Kelebihan Bersedekah

10 Kelebihan Bersedekah Yang Anda Perlu Tahu

  • Info

Antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Ia patut dilakukan oleh setiap umat Islam kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah.

Amalan ini sangat senang dan boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan anda. Anda tidak perlu bersedekah banyak pada setiap masa jika anda tidak mampu.

Hanya bersedekah mengikut kemampuan anda dan anda boleh menikmati kelebihan yang terdapat pada golongan mulia ini.

Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda tentang kelebihan yang terdapat pada mereka yang bersedekah.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang bermanfaat.

Apa Maksud Sedekah Dalam Islam?

kelebihan bersedekah

Sedekah secara amnya adalah pemberian oleh seseorang kepada orang lain bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Pemberian ini biasanya akan diberi kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti golongan fakir miskin atau juga kepada pembinaan masjid dan tahfiz.

Ini pula adalah antara dalil pensyariatan sedekah dalam Islam yang boleh dilihat dalam Al-Quran:

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Bersedekah adalah amalan yang sangat mulia dan harus dilakukan oleh semua umat Islam.

10 Kelebihan Bersedekah

Di bahagian ini, kami akan terangkan kepada anda 10 kelebihan yang anda boleh menikmati jika bersedekah.

  1. Menghapuskan Dosa 

Kelebihan sedekah yang pertama adalah ia boleh menghapuskan dosa dan kesalahan anda yang lepas. Tetapi anda perlulah bertaubat agar tidak melakukan perkara itu lagi.

Perkara ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”

Hadis Riwayat at-Tirmidzi

  1. Mendapat Pahala

Selain dari menghapuskan dosa anda, bersedekah dengan ikhlas juga akan memberi anda ganjaran pahala. Setiap amalan baik akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Ini boleh dilihat di dalam Al-Quran di mana Allah berfirman:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nisa:114)

  1. Rezeki Akan Bertambah

Rezeki anda juga akan bertambah dengan banyak jika anda bersedekah. Amalan ini akan membuka pintu rezeki ajik kerana anda berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

kelebihan bersedekah
  1. Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Kita juga akan dapat memperkuatkan iman kita dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT jika kita selalu bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Ini kerana kita berkongsi rezeki yang kita memperolehi dan menggunakan kelebihan ini untuk membantu orang lain. 

Ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah kerana Allah menyayangi mereka yang suka menolong antara satu sama lain.

  1. Dapat Memadamkan Kepanasan Alam Kubur

Kelebihan bersedekah seterusnya adalah dapat memadamkan kepanasan alam kubur melalui amalan mulia ini.

Ramai tidak tahu tentang kelebihan ini yang anda boleh menikmati jika anda bersedekah.

Ia boleh dilihat di dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

Hadis Riwayat at-Thabrani

  1. Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat

Salah satu perkara yang kita mesti melakukan semasa bersedekah adalah kita mesti mempunyai niat yang ikhlas dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Ini boleh memberi anda ganjaran di hari akhirat di mana Allah akan memberi naungan kepada anda. Ini boleh dilihat di dalam sebuah hadis:

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

Hadis Riwayat Bukhari

  1. Umur Dipanjangkan

Selain itu, amalan ini juga boleh memanjangkan umur anda. Kelebihan ini menunjukkan keindahan dan kebaikan yang anda akan dapat jika anda selalu bersedekah. 

Perkara ini boleh dilihat di dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”

Hadis Riwayat Thabrani

  1. Menjauhkan Diri Dari Sifat Kedekut

Amalan bersedekah juga boleh menjauhkan diri anda dari mempunyai sifat kedekut. Ini kerana amalan ini mengajar anda untuk selalu berkongsi rezeki anda.

Bersedekah bukan sahaja dilakukan dengan duit sahaja, daging korban juga boleh disedekahkan kepada golongan fakir miskin.

Ibadah korban mengajar kita untuk selalu berterima kasih dan bersyukur tentang kehidupan kita. 

Dengan bersedekah, kita belajar untuk tidak kedekut dan selalu menolong mereka yang memerlukan bantuan.

kelebihan bersedekah
  1. Memberi Ketenangan Kepada Hati Anda

Melalui bersedekah, kita juga akan berasa tenang dan bahagia kerana kita dapat membantu mereka yang memerlukan.

Ini juga boleh memberi kebahagiaan kepada kita dan boleh mencuci hati kita. Kita tahu bahawa jika kita bersedekah, duit itu akan digunakan untuk tujuan yang bagus dan bermanfaat.

Oleh itu, kita akan berasa tenang dan berpuas hati kerana dapat menggukanan harta kita ke jalan yang benar.

  1. Lindungi Kita Dari Bahaya

Kelebihan bersedekah yang terakhir dalam artikel ini adalah amalan bersedekah mampu melindungi kita dari kejahatan dan musibah.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.”

Amalan ini boleh menjadi penolak bala untuk kita dan boleh membantu kita hidup dalam keadaan yang selesa dan tenang.

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan bersedekah yang kita boleh menikmati jika sering melakukan amalan mulia ini.

P.S Sekiranya anda berminat untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ 

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search