Picture1

Tertinggal Doa Qunut Dalam Solat? Ini Cara Yang Anda Perlu Lakukan

Salah satu persoalan yang sering ditanya dan dibincang dalam kalangan umat Islam di Malaysia adalah tentang kewajipan doa Qunut dalam solat Subuh.

Ini kerana ada mereka yang cakap ia adalah doa yang wajib dibaca manakala ada juga kalangan masyarakat yang menyatakan ia boleh ditinggalkan.

Di dalam artikel ini, kami akan mencuba untuk menjawab soalan itu untuk anda. Kami akan menceritakan tentang doa Qunut dan hukum-hukum mengenainya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Tentang Dua Qunut

Sebelum kami menceritakan tentang hukum, mari kita belajar tentang doa Qunut.

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga jenis doa Qunut iaitu doa Qunut subuh, doa Qunut Nazilah, dan doa Qunut witir. Ia semua berbeza kerana dibaca pada waktu yang berbeza.

●   Doa Qunut Subuh

Ini adalah doa yang kita biasa membaca ketika solat subuh. Ia dibaca pada rakaat kedua iaitu selepas i’tidal sebelum sujud.

●   Doa Qunut Nazilah

Doa jenis ini pula dibaca apabila kita solat semasa benca berlaku. Satu contoh bencana yang berlaku adalah pandemik Covid-19 yang melanda negara kita mulai tahun 2020.

Dengan itu, ramai imam di seluruh Malaysia membaca Doa Qunut Nazilah apabila melaksanakan solat fardhu berjemaah. Ia akan dibaca pada rakaat terakhir.

●   Doa Qunut Witir

Doa yang terakhir adalah qunut witir yang merupakan satu amalan pada waktu bulan Ramadhan iaitu selepas tarawih.

Setelah selesai tarawih, ramai akan melakukan witir 1 rakaat di mana mereka akan baca qunut witir ini.

Hukum Mengamalkan Doa Qunut

Di Malaysia, kita mengikut Mazhab Syafie dan mengamalkan amalan dan lakuan mereka di dalam kehidupan seharian. Ini juga termasuk apabila kita solat.

Dalam Mazhab Syafie, membaca doa Qunut ketika solat subuh adalah sunat dan bukan wajib.Ini boleh dilihat dimana Imam An-Nawawi dalam Al-Azkaar mengatakan:

“Ketahuilah bahawa berqunut pada waktu Subuh itu adalah disyariatkan menurut pendapat kami. Ia adalah sunat yang dituntut (sunat muakkad).”

Walaubagaimanapun, kita dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan doa Qunut apabila solat subuh kerana kelebihan yang boleh dinikmati.

Apa Yang Patut Dilakukan Jika Tertinggal?

Ramai keliru tentang hukum Doa Qunut dan juga ada mereka yang berfikiran bahawa meninggal doa ini akan menyebabkan solat terbatal.

Itu tidak betul sama sekali. Jika anda tertinggal Doa Qunut sama ada sengaja atau tidak sengaja, anda disunatkan untuk melakukan sujud Sahwi.

Sujud ini dilakukan setelah membaca tahiyat akhir sebelum salam. Bacaannya adalah seperti berikut:

“Subha na man la ya na mu wa la yas hu”

Kelebihan Mengamalkan Doa Qunut

Terdapat banyak manfaat dan fadhilat yang boleh dinikmati bagi mereka yang mengamalkan Doa Qunut di dalam kehidupan mereka.

Antara kelebihan tersebut adalah:

  • Mencontohi sunnah Rasulullah SAW
  • Menyempurnakan solat dengan baik
  • Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat
  • Dimakbulkan doa-doanya yang baik
  • Terhindar dari bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin

Kesimpulannya, anda disarankan untuk mengamalkan Doa Qunut kerana ia merupakan satu sunnah Rasululullah SAW yang sangat bagus.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuat turun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM390.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM690. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search