oleh kontraktor dan diuruskan oleh urus setia supaya tandas yang dibina boleh bertahan lama.
  5. Penyediaan laporan dan gambar
    Urus setia Kemboja akan memberikan pengesahan tentang penyiapan tandas serta penyediaan gambar-gambar tandas yang selesai disiapkan.
  6. Serahan laporan dan gambar kepada urus setia Malaysia
    Urus setia Kemboja akan menyerahkan laporan dan gambar kepada urus setia Malaysia berperingkat-peringkat mengikut kepada pengesahan mengenai tandas yang sudah disiapkan.
Logo Korban Aqiqah di Kemboja

Lebih 595 Wakaf Tandas Selamat Disempurnakan

Mudah, Murah & Diyakini

Saya berminat untuk menyertai

FAQ Wakaf Tandas

1. Apakah yang dimaksudkan dengan wakaf?

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harga tersebut daripada sebarang urusan jualbeli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya (ain).

2. Apakah rukun wakaf?

  1. Pewakaf
  2. Harta yang diwakafkan
  3. Penerima wakaf
  4. Penyataan wakaf

3. Apakah jenis wakaf?

Wakaf terbahagi kepada dua jenis iaitu wakaf dzurri (keturunan) dan wakaf khairi (kebajikan), di mana pecahannya terbahagi kepada dua iaitu wakaf am dan wakaf khas.

4. Apa pandangan syariah mengenai wakaf?

Hukum wakaf adalah sunat menurut jumhur ulama’. Wakaf adalah satu amalan yang sangat dituntut dan ia merupakan salah satu sedekah jariah, yang pahalanya besar daripada Allah SWT.

5. Apa fadilat wakaf?

  • Untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT
  • iii. menghapuskan sifat bakhil
  • mendapatkan harta berterusan
  • memberi kebaikan kepada ummah
  • pembangunan / kegunaan anak yatim, orang miskin
  • vii. menjamin harta itu berkekalan dalam kebajikan

6. Apakah yang dimaksudkan dengan wakaf tandas, program anjuran Al-Ameen?

Wakaf tandas sama juga seperti wakaf perigi, yang mana tuan punya tanah akan mewakafkan tanah mereka untuk dibina tandas untuk kegunaan sendiri mahupun orang lain. Dalam konteks ini wakaf tandas dibuat untuk meningkatkan tahap kebersihan orang kampung Islam.

7. Apakah kelebihan wakaf tandas ini?

Melalui wakaf tandas ini dapat membantu penduduk kampung meningkatkan tahap kebersihan. Budaya taharah juga dapat diterapkan maka secara praktisnya dapat menjadi unsur dakwah kepada orang bukan Islam. Dengan diadakan juga wakaf tandas ini akan dapat membantu orang-orang kampung miskin yang tidak mampu menanggung kos membina tandas kerana dianggarkan hanya 20% rumah sahaja yang mempunyai kemudahan ini.

Sunnah lain yang boleh dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah

1: Apakah sunnah lain yang boleh dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah anak?
J: Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat, maka beberapa sunnah boleh dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah tersebut, antaranya;

  1. Mencukur rambut bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya.
  2. Memberikan nama pada bayi tersebut.
  3. Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambutnya yang telah dicukur.
  4. Mengkhatan bayi tersebut.

Wallahuaklam

2: Adakah sunat mengkhatankan anak pada hari aqiqah?
J: Memang benar, mengkhatankan anak pada hari ketujuh dan hari penyembelihan aqiqahnya adalah sunat. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Al-Baihaqi daripada Aisyah R.A. “Bahawasanya Nabi S.A.W mengkhatankan Hassan dan Hussain pada hari ketujuh dari hari kelahiran mereka.” Wallahuaklam

3: Apakah yang boleh dilakukan jika hari ketujuh anak jatuh pada Hari Raya Korban?
J: Pada Hari Raya Korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuk anak tersebut, jadi apabila bertemu Hari Raya Korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal, saudara boleh menggabungkan niat perlaksanaan aqiqah anak dengan niat korban, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan hari raya maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahuaklam

Search