Cuaca di Kemboja boleh dibahagikan kepada 3 musim. Musim sejuk ialah antara bulan November hingga Februari. Pada musim ini, biasanya hujan jarang turun. Cuaca mulai panas dari bulan Mac hingga Mei, hujan masih tidak turun. Oleh kerana itu, Kemboja sering dilanda musim kering antara bulan Disember hingga Mei. Musim hujan hanya bermula dari bulan Jun hingga Oktober. Ini merupakan cabaran bagi kehidupan orang kampung. Kerajaan Kemboja setakat ini tidak mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh Negara.

Fadhilat Wakaf Perigi

Saad ibn Ubadah r.a berkata;

“ Ya Rasulullah, ibuku  Ummu Saad telah meninggal dunia, apakah amal jariah yang terbaik bagi pihaknya?” Rasulullah SAW menjawab, “Air.” Maka Saad pun membina sebuah perigi dan berkata, ”Inilah untuk ibuku Ummu Saad.”

Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, ibn Majah dan Ahmad

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang Rasulullah SAW telah bersabda:

“Antara amal jariah yang akan sampai pahalanya kepada seseorang Muslim selepas matinya ialah: Ilmu yang dipelajari dan disebarkan; Anak soleh yang mendoakannya; naskhah al-Quran yang diwakafkannya; masjid yang dibinanya; rumah tumpangan yang dibinanya untuk golongan musafir; kolam air yang dikoreknya; sedekah yang diberi semasa sihatnya. Amal-amal ini akan sampai  untuknya selepas dia mati.”

Riwayat Ibn Majah, dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaymah

Ibn al-Qayyim berkata: “Amal yang terbaik adalah memenuhi keperluan seseorang secara berterusan.”

Pengurusan yang Mudah, Murah dan Diyakini : Hanya RM150 untuk satu bahagian wakaf perigi. Sebuah perigi terdiri dengan tujuh bahagian wakaf perigi. Ini bermakna sebuah tandas wakaf keseluruhannya bernilai RM1050.

Dengan cara ini penyertaan wakaf tandas menjadi mudah dan murah. Ini disokong pula oleh sistem pengurusan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd yang kemas dan berpengalaman lebih 20 tahun mengurus amal jariah di Kemboja.

Baiknya melaksanakan amal jariah di Kemboja adalah disebabkan penglibatan langsung Mufti Kerajaan Kemboja sendiri. Aspek pemantauan menjadi lebih mudah serta tempat pelaksanaan juga dapat ditentukan berdasarkan keperluan.

Jenis-jenis wakaf perigi

Di Kemboja terdapat 3 jenis wakaf perigi yang dibina : Perigi Pam. Perigi Palong & Perigi Berpusat. Jenis tanah dan juga tujuan penggunaan air merupakan penentu kesesuaian jenis perigi yang dibina.

Umumnya perigi pam sesuai dibina bagi tanah yang tidak berbatu. Manakala perigi palong pula biasanya dibina di kawasan tanah berbatu dan penggunaan air yang banyak untuk bercucuk tanam.

Bagi penggunaan air untuk rumah biasanya perigi pam lebih sesuai kerana kebersihan air lebih terjamin.

Perigi berpusat pula sesuai untuk paras air yang dalam dan bekalan air untuk masyarakat setempat.

Umumnya setiap jenis perigi akan ditentukan mengikut kepada keadaan tempat dan keserasian tanah untuk digali. Pihak kami akan mentapkan jenis perigi yang akan dibina supaya kesesuaian dan kelancaran pembinaan akan lebih teratur dan bergerak dengan cepat.

Wakaf Perigi Berpusat di Kemboja

Wakaf perigi berpusat di Kemboja dicadangkan pembinaannya kerana perigi yang dibina bukan hanya untuk satu-satu keluarga tetapi cukup besar untuk bekalan air bagi kegunaan sehingga 600 orang dalam sesuatu masa. Ini sesuai untuk masjid, madrasah atau bekalan air kepada banyak rumah.

Pembinaan perigi berpusat lebih sesuai kerana banyak juga tempat tidak dapat dibina perigi satu-satu seperti perigi pam atau palong disebabkan jenis tanahnya yang berbatu ataupun keras ditambah lagi paras air yang dalam menyebabkan kos pembinaannya lebih tinggi.

Dengan adanya perigi wakaf berpusat bekalan air dapat dinikmati oleh penduduk yang memang susah untuk mendapat bekalan air disebabkan keadaan tanah dan paras air yang dalam.

Plan Wakaf Perigi Berpusat di Kemboja (Baharu 1438H)

LIHAT PLAN PERIGI BERPUSAT
wakaf perigi di kemboja
Jenis perigi palong
wakaf perigi di kemboja
Jenis perigi pam

Proses membina wakaf perigi

*carta alir / gantt chart proses pembinaan wakaf perigi

  1. Gerudi lubang perigi
  2. Memasang tiub perigi dan kepala perigi
  3. Menguatkan struktur perigi dan membina lantai

Proses pengurusan (carta alir / gantt chart pengurusan)

  1. Pemilihan lokasi / tempat untuk pembinaan
    Pihak Mufti Kemboja akan menetapkan dan membuat pemilihan lokasi untuk pembinaan perigi. Setiap lokasi akan bergantung kepada keperluan penduduk kampung dan kebiasaannya dalam satu kampung sebanyak 30 hingga 100 buah akan dibina. Kesemua ketetapan dipersetujui setelah berbincang bersama wakil penduduk kampung.
  2. Penetapan jenis perigi mengikut kesesuaian tempat
    Jenis perigi yang boleh dibina akan bergantung kepada kesesuaian tanah di tempat yang dipilih. Perigi pam sesuai dibina di tempat yang tidak berbatu manakala perigi palong sesuai untuk tanah yang berbatu dan juga keperluan untuk menggunakan air yang banyak seperti untuk bercucuk tanam dan sawah bendang.
  3. Serahan dokumen / sijil urus setia Kemboja kepada orang kampung yang terpilih
    Apabila penetapan telah dibuat oleh Mufti serta perbincangan jenis perigi yang boleh dibuat ditetapkan urus setia Kemboja akan menyerahkan dokumen / sijil kepada orang kampung yang mewakafkan tanah mereka untuk membina perigi.
  4. Melantik kontraktor untuk memulakan pembinaan
    Pihak urus setia akan melantik kontraktor yang akan menguruskan dari mula pembinaan sehingga siap. Perbincangan dibuat antara kontraktor dalam penetapan berapa jumlah perigi boleh disiapkan dalam masa 1 hari.
  5. Pemantauan proses penyiapan oleh urus setia
    Urus setia akan memantau setiap proses pembinaan daripada proses pertama menggali lubang serta sehingga siap pembinaan. Sebarang permasalahan semasa proses membina akan dimaklumkan oleh kontraktor dan diuruskan oleh urus setia supaya perigi yang dibina boleh bertahan lama. Jika keadaan cuaca yang tidak menentu, pembinaan perigi boleh mengambil masa sehingga 3 ke 4 bulan untuk disiapkan.
  6. Penyediaan laporan dan gambar
    Urus setia Kemboja akan memberikan pengesahan tentang penyiapan perigi serta penyediaan gambar-gambar perigi yang selesai disiapkan.
  7. Serahan laporan dan gambar kepada urus setia Malaysia
    Urus setia Kemboja akan menyerahkan laporan dan gambar kepada urus setia Malaysia berperingkat-peringkat mengikut kepada pengesahan mengenai perigi yang sudah disiapkan
  8. Penghantaran sijil pengesahan dan gambar kepada peserta
    Selepas menerima laporan pengesahan daripada urus setia Kemboja, sijil pengesahan pelaksanaan yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja dan juga pengerusi program beserta gambar perigi akan dihantar melalui pos / emel kepada peserta.
Logo Korban Aqiqah di Kemboja

Lebih 10,795 Wakaf Perigi Selamat Disempurnakan

Mudah, Murah & Diyakini

Saya berminat untuk menyertai

FAQ Wakaf Perigi

1. Apakah yang dimaksudkan dengan wakaf?

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harga tersebut daripada sebarang urusan jualbeli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya (ain).

2. Apakah rukun wakaf?

  1. Pewakaf
  2. Harta yang diwakafkan
  3. Penerima wakaf
  4. Penyataan wakaf

3. Apakah jenis wakaf?

Wakaf terbahagi kepada dua jenis iaitu wakaf dzurri (keturunan) dan wakaf khairi (kebajikan), di mana pecahannya terbahagi kepada dua iaitu wakaf am dan wakaf khas.

4. Apa pandangan syariah mengenai wakaf?

Hukum wakaf adalah sunat menurut jumhur ulama’. Wakaf adalah satu amalan yang sangat dituntut dan ia merupakan salah satu sedekah jariah, yang pahalanya besar daripada Allah SWT.

5. Apa fadilat wakaf?

  • Untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT
  • menghapuskan sifat bakhil
  • mendapatkan harta berterusan
  • memberi kebaikan kepada ummah
  • pembangunan / kegunaan anak yatim, orang miskin
  • vii. menjamin harta itu berkekalan dalam kebajikan

6. Apakah yang dimaksudkan dengan wakaf perigi, program anjuran Al-Ameen?

Wakaf perigi membawa maksud seseorang yang mewakafkan tanah kepunyaannya bagi  membina perigi untuk kegunaan tertentu. Program wakaf perigi anjuran Al-Ameen memberi kemudahan kepada orang kampung untuk mendapatkan air bersih untuk kegunaan seharian. Dalam ketetapan Mufti sebaiknya setiap rumah mempunyai perigi masing-masing supaya memudahkan urusan tetapi dalam jangka masa sekarang ini satu buah perigi biasanya dikongsi oleh 2 3 buah rumah di sekitarnya yang mana kadang-kadang 1 buah rumah dihuni oleh 2 atau lebih keluarga.

Search