Image3 (1)

Wakaf Quran: Fadhilat dan Ganjaran Besar Bagi Mereka Yang Melaksanakannya

  • tips

Wakaf Quran adalah salah satu konsep pemberian harta yang telah menjadi amalan Rasulullah SAW serta para sahabat sejak dari dahulu lagi.

Selain itu, ianya merupakan amalan kebajikan yang dianjurkan kepada umat Islam bagi meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. 

Artikel ini akan menerangkan tentang fadhilat-fadhilat mewakafkan Al-Quran serta proses mewakafkan Al-Quran untuk rujukan anda pada masa hadapan.

Fadhilat Mewakafkan Al-Quran

wakaf quran

Membaca al-Quran merupakan sebaik-baik ibadah yang kita boleh amalkan setiap hari. Ini berpadanan dengan dengan hadis yang bermaksud: 

“Semulia-mulia ibadah ummatku ialah membaca Al Quranul Karim (ibadah yang bukan wajib).”

Selain itu, terdapat juga firman Allah S.W.T yang menekankan kepentingan bersedekah seperti di dalam surah Al-Imran ayat 115 yang berbunyi:

“Apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, mereka tidak sekali-kali akan disekat dari mendapat pahala. Dan Allah sentiasa mengetahui keadaan orang-orang yang bertakwa.”

Dari firman di atas, dapat kita lihat bahawa apabila seseorang itu melakukan amalan sedekah, nescaya tidak akan tutup pintu pahala mereka.

Antara fadhilat-fadhilat mewakafkan Al-Quran adalah:

  • Mendapat darjat dan kedudukan yang mulia

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: 

“Orang yang membaca al Quran dan ia mahir dengan bacaannya, mereka akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi terpuji. 

Dan orang yang membaca al Quran dan ia tergagap-gagap padanya kerana kesusahan membacanya, maka baginya 2 pahala.”  Riwayat Imam Bukhari & Muslim.

  • Mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah
  • Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T
  • Mendapat pahala yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
  • Mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam 
  • Menyemarakkan syiar Islam serta berkongsi manfaat di kalangan umat Islam
  • Al-Quran mudah dipelajari dan dihayati: 

“Dan Demi Sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah siapa yang mahu ambil peringatan dan pelajaran (daripadanya).”

Tidak dinafikan lagi, terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh hanya dengan mewakafkan Al-Quran, tidak kira bagi yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. 

Mari kita lihat, apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda ingin mewakafkan Al-Quran. Cara yang lebih afdal adalah mewakafkan Al-Quran ke sekolah-sekolah yang memerlukan.

Cara Wakaf Al-Quran

wakaf quran
  • Memilih lokasi atau tempat agihan Al-Quran

Sekiranya anda memilih sekolah sebagai tempat agihan, pentadbir sekolah yang dipilih akan menetapkan tempat agihan tersebut.

Seterusnya, jumlah naskah yang akan diagihkan akan ditetapkan bergantung kepada jumlah pelajar yang memerlukan.

  • Serahan naskhah Al-Quran oleh pihak sekolah

Naskhah Al-Quran akan diagihkan kepada penerima mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh sekolah. 

Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga akan menyediakan video penyerahan dan gambar sebagai bukti dan rujukan pada masa hadapan.

  • Penyerahan laporan & gambar kepada urus setia Malaysia
  • Penghantaran sijil pengesahan kepada peserta

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang dapat anda lakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Salah satunya adalah dengan mengamalkan sedekah.

Amalan mulia sedekah ini di datangkan dalam pembagai bentuk dan mewakafkan Al-Quran adalah salah satu daripadanya. 

Sekiranya anda tidak tahu akan saluran yang betul dan boleh dipercayai untuk membantu anda mewakafkan Al-Quran, anda boleh rujuk Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings mengagihkan sumbangan al Quran kepada pusat-pusat pengajian al Quran di Pattani, Thailand melalui Sekolah Kalamullah Al-Quran & Multilingual. 

Sekolah Kalamullah Al Quran & Multilingual merupakan sekolah yang meneraju pendidikan kaedah terkini membaca Al-Quran iaitu kaedah Qiraati dan Al-Barqy.

Cara-Cara Untuk Membuat Pembayaran Bagi Wakaf Al-Quran Secara Online Bersama Al Ameen Serve Holdings

Jika anda berminat untuk mewakafkan Al-Quran, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.

Anda boleh membuat pembayaran Wakaf Al-Quran ini dengan mudah dan selamat di laman sesawang rasmi Al Ameen Holdings Sdn Bhd dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke e-Wakaf Al-Quran yang terletak pada laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ 

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 naskhah Al-Quran: RM 35). Seorang boleh menyertai sehingga 10 naskah Al-Quran wakaf.

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami