Tetamu sejak 2001


MUDAH . MURAH . DIYAKINI

Dapatkan hadiah percuma buku dan kursus... sila lihat tawaran di bawah! Alhamdulillah.. laman web ini tersenarai antara 5 terbaik dalam Anugerah Media Islam 2008 JAKIM

Penerangan Lanjut
Sertai Kami
Penyertaan Online:

Penyertaan melalui Pos / Faks:
Urus Setia di Malaysia

Urusetia Program Korban & Aqiqah di Malaysia

AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T)
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak.
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: alameen@tm.net.my
AJL 931362
Urus Setia di Kemboja

Urusetia Program Korban & Aqiqah di Kemboja

144E Road 5, Krom1,
Phum 2, Chrang Chamreh 1,
Russey Keo, Phnom Penh,
Cambodia.
Tel/ Faks : 855-23-219679
Zakaryyaa Adam Email:
zakaryyaa@yahoo.com
Mufti Cambodia Email: muftiofcam@camshin.com.kh

Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja
1415H - 1427H
Tahun
Bil Ternakan
1415H
17
1416H
150
1417H
288
1418H
263
1419H
451
1420H
561
1421H
736
1422H
685
1423H
886
1424H
1178
1425H
1177
1426H
1381
1427H
1443
1428H
2102

JUMLAH
PENDUDUK
 
Malaysia
26 juta
Kemboja
13 juta
 
PENDUDUK
BANDAR
Malaysia
47%
Kemboja
14%

HAYAT HIDUP 
Malaysia
72 Tahun
Kemboja
53 Tahun
 
PENDAPATAN PURATA
Malaysia
USD 4287
Kemboja
USD 270

MAKANAN / HARI (TENAGA)
Malaysia
2884 Kalori
Kemboja
2021 Kalori
 
KEMATIAN BAYI / 1000 KELAHIRAN
Malaysia
12
Kemboja
110

Dapatkan E-book Korban & Aqiqah Percuma!

Nama

Alamat Email

Telefon Bimbit (pilihan)

Subscribe
Unsubscribe

Program Korban dan Aqiqah di Kemboja 1429H

TAHUN KE 15


Maksud Firman Allah SWT
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah"
Al-Kauthar : 2

Maksud Hadis Rasullullah SAW
"Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu
ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya),
maka hendaklah ia melakukannya"

Lebih 15,000 peserta sejak tahun 1415H / 1995 Masihi.
Lebih 11,000 ekor ternakan telah selamat disempurnakan
.
5% Yuran Penyertaan untuk Majlis Berbuka Puasa Ramadhan ini.
 

Mufti Kerajaan Kemboja


"Saya merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia
khususnya dan para peserta dari seluruh dunia amnya yang telah menyertai
program ini yang telahpun masuk tahun ke 15. Semoga ibadah Korban &
Aqiqah yang akan dilaksanakan diterima oleh Allah S.W.T."



Kelebihan Program Ini
  • Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM225 untuk satu bahagian lembu atau RM450 untuk satu ekor kambing bagi ibadah korban. Manakala untuk ibadah aqiqah pula RM250 untuk satu bahagian lembu atau RM475 untuk satu ekor kambing. Yuran Penyertaan Aqiqah telahpun termasuk kos jamuan Aqiqah.
  • Sijil penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja
  • Korban dan Aqiqah dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.

  • Pihak penganjur akan memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja termasuk pembiayaan jamuan berbuka puasa.


Klik disini untuk melihat foto yang lain

 

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."
Al-Kautsar:


2. Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya."

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat

. Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.

. Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."

. Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w:

"Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban."

. Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat."

- Maklumat lanjut ibadah korban klik disini


Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Menurut istilah hukum syara', aqiqah ialah "penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu."

Menyembelih aqiqah adalah sunat muakkad. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama".

Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu melepaskan bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Imam Syafi'e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama." (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah swt sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail a.s.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

- Maklumat lanjut ibadah Aqiqah klik disini


Ibadah Korban & Aqiqah : Berkat Ramadhan! Dapatkan hadiah-hadiah yang menarik!

Penyertaan yang diterima pada 25 Julai sehingga 20 September (20 Ramadhan 1429H) akan mendapat kelebihan berikut :

 
Pakej 2 buku percuma: Karya Aie . novelis grafik yang tersohor di Malaysia. Novel-novel Grafik: .Saat Jiwa Berbicara.dan .Cerita Dari Dalam.mengukuhkan lagi nama Aie sebagai pelukis grafik nusantara Melayu yang hebat pada zamannya.

Nilai: RM25.80

     
 
Jamuan Berbuka Puasa di Kemboja: 5% daripada yuran penyertaan korban & aqiqah akan disalurkan melalui Institusi Mufti Kemboja bagi jamuan berbuka puasa di Kemboja.

Nilai: Pahala yang tidak terhingga.
     
 
Kursus Percuma: Kursus Kemahiran Cepat Membaca (Sesuai untuk ibu bapa dan guru)Pilih salah satu sahaja:
  • B. Melayu & Inggeris: Cepat Baca & I Can Read
  • Al-Quran & Jawi: Al-Barqy & Bacalah Jawi
  • Tajwid Al-Quran: Tajwid Al-Barqy

Nilai : RM180


Hadiah Tambahan Untuk Penyertaan Segera Sebelum 17 Ogos 2008 (15 Syaaban 1429H)

Di samping hadiah-hadiah di atas Tuan/Puan berpeluang mendapat hadiah tambahan berikut dengan penyertaan yang segera - hanya untuk penyertaan yang diterima dalam tempoh 25 Julai sehingga 17 Ogos 2008:

 
Cabutan Bertuah Ziarah Kemboja: Saksikan sendiri pelaksanaan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja selama 5 hari 4 malam untuk 2 orang.

Nilai pakej: RM3000

Tawaran Untuk Setiap Peserta Korban & Aqiqah:

 
Diskaun 30% buku-buku terbitan Al-Ameen. Dapatkan buku-buku Panduan & Motivasi yang menarik untuk anda dan juga keluarga. Tawaran hanya sah untuk pembelian di pejabat Al-Ameen, semasa kursus Kemahiran Cepat Membaca Ameen dan melalui laman web www.ameenbooks.com.my

Banyak kelebihan yang akan Tuan/Puan perolehi apabila membuat penyertaan awal disamping mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Hantarkan borang penyertaan dengan segera!


Kata-Kata Aluan Pengerusi Program : Haji Che Mazlan Saad

"Antara anugerah Allah SWT ialah ketenangan jiwa untuk hamba-hambanya yang dapat menunaikan sesuatu ibadah...

Begitulah juga dengan ibadah Korban & Aqiqah. Program Korban & Aqiqah di Kemboja disusun untuk memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan ibadah ini. Juga ibadah ini dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam yang miskin. Umat Islam di Kemboja dapat merasai secara langsung pengertian ukhwah Islamiah - Persaudaraan Islam di Nusantara Melayu.

Saya amat bersyukur kerana dapat terlibat dalam menyusun perlaksanaan ibadah Korban & Aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja sejak 15 tahun dahulu. Lebih 15 ribu para peserta daripada Malaysia, Singapura, dan Brunei telah menyertai program ini sejak dari tahun 1415H lagi."

Ikhlas Daripada,


Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban Eidul Adha
& Aqiqah di Kemboja

Sertailah segera ibadah Korban Eidul Adha dan Aqiqah dengan cara yang MUDAH, MURAH & DIYAKINI

Saya berminat untuk menyertai

Kursus Untuk Para Peserta Aqiqah & Korban 1429H

Hadirilah kursus menarik bernilai RM180 yang merupakan hadiah percuma penyertaan ibadah aqiqah & korban.

Kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca : Cepat Baca & I Can Read.
Tarikh : 18 Oktober 2008 (Sabtu)atau 31 Januari 2009 (Sabtu)

Kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca Jawi dan Al-Quran : Bacalah Jawi dan Al-Barqy
Tarikh : 18 Oktober 2008 (Sabtu) atau 31 Januari 2009 (Sabtu)

Kursus Kaedah Cepat Membaca Al-Quran bertajwid : Tajwid Al-Barqy
Tarikh : 18 Oktober 2008 (Sabtu) atau 31 Januari 2009 (Sabtu)

Waktu Kursus: 9.00pg - 5.00ptg
Tempat: Kulliyyah Architecture, UIA, Gombak.

Peserta Korban & Aqiqah hendaklah mengesahkan kehadiran kepada Pn. Zairani A. Hamid. Telefon 03-41434343 atau sms 017-2997262

Pendaftaran: klik sini


Prebiu Kaedah Cepat Membaca Ameen (Cepat Baca, I Can Read, Al-Barqy, dan Bacalah Jawi serta Perancangan Kewangan Tadika)
Tarikh : 23 Ogos 2008 (Sabtu)

Waktu Kursus: 9.00pg - 5.00ptg
Tempat : Pejabat Al-Ameen


Laporan Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1428H.

Sila muat turun Senarai Perlaksanaan K&A 1427H

Laporan Perlaksanaan. Klik sini



Testimoni

"Program Korban & Aqiqah ini banyak membantu umat Islam di Kemboja terutamanya dari sudut hubungan silaturahim, pendidikan, dan keperluan asas kehidupan."
Ustaz Haji Sabri Kasim, Timbalan Gabenor Wilayah Kg Cham

"Saya imam daerah Kg Chhnang mengucapkan terima kasih kepada umat Islam Malaysia kerana tidak lupa kepada kami di Kemboja."
Haji Hashim Haji Yunus, Imam daerah Kg Chhnang

"Program ini memberi kesedaran yang mendalam mengenai perlunya semangat ukhwah sesama Islam. Kita akan terlalai dibuai kesenangan jika tidak mengikuti program seperti ini."
Hj Mokhtar Hj Mohd Zain, Peserta Ziarah Kemboja dari Malaysia

"Saya dan anak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan yang memberikan 2 ekor kambing Aqiqah untuk jamuan perkahwinan anak saya melalui Mufti Kerajaan Kemboja."
Sos Sem Aysah, Chrang Chamres

Testimoni Tambahan

"Membuka mata dan minda akan keadaan rakan/saudara kita di Kemboja. Memberi kesedaran kepada kita yang sentiasa didalam keselesaan. Semoga usaha kita diberkati Allah."
Zaharah Hashim
-
Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1428H

"Sambutan meriah hari raya korban di Kemboja dapat dirasakan yang mana tidak terasa perbezaan merayakannya di tempat orang. Diri saya merasa terpanggil untuk membantu mereka."
En. Abdul Rahim -
Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1428H

"Keinsafan terbit dari hati kami yang mengikuti rombongan ini apabila melihatkan keadaan dan suasana daif penduduk kampung. Walaupun begitu, keceriaan terpancar diwajah mereka atas kedatangan kami."
Khadijah Isa -
Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1428H

 

 
Hari raya Eidhul Adha 1426H
Penduduk kampung melapah daging lembu yang dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk kampung yang lain.

Mencari rezeki di sungai
Tengok sajalah hasil tangkapan yang mereka dapat. Ikan yang ditangkap adakalanya sekali tarik pukat sehingga mencecah 2 tan. Rezeki masing-masing.

Kawasan periuk api
Semasa perang saudara di Kemboja. Masih ada lagi periuk api yang berfungsi

Gotong Royong.
Kaum ibu tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga dengan menanak nasi untuk jamuan masyarakat kampung.



Muka Hadapan | Galeri Foto | Korban | Aqiqah | Menyambut Cahaya Mata | Program Berbuka Puasa 1428H | Soaljawab Korban | Soaljawab Aqiqah
Kemboja | Carta Alir Pengurusan | Peta ke Pejabat Ameen | Latar Belakang Syarikat | Urus Setia Malaysia | Urus Setia Kemboja
Laporan Program | Blog | English Version | www.ameenbooks.com.my

korbanaqiqah.com.my

[ Sebarang pertanyaan sila e-mel: urusetia@korbanaqiqah.com.my pertanyaan anda kepada Urus Setia Program Aqiqah ]

© Hakcipta Terpelihara Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2001
Dibangunkan oleh Ameen Creative & Communication Division


Jumlah pengunjung bermula 15 November 2001