Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa: Perkara Asas Sebelum Menyambut Ramadan

Doa sebelum berbuka puasa merupakan salah satu amalan sunat yang kita lakukan sewaktu berbuka puasa.

Melalui artikel ini, anda akan mengetahui dengan mendalam tentang puasa secara keseluruhannya dari niat hinggalah ke doa berbuka puasa. 

Pengertian Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

Menurut syariat Islam, puasa adalah suatu ibadat menahan diri dari segala sesuatu seperti makan, minum, perbuatan buruk yang membatalkan puasa.

Dan ia bermula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari yang disertai dengan niat karena Allah SWT, dengan syarat dan rukun tertentu. 

Hukum puas Ramadan ini adalah wajib dilakukan oleh umat Islam. Hal ini sudah dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 iaitu:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Jadi, anda sudah mengetahui maksud puasa Ramadan secara ringkas. Untuk itu, anda akan mempelajari syarat-syarat wajib puasa serta perbuatan sunat yang digalakkan. 

Syarat-syarat wajib puasa

Berikut merupakan syarat-syarat wajib bagi individu yang ingin menjalani puasa Ramadan: 

  • Islam 
  • Baligh 
  • Berakal 
  • Berupaya 
  • Bermukim 

Perbuatan Ketika Ramadan Yang Anda Perlu Tahu

  1. Perbuatan Sunat 
berbuka puasa dengan kurma

Tahukah anda bahawa terdapat perkara sunat yang galak untuk dilakukan ketika bulan Ramadan. 

Apakah perkara-perkara sunat tersebut? 

  • Melambatkan sahur 
  • Bersegera untuk berbuka puasa 
  • Berbuka puasa dengan memakan kurma 
  • Menjamu orang-orang yang berbuka puasa 
  • Membaca al-Quran 
  • Memperbanyakkan ibadat sunat 
  • Melakukan amalan kebaikan 
  • Menghidupkan ⅔ malam 
  • Beriktikaf ketika 10 hari terakhir pada bulan Ramadan 
  1. Perbuatan makruh 
  • Berbekam 
  • Berkumur-kumur dengan kerap 
  • Mengeluarkan darah 
  • Berkucup sesama suami isteri 
  • Merasa makanan 
  • Bersugi setelah tergelincirnya matahari 
  1.  Perbuatan yang membatalkan puasa 
perkara yang membatalkan puasa

Seperti yang dinyatakan di atas, amalan berpuasa bukan hanya terletak pada perbuatan menahan diri daripada makan dan minum. 

Terdapat perbuatan-perbuatan lain yang umat Islam perlu berhati-hati seperti: 

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hidung dengan sengaja 
  • Makan dan minum secara sengaja 
  • Berjimak atau keluar mani dengan sengaja 
  • Keluarnya darah haid atau nifas (walaupun di hujung waktu puasa) 
  • Pengsan atau mabuk sepanjang hari 
  • Murtad

Doa Berbuka Puasa

doa berbuka puasa bersama

Doa berbuka puasa boleh dilakukan secara bersendirian ataupun beramai-ramai. Jika anda ingin berdoa secara bersendirian, doanya seperti berikut:

doa berbuka puasa seorang diri

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Manakalah, cara bacaan doa buka puasa secara beramai-ramai adalah seperti berikut:

doa-berbuka-puasa-dalam-bahasa-arab

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Persediaan Sebelum Menyambut Ramadan

Bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Jadi, apakah persediaan yang boleh anda lakukan sebelum menyambut Ramadan? 

Ini antara persediaan yang anda boleh lakukan:

1) Memperbanyakkan puasa dalam bulan Sya’ban. 

Ini merupakan salah satu persiapan fizikal dan mental sebelum menjalani ibadah puasa selama sebulan. 

Bulan Sya’ban ini adalah bulan yang baik untuk kita melatih diri menahan nafsu dan perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa. 

2) Bertekad meninggalkan segala dosa dan tabiat buruk. 

Ramai orang terleka bahawa taubat harus dilakukan bagi menghapuskan dosa-dosa besar sahaja. Tanggapan itu sangat tidak tepat.

Sebenarnya, taubat harus dilakukan berterusan kerana setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. 

Oleh itu, sebelum tibanya Ramadan, jadikanlah taubat itu suatu perkara yang mampu mengubah kita ke arah yang lebih baik, seperti firman-Nya:

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur 24 : 31)

3) Berdoa agar diberikan kesempatan bertemu Ramadan.

Seperti diketahui, pada bulan Ramadan, segala ganjaran akan dilipat gandakan. 

Justeru, berdoalah agar kita dapat bertemu dengan bulan mulia ini dalam keadaan sihat sejahtera

Kita dapat melaksanakan ibadat secara maksimum dalam keadaan sihat seperti berpuasa, solat, tilawah Al-Quran dan zikir.

4) Tingkatkan kualiti ibadat.

Setiap orang pasti inginkan peningkatan dalam sesuatu perkara. Apatah lagi peningkatan dalam kualiti ibadat kepada Allah SWT. 

Semasa beribadat, sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan seperti tidak khusyuk dan terleka ketika solat. Selain itu, boleh cuba membaca surah yang luar dari kelaziman.

5) Melakukan ibadat tambahan.

melakukan ibadat tambahan

Ibadat tambahan dilakukan apabila ada masa terluang. Ianya dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah yang melalaikan.

Sebagai contoh, waktu lapang digunakan untuk membaca Al-Quran ataupun berzikir. 

6) Ubah waktu tidur.

Secara faktanya, orang dewasa memerlukan tidur yang berkualiti selama 7-9 jam sehari. Jadi, corak tidur anda juga akan mempengaruhi rutin Ramadan.

Cuba untuk tidur lebih awal untuk mudah bangun bersahur. Tetapkan disiplin waktu tidur anda supaya anda mendapat tidur yang berkualiti dan bertenaga untuk berpuasa.

Tuntasnya, buatlah persiapan sebelum menyambut kedatangan Ramadan yang mulia dan amat ditunggu-tunggu ini. Anda boleh mulakan dengan membuat sumbangan Al-Quran.

Kelas-kelas membaca Al-Quran sedang berkembang pesat termasuk di Pattani. Sumbangan anda dalam bentuk naskah Al-Quran dapat membantu guru-guru di Pattani.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web kami di sini

Sekiranya anda berminat untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ 

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search