Picture1

Niat Mandi Sunat & Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha merupakan antara hari yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Ia merupakan satu sambutan yang sangat meriah bagi ramai orang dan adalah satu masa di mana ahli keluarga bersatu kembali.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda sedikit tentang Hari Raya aidiladha serta perkara sunat orang melakukan pada hari tersebut.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Pengenalan Kepada Hari Raya Aidiladha

Sebelum kami menceritakan kepada anda tentang perkara sunat yang boleh dilakukan pada Hari Raya Aidiladha, mari kita belajar sedikit tentang hari istimewa ini.

Hari Raya Aidiladha atau dikenali dengan nama Hari Raya Korban merupakan satu perayaan yang disambut pada bulan Zulhijjah.

Ia adalah satu perayaan yang diadakan untuk menghormati tindakan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail kerana ingin mematuhi perintah Allah SWT.

Tetapi sebelum Nabi Ibrahim sempat, Allah meletakkan seekor biri-biri untuk dijadikan korban. Dengan itu, umat Islam disunatkan oleh mengorbankan haiwan pada Hari Raya Aidiladha.

Terdapat pelbagai syarat yang perlu dipelajari mengenai pengorbanan sebagai umat Islam.

Ia sangat baik kerana dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan boleh membantu golongan fakir miskin kerana menderma daging tersebut kepada mereka. Selain itu, satu perkara yang sangat sinonim dengan hari perayaan ini adalah Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang kami akan menceritakan nanti di dalam artikel ini.

Mandi Sunat Aidiladha

Selain dari solat, terdapat juga mandi sunat Hari Raya Aidiladha yang anda boleh melakukan. Ia sangat rugi jika anda tidak melakukan perkara ini kerana ia mudah untuk diikuti.

Niat untuk dibaca sebelum anda mandi adalah seperti berikut:

نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى

Nawaitul Ghusla Li ‘idil Adha Sunnatan Lillahi Taala

Maksud : Sahaja Aku Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha Kerana Allah Taala.

Selepas itu, anda boleh mandi seperti biasa.Selain itu, anda juga disarankan memakai bau-bauan sebelum ke masjid.

Kelebihan mandi pagi Hari Raya Aidiladha boleh dilihat di mana Imam Malik meriwayatkan:

Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”.

Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’

Ini juga merupakan satu sunat yang dilakukan pada hari Raya Aidilfitri. Namun satu perkara yang sunat bagi Hari Raya Aidilfitri tetapi tidak bagi Hari Raya Aidiladha adalah mengenai makan.

Untuk Hari Raya Aidiladha, ia tidak disunatkan untuk makan dan minum sehingga anda sudah selesai solat.

Selain itu, berikut juga adalah beberapa perkara sunat yang anda boleh melakukan pada Hari Raya Aidiladha:

  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  • Bersedekah
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Ziarah menziarahi keluarga, jiran-jiran, dan rakan-rakan.

Niat Solat Sunat Aidiladha

Di bahagian ini, kami akan menunjukkan kepada anda 3 jenis niat Solat Sunat Aidiladha iaitu bagi mereka yang solat secara bersenderian, sebagai makmum dan juga sebagai imam.

  • Berikut adalah bagi mereka yang solat secara bersenderian:

Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini Adaan Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

  • Berikut adalah bagi makmum:

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمً/ لِلَّهِ تَعَالَى

  Usolli Sunnatan Li idilAdha Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala

Maksud:Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

  • Berikut adalah bagi imam:

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

 Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini imaman Lillahi Taala

Maksud:Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

Kesimpulannya, terdapat banyak perkara sunat yang anda boleh melakukan pada Hari Raya Aidiladha.

Jika anda mencari pakej aqiqah menarik yang mempunyai harga yang berpatutan , anda boleh lihat Korban Aqiqah!

Semua akan dilakukan di Kemboja dan telah mendapat kerjasama dan sokongan Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.

Harga pakej aqiqah termasuk jamuan adalah seperti berikut:

  • 1 Bahagian Lembu : RM 390.00
  • 1 Ekor Kambing : RM 690.00

Yuran penyertaan telahpun mengambil kira harga ternakan korban & aqiqah, pembiayaan jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.

Anda juga akan dapat Sijil Pengesahan Perlaksanaan Aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Ia biasanya akan dihantar dalam tempoh 14 hari dan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari selepas atarikh penerimaan penyertaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search