IMG 9628

[UPDATED] Laporan Sedekah Berkat Ramadan di Patani

Assalamualaikum WBT.

Tuan/Puan yang dirahmati oleh Allah SWT

Alhamdulillah, sebanyak 715 pakej keperluan makanan sudah selamat diagihkan di Patani Thailand dengan kerjasama Kalamullah Al Quran & Multilingual School.

Bungkusan mengandungi beras, minyak, sos, milo, sardin, susu pekat, gula, biskut, kurma dan sirap bancuh.

Sumbangan pakej makanan yang diterima daripada penyumbang di Malaysia telah diuruskan oleh syarikat AL AMEEN SERVE HOLDINGS SDN BHD (378533-T) yang berpengalaman 27 tahun menguruskan program ibadah Korban & Aqiqah di Kemboja.

TEMPAT-TEMPAT AGIHAN PAKEJ MAKANAN (715 PAKEJ)

  • Agihan pada 17 Mei 2020 bertempat di Dewan Sekolah Kalamullah Al Quran & Multilingual.
  • Agihan pada 17 Mei 2020 bertempat di Kampung Prang Daerah NongChik, Pattani, Thailand.
  • Agihan pada 18 Mei 2020 bertempat di Kampung Slam Napradu Daerah Kokpor Pattani, Thailand.
  • Agihan pada 18 Mei 2020 bertempat di Kampung Tanjonglulok Daerah Muang, Pattani, Thailand.
  • Agihan pada 18 Mei 2020 bertempat di dewan Kalamullah untuk penduduk Kampung Pondok Bermin Daerah Yaring, Pattani, Thailand.
  • Agihan pada 18 Mei 2020 bertempat di Kampung Tanjonglulok kepada kaum wanita.
  • Agihan pada 18 Mei 2020 bertempat di Pelajar PSU Songkhla University Pattani Campus untuk pelajar-pelajar dari Afrika.
  • Agihan pada 18 Mei 2020 bertempat di Kampung Tenun Daerah Mayo, Pattani, Thailand.
  • Agihan pada 18 Mei 2020 bertempat di Kampung Pohon Durian Daerah Jeram, Pattani, Thailand.
  • Agihan pada 18 Mei 2020 bertempat di Kampung Bakat Mukim Rantau Panjang Daerah Yaring Pattani Thailand.
  • Agihan pada 19 Mei 2020 bertempat di tepi pantai Kampung Tanjong Budi Mukim Lampo Daerah Yaring Pattani Thailand untuk penduduk yang paling susah.
  • Agihan pada 19 Mei 2020 bertempat di pelajar pondok Baba Abdul Nasir Kampung Takih Daerah Yaring Pattani Thailand kepada pelajar dari Kemboja.
  • Agihan pada 19 Mei 2020 bertempat di Kampung Kersik Pattani Thailand.
  • Agihan pada 21 Mei 2020 bertempat di Pusat Pentadbiran Bandar Daerah Yaring Pattani Thailand untuk pekerja-pekerja cuci Bandar yang miskin.

Berminat untuk menyertai program ibadah? Layari: https://korbanaqiqah.com.my/

Tonton video youtube di bawah untuk melihat aktiviti agihan yang telah dilaksanakan.

Terima kasih.

Search