Puasa

Berkat Ramadhan 1438H

Berkat Ramadan 1438H!
Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja

Assalamualaikum wrt wbt,

Tuan / Puan,

Alhamdulillah dalam tempoh 24 tahun program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja lebih 81,034 penyertaan telah diterima. Dan sememangnya program ini disusun agar ibadah ini mudah disertai dan disempurnakan. Yuran penyertaan agak murah, RM350 untuk 1 bahagian lembu Korban, RM375 untuk 1 bahagian lembu Aqiqah manakala RM580 untuk 1 ekor kambing Korban dan RM595 untuk 1 ekor kambing Aqiqah.

Keberkesanan program ini diyakini dengan penglibatan secara langsung Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Mufti Kerajaan Kemboja. Setiap peserta insya Allah akan menerima sijil pengesahan pelaksanaan masing-masing yang disahkan oleh pengerusi program dan juga Mufti Kerajaan Kemboja.

Sertailah program ini dan Tuan / Puan berpeluang untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan!

Penyertaan awal yang diterima sebelum 15 Jun 2017 /
20 Ramadan 1438H akan mendapat kelebihan berikut:

Jamuan Berbuka Puasa: Dapatkan keberkatan Ramadan ini. Sebahagian daripada yuran penyertaan ibadah Korban & Aqiqah akan diperuntukkan untuk jamuan berbuka puasa di Kemboja dan Pattani.

buka puasa

Kursus Percuma: Kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca Ameen. Nilai RM180.00. Sesuai untuk ibu bapa dan guru. Hadiah ini boleh dipindahmilik.

Diskaun pembelian buku sebanyak 30% apabila membuat pembelian di Pejabat atau di mana-mana Jualan Pameran anjuran Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

Hadiah Tambahan! Rebut peluang untuk menziarahi Kemboja apabila Tuan / Puan menghantar penyertaan sebelum 27 Mei 2017 / 1 Ramadan 1438H

Majalah Percuma :Dapatkan majalah Prasekolah Awal edisi 1 apabila Tuan/Puan menghantar penyertaan sebelum tarikh 27 Mei 2017 / 1 Ramadhan 1438H

Cabutan Bertuah: Ziarah Islami Ke Kemboja 5 hari 4 malam untuk 2 orang. Nilai: RM3000. Ikutilah rombongan para peserta untuk menyaksikan sendiri pelaksanaan ibadah Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja.

kemboja

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi urus setia di talian 03-4143 4343 atau WhatsApp ke talian 011-2384 8480.

Banyak kelebihan yang akan Tuan / Puan perolehi apabila membuat penyertaan awal di samping mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Tarikh tutup penyertaan Korban Eidul Adha di Kemboja ialah pada 4 September 2017. Hantarkan borang penyertaan segera!

Sekian, terima kasih.

Wassalam

Yang Benar,

sugnature
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja

P/S: Sampaikan borang penyertaan kepada sahabat handai sekiranya Tuan/Puan sudah menyertai. Mereka juga berpeluang untuk mendapat hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Search