Bulan Zulhijjah

8 Refleksi Diri Tentang Ibadah Pada Bulan Zulhijjah

  • Info

Pada bulan Zulhijjah ini marilah kita sama-sama membuat refleksi dalam setiap perlakuan yang boleh dijadikan ibadah. Hal ini kerana ibadah di bulan Zulhijjah adalah antara yang afdhal.

Berikut adalah beberapa amalan dan refleksi diri yang kita boleh amalkan di dalam bulan yang mulia ini.

Teruskan membaca.

Ibadah Yang Dianjurkan Pada Bulan Zulhijjah

Banyak amalan yang kita boleh lakukan semasa bulan Zulhijjah ini.

Tahukah anda, beramal ibadah pada 10 hari terawal Zulhijjah, amat besar ganjaran pahalanya.

Berikut merupakan amal ibadah yang boleh kita amalkan pada bulan ini:

1. Zikir

Islamic Prayer Beads, Made of Yussuri Stone tasbih, misbaha 33 ...

Zikir seperti Subhanallah, La ilaha Illallah, Allahu Akbar dan Alhamdulillah antara zikir yang kita boleh amalkan pada bila-bila masa pun.

Allah SWT berfirman:

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama ALLAH, pada hari-hari yang tertentu..” (Surah al-Hajj, ayat 28)

Ibn Abbas RA serta majoriti ulama mentafsirkan ‘hari-hari tertentu’ yang disebut dalam hadis ialah 10 hari awal Zulhijjah.

2. Berpuasa

Bagi mereka yang tidak menunaikan Haji, berpuasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah amat digalakkan untuk semua umat Islam.

Hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah merupakan hari yang terbaik untuk berpuasa.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Tiada hari yang lebih banyak ALLAH membebaskan hambanya lebih daripada hari Arafah.” (Riwayat Muslim).

Nabi Muhammad SAW ditanya mengenai kelebihan berpuasa pada hari Arafah dan jawapan baginda SAW, menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Menjauhi maksiat

Bertaubatlah pada bulan ini kerana inilah masa yang terbaik.

Pada hari agung di sisi Allah SWT, kita tidak seharusnya bersuka ria sehingga melampaui batas.

Dengan bersungguh-sungguh, bertaubatlah. Kita perlu sedar hidup di dunia ini hanya sementara.

Jangan kita lalai dengan keseronokan dunia sehingga melupakan akhirat.

4. Berkorban

What Vitamins & Minerals Do Baby Boer Goats Need? | Animals - mom.com

Hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad dan amalan ini dituntut bagi umat Islam.

Firman Allah SWT: “Sesiapa yang membesarkan syiar ALLAH (berkorban), maka ia adalah dari tanda ketakwaan hati.” (Surah al-Hajj, ayat 32)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat al-Tirmidzi, Abu Daud; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan)

Ibadah Sampingan Yang Tak Boleh Diabaikan

Menjelang Hari Raya Aidil Adha yang akan tiba, terdapat beberapa ibadah yang kita perlu tahu.

Berikut merupakan ibadah sampingan:

Prihatin Kepada Haiwan

People For Cats - June 28, 2019 | Columns | capenews.net

Selain manusia, kita juga berkongsi dunia ini dengan kehidupan yang lain seperti binatang.

Daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

“Seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang ia kurung hingga mati kelaparan. Maka dia masuk neraka kerananya. Engkau tidak memberinya makan dan tidak pula engkau beri minum ketika engkau mengurungnya dan tidak pula engkau membiarkannya agar dia makan binatang-binatang tanah.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah Islam amat menitikberatkan perilaku manusia terhadap binatang.

Janganlah sesekali melakukan kekejaman terhadap binatang-binatang. Tidak kira apa pun jenis binatang tersebut.

Rasullullah pernah ditanya sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah terhadap haiwan-haiwan ada pahala bagi kami?” 

Baginda bersabda, “Pada setiap makhluk hidup mendapat pahala.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berbuat Baik Sesama Insan

Islam tidak menghadkan umatnya untuk berbuat baik sesama umatnya sahaja.

Kita juga harus berbuat baik dengan semua orang tidak mengira kaum, budaya dan agama.

Firman Allah SWT:

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Oleh itu, marilah kita berbuat baik sesama kita. Sesungguhnya, Allah menyukai sangat menyukai perbuatan manusia yang adil dan baik sesama sendiri.

Memberi Manfaat Kepada Semua Makhluk

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita digalakkan supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain kerana perbuatan ini juga mampu memberi manfaat kepada orang di sekeliling. 

Memberi manfaat kepada orang tidak hanya datang dalam bentuk harta dan barangan sahaja.

 Ia mempunyai maksud yang sangat luas dan boleh jadi melalui bentuk ilmu, kasih sayang dan sebagainya. 

Perbanyakkan Sedekah

Sedekah merupakan ibadah yang mulia dan perbuatan ini ikhlas sebagai bukti taat kepada Allah SWT. 

Selain memberi wang, sedekah boleh dilakukan dalam bentuk pertolongan, ilmu, senyuman dan sebagainya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kesimpulannya, sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan datang ini, marilah kita meningkatkan amal ibadah.

Lakukan amalan sedekah kerana ramai orang yang berada dalam keadaan yang susah.

Jika berkemampuan, anda boleh melakukan ibadah korban. Insya-Allah, ganjaran pahalnya sangat besar.

Hari Raya Korban dah semakin dekat. Sudahkah anda mendaftar untuk ibadah korban?

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian.

Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui Whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com.

Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala seekor kambing pula ialah RM580. Syarikat mereka juga diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau ialah Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh melakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut.

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350/ 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Search