Haiwan Korban

Cara Pelaksanaan Ibadah Qurban

  • Info

Saat Hari Raya Qurban makin menjelang, ada yang mula terfikir untuk menjalankan ibadah qurban. Ia merupakan sunat muakkad yang dituntut.

Bagi anda yang nak tahu lebih lanjut tentang ibadah qurban dan cara ringkas melaksanakannya, anda berada di laman web yang betul.

Mari mulakan.

Apa Itu Ibadah Qurban?

Ibadah ini boleh dibahagikan kepada dua. Iaitu qurban wajib dan sunat.

Qurban wajib adalah ibadah qurban yang bernazar.

Manakala ibadah qurban sunat adalah sunat muakkad, sunat yang dituntut.

Ibadah ini merupakan penyembelihan binatang ternakan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala pada Hari Raya Haji dan tiga Hari Tasyri’.

Syarat Sah Sembelihan

Untuk ibadah qurban anda menjadi sah, anda perlu mengambil kira binatang yang anda ingin korbankan.

Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara Sah

  • Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
  • Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
  • Biri-biri/kibas – Setahun masuk kedua atau gigi hadapan sudah bersalin walaupun belum cukup umur TETAPI melebihi 6 bulan.

Binatang Yang TAK BOLEH Dijadikan Ibadah Qurban

Binatang yang mempunyai kecacatan seperti:

  • Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
  • Ekor dan lidahnya terpotong
  • Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
  • Berkudis kerana dagingya mungkin rosak
  • Buta mata
    tempang 
  • Bunting

Tetapi SAH sekiranya kecacatan itu seperti;

  • Tidak bertanduk
  • Patah tanduk
  • Terbelah telinga
  • Berlubang telinga tetatpi tak hilang daging
  • Dilahirkan tidak berekor
  • Tertanggal sebahagian giginya
  • Tidak mempunyai zakar
  • Binatang yang dikebiri

Penyembelihan perlulah dilakukan oleh orang Islam. Orang yang berkongsi qurban lembu dan unta tidak boleh lebih daripada tujuh orang di mana seorang menyumbangkan 1/7 bahagian.

Fadhilat Ibadah Qurban

  1. Menebus dosa kecil
  2. Mendapat kebajikan (hasanah) bagi setiap bulu binatang Korban.
  3. Kedudukan mulia di sisi Allah Ta’ala
  4. Membentuk peribadi ikhlas, sabra, qana’ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
  5. Menyembuh penyakit rohani dan sosial.

Siapa Yang Perlu Melakukan Ibadah Korban?

Golongan yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang qurban daripada keperluan dan keperluan orang di bawah tanggungannya.  Pada Hari Raya Korban dan hari-hari Tasryi’.

Siapakah Yang Dituntut Untuk Berkorban?

  • Islam
  • Merdeka
  • Aqil Baligh
  • Bermukim atau bermusafir
  • Berkemampuan

Waktu Untuk Melaksanakan Qurban

Setelah selesai sembahyang hari Raya dan bacaan khutbah iaitu matahari naik sekadar segalah.

Masa berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyri’ yang akhir atau sebelum terbenam matahari pada hari itu.

Lafaz Niat Korban

Tiada lafaz khusus untuk niat korban, dan boleh sekadar diniatkan dalam hati.

Sebagai contoh “Sahaja aku melakukan qurban sunat, kerana Allah Ta’ala.”

Lain pula niat jikalau anda bernazar. Tidak disyaratkan berniat.

Disyaratkan untuk berniat ketika menyembelih binatang qurban jika penyembelihan dilakukan sendiri, atau jika diwakilkan seseorang untuk niatkan sewaktu penyembelih menyembelih binatang qurban.

Seperti yang dilakukan ramai jika melakukan ibadah qurban di negara luar.

Hukum Qurban Bagi Pihak Orang Lain

Tak sah melaksanakan ibadah korban bagi pihak yang lain yang masih hidup tanpa izinnya. Maksud melaksanakan di sini ialah orang yang membuat penyertaan bagi pihak orang tersebut.

Situasi sama seperti pihak yang telah meninggal dunia dengan tiada berwasiat atau pesanan untuk melakukan qurban.

Jikalau qurban itu diwasiatkan oleh si mati, wajib disedekahkan kesemua bahagian binatang korban itu.

Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban

Bermula 1 Zulhijjah sehingga pengesahan ternakan korbannya disembelih, orang yang berkorban tidak digalakkan untuk memotong rambut dan kuku sehingga pelaksanaan ibadah qurban.

Semasa menyembelih, perkara disunatkan adalah:

  1. Membaca Bismillahirrohmanirrahim
  2. Berselawat ke atas Nabi S.A.W
  3. Menghadapkan binatang ke arah kiblat di atas rusuk kirinya
  4. Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
  5. Membaca doa : Maksudnya: “Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya.”

Sebaiknya ibadah ini dilakukan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.

Hukum Daging Ibadah Qurban

Qurban yang wajib iaitu dinazarkan, wajiblah disedekahkan kesemuanya dan orang yang berqurban tidak boleh memakannya.

Lain pula jikalau orang itu melakukan qurban sunat di mana afdhal dia memakan beberapa suap sebagai mengambil berkat.

Menurut pendapat qawl jadid orang yang berkorban boleh makan sebahagian daripada qurbannya. 

Qawl qadim pula berpendapat harus dimakan sebanyak separuh manakala bakinya disedekahkan.

Adapula sebahagian ulama berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 disedekahkan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 dimakan oleh orang yang berqurban.

Pendapat asah pula, wajib daging qurban disedekahkan walau sedikit kepada orang Islam fakir walaupun seorang.

Tetapi lebih afdhal untuk disedekahkan kesemuanya sekali kecuali menjamahnya sedikit untuk mengambil berkat.

Bahagian kulit binatang korban pula, dibolehkan untuk bersedekah kepada yang lain atau untuk kegunaan sendiri. Melainkan jika itu qurban nazar, wajib baginya untuk menyedekahkan semua sekali.

Ibadah Qurban Di Tempat-Tempat Yang Memerlukannya 

Jika anda berminat untuk menyertai ibadah qurban di Kemboja, anda boleh berdaftar dengan Al Ameen Serve Holdings.

Peluang untuk melakukan ibadah qurban ini dapat memberikan manfaat kepada umat Islam di sana yang lebih memerlukan.

Dengan pengalaman 27 tahun menguruskan aqiqah dan qurban di Kemboja, Al Ameen Serve Hodlings juga telah mendapat Kerjasama dan sokongan Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.

Sijil penyertaan pelaksanaan korban akan disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Sijil biasanya akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 30 hari selepas Hari Raya Aidil Adha.

Peserta boleh melihat dokumen asal serta gambar-gambar Program Korban dan Aqiqah di Kemboja di pejabat Al Ameen Serve Holding Sdn Bhd, dari Isnin hingga Jumaat jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Pembayaran Ibadah Korban di Website

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

 

Join Link Telegram Kami

Search