Anda pelawat ke

Program Korban & Aqiqah 1430H di Kemboja

TAHUN KE 16


bismi
Maksud Firman Allah SWT

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah”
Al-Kauthar : 2

Maksud Hadis Rasulullah SAW

“Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu
ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya),
maka hendaklah ia melakukannya”

Lebih 21,000 peserta sejak tahun 1415H / 1995 Masihi.
Lebih 13,000 ekor ternakan telah selamat  disempurnakan
.
15% Yuran Penyertaan untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja.

muftikerajaankemboja-copy

mufti2

“Saya mewakili umat Islam Kemboja mengucapkan ribuan
terima kasih kepada para peserta yang kasihan akan
umat Islam di Kemboja. Semoga ibadah Korban & Aqiqah
kita diterima oleh Allah SWT”


sign-mufti1


kelebihanprogram
  • Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM225 untuk satu bahagian lembu atau RM450 untuk satu ekor kambing bagi ibadah korban. Manakala untuk ibadah aqiqah pula RM250 untuk satu bahagian lembu atau RM475 untuk satu ekor kambing. Yuran Penyertaan Aqiqah telahpun termasuk kos jamuan Aqiqah.

  • Sijil penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Biasanya pengesahan pelaksanaan akan diperolehi oleh peserta dalam tempoh 14 hingga 30 hari daripada tarikh penyertaan.

  • Korban dan Aqiqah dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah. 

  • Pihak penganjur akan memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja termasuk pembiayaan jamuan berbuka puasa.

Testimoni

Ibadah Korban & Aqiqah di Seluruh Kemboja

ak0150.jpg _dsc0201.jpg

2523 Ternakan Korban & Aqiqah disempurnakan pada 1429H di 430 kampung Islam yang terdapat di Kemboja

Kata-kata Aluan Pengerusi Program : Haji Che Mazlan Saad

cm2“Antara anugerah Allah SWT ialah ketenangan jiwa untuk hamba-hambanya yang dapat menunaikan sesuatu ibadah…

Begitulah juga dengan ibadah Korban & Aqiqah. Program Korban & Aqiqah di Kemboja disusun untuk memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan ibadah ini. Juga ibadah ini dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam yang miskin. Umat Islam di Kemboja dapat merasai secara langsung pengertian ukhwah Islamiah – Persaudaraan Islam di Nusantara Melayu.

Saya amat bersyukur kerana dapat terlibat dalam menyusun perlaksanaan ibadah Korban & Aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja sejak 16 tahun dahulu. Lebih 21 ribu para peserta daripada Malaysia, Singapura, dan Brunei telah menyertai program ini sejak dari tahun 1415H lagi.”

Ikhlas Daripada,

ttcm
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban Eidul Adha
& Aqiqah di Kemboja

Hadiah Percuma Penyertaan

Bagi penyertaan untuk tempoh 1 Jun sehingga 19 Julai 2009 para peserta layak menerima kelebihan berikut :

Kursus

Kursus Percuma : Kursus Kemahiran Cepat Membaca (Sesuai untuk ibu bapa dan guru). Pilih salah satu kursus sahaja:

  • B. Melayu & Inggeris: Cepat Baca & I Can Read
  • Al-Quran & Jawi: Al-Barqy & Bacalah Jawi

Nilai Kursus : RM180

Tarikh : 01 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat : Kulliyyah Architecture, UIA Gombak
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Penyertaan kursus boleh dipindah milik kepada sahabat handai. Setiap tawaran tidak boleh ditukar dalam bentuk wang.

Nilai tambah dalam bentuk hadiah-hadiah ini dapat kami tawarkan kerana Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang aktif dalam dunia penerbitan buku dan pelatihan di Malaysia.

Sertai Sekarang

Sertailah segera ibadah Korban Eidul Adha dan Aqiqah dengan cara yang MUDAH, MURAH & DIYAKINI

Saya berminat untuk menyertai

korbanaqiqah

payment

Waktu Solat
Kuala Lumpur, Malaysia
Jumaat, 3 Julai 2009

Subuh 5:45am
Syuruk 7:08am
Zohor 1:20pm
Asar 4:46pm
Maghrib 7:29pm
Isyak 8:45pm

Lihat Lokasi Lain
Sertai Sekarang!
Saya berminat untuk menyertai

Penyertaan Melalui Pos/Faks :
Borang Penyertaan Korban
Borang Penyertaan Aqiqah
Pengurusan Program
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T) AJL 931362
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak.
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: alameen@tm.net.my

Peta ke Pejabat
Carta Alir Pengurusan
Urus Setia Program
Latarbelakang Syarikat
Surat-surat Sokongan & Kelulusan
Ingin Bertanya?
Ibadah Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Lagi...
Ibadah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Lagi...
Menyambut Cahaya Mata

Baginda s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

Lagi...
Soal Jawab K&A

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir


Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa...

Lagi...

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah...

Lagi...
Testimoni
"Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja yang akan masuk ke tahun 16"
YB Haji Zakaryya Adam, Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Lagi..