Kelebihan Surah Al Kahfi

Kelebihan Surah Al Kahfi Yang Ramai Tidak Tahu

  • Info

Kelebihan Surah al-Kahfi menjadikan ia antara surah yang para ulama galakkan untuk dijadikan amalan khususnya pada hari Jumaat. 

Antara kelebihannya adalah diterangi cahaya antara dua Jumaat. 

Namun begitu, artikel ini akan membincangkan lebih banyak lagi perkara menarik mengenai Surah al-Kahfi seperti nama surah, asbabun nuzul, kisah yang terkandung serta kelebihan surah ini. 

Teruskan membaca!

Pengenalan Surah Al-Kahfi

kelebihan alquran

1. Nama Surah al-Kahfi

Surah yang ke-18 ini dinamakan al-Kahfi berdasarkan beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang kelebihan surah al-Kahfi.

Namun begitu, terdapat juga beberapa pandangan lain yang berpendapat bahawa nama surah ini adalah Ashabul Kahfi. 

Walau bagaimanapun, pendapat awal lebih kuat berdasarkan hujah yang telah dinyatakan dalam perenggan pertama.

2. Asbabun Nuzul 

Asbab Nuzul atau bahasa mudahnya ialah sebab-sebab penurunan Surah al-Kahfi ini adalah berdasarkan beberapa riwayat. 

Antara riwayat tersebut ialah apabila orang Yahudi menyuruh kaum musyirikin Quraisy untuk bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenai tiga perkara iaitu roh, pemuda gua, dan Zulkarnain. 

Rasulullah telah menjawab pertanyaan kaum musyirikin Quraisy setelah turunnya wahyu. Penurunan wahyu ini mengambil masa selama 15 malam. 

Oleh itu, wahyu ini dijadikan sebagai teguran Allah kepada Rasulullah untuk mengucapkan InshaaAllah apabila setiap kali Baginda membuat janji. 

Walau bagaimanapun, pertanyaan kaum musyrikin Quraisy mengenai Ashabul kahfi dan Zulkarnain sudah dijawab oleh Rasulullah S.A.W. 

Manakala, persoalan tentang roh itu boleh ditemui di dalam surah sebelumnya iaitu Surah al-Isra’. 

3. Kisah yang terdapat di dalam surah al-Kahfi

Di dalam surah al-kahfi, terdapat 4 kisah yang sarat dengan pengajaran dan tauladan yang boleh diambil daripadanya. 

4 kisah tersebut ialah:

  • Ashabul Kahfi (Penghuni-penghuni Gua)
  • Sahibul Jannatayn  (Dua Pemilik Kebun)
  • Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidir
  • Kisah Zulkarnain

Kelebihan Membaca Surah al-Kahfi

surah al kahfi

1. Mendatangkan Ketenangan Kepada Pembacanya

Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang lelaki sedang membaca surah al-Kahfi, disisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awan pun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut manakala di pagi hari beliau mendatangi Nabi s.a.w. Dan menceritakan kejadian tersebut, maka Nabi bersabda: “itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Qur’an.” 

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

2. Diterangi Cahaya Antara Dua Jumaat

Sabda Rasullulah SAW:

“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diterangi kepadanya cahaya antara dua Jumaat.” 

(Riwayat al-Hakim)

3. Menghafal 10 Ayat Awal dan Akhir Dilindungi Daripada Fitnah Dajjal

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungi dari fitnah Dajjal.” 

(Hadith Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: 

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka sesungguhnya ia akan dilindungi dari fitnah Dajjal.” 

(Hadith Riwayat Nasaie)

4. Iktibar Untuk Menghadapi Ujian & Fitnah di Akhir Zaman

Kisah di dalam surah ini mengetengahkan 4 aspek ujian di akhir zaman iaitu ujian akidah, harta, ilmu, dan kuasa. 

Justeru, surah ini membuka jalan dan menunjukkan cara untuk menghadapi ujian-ujian ini serta memberi panduan melindungi diri pada akhir zaman.

Fitnah Akhir Zaman, Sepuluh Ayat Awal dan Akhir Surah Al-Kahfi

Apabila kita meneliti sepuluh ayat awal dan akhir surah al-Kahfi, kita akan dapati bahawa sepuluh ayat awal menyatakan tentang kebenaran al-Quran, keadaan orang yang kufur dan orang yang beriman kepadanya. 

Sepuluh ayat terakhir pula membincangkan tentang natijah atau pengakhiran orang yang kufur dan beriman kepada al-Quran.

Menghafal sepuluh ayat awal dan akhir surah al-Kahfi akan membantu dalam mentadabburi ayat-ayat tersebut. 

Mendalami serta menjiwai ayat-ayat tersebut sangat penting kerana dapat membantu meningkatkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah.

Kesimpulannya, Surah al-Kahfi dinamakan sedemikian kerana terdapat hadis yang Rasulullah SAW telah merujuk kepada surah tersebut dengan nama al-Kahfi. 

Selain itu, Surah ini juga merupakan sebuah surah yang mempunyai kelebihan khusus berdasarkan hadis Rasulullah SAW. 

Ini kerana, kisah-kisah dalam surah ini sarat dengan pengajaran dan pedoman bagi kita untuk menempuh akhir zaman yang penuh dengan dugaan. 

Anda nak belajar tentang doa yang dibaca selepas solat? Klik doa selepas solat untuk sama-sama belajar amalan yang boleh dilakukan selepas solat.

Sekiranya anda berminat untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ 

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami