Mampu Ibadah

Maksud Mampu Dalam Pelaksanaan Ibadah Haji

  • Info

Ramai yang beranggap bahawa maksud ‘mampu’ dalam pelaksanaan ibadah haji cumalah dari segi kewangan. Tetapi, ternyata itu tidak benar kerana dengan penularan wabak COVID-19, ramai mula menyedari maksud mampu itu meluas.

Mari fahami maksud sebenar mampu dalam pelaksanaan ibadah haji supaya kita mendapat haji mabrur.

Maksud Mampu Dalam Ibadah Haji

Firman Allah SWT

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya.” (Surah ali-Imran: 97)

Ayat ini menjelaskan bahawa ibadah haji ini hanya wajib kepada orang yang mampu dan berupaya.

Kita boleh menunaikannya dengan sendiri ataupun dengan pertolongan orang lain.

Menurut Hadith daripada Umar RA, seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا يُوجِبُ الْحَجَّ قَالَ: الزَّادُ وَالرَّاحِلَةُ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Apakah antara sebab yang mewajibkan haji? Baginda bersabda: Ada bekalan dan kenderaan.” Riwayat al-Tirmizi (813) Ibn Majah (2896)

Selain mampu dari segi kewangan, berkemampuan juga boleh terdiri dalam pelbagai bentuk.

Maksud berkemampuan ialah:

  • Mampu menanggung segala perbelanjaan dan nafkah dalam tanggungan 
  • yang ditinggalkan.
  • Sihat tubuh badan
  • Mempunyai kenderaan yang baik untuk tujuan pergi dan balik.
  • Aman perjalanan bagi diri dan harta daripada musuh dan wabak penyakit.
  • Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah. (Rujuk al-Idhah fi Manasik al-Haj, 1/96, al-Fiqh al-Manhaji, 2/123)

Dua Pandangan Mazhab Tentang Maksud Mampu

Terdapat dua pandangan mazhab yang mengenai maksud ‘mampu’ dari segi kesihatan untuk menunaikan ibadah Haji.

Mazhab Syafi’e

Menurut mazhab ini, keuzuran menggugurkan haji walaupun hanya sedikit sahaja.

Mazhab Maliki

Di sisi mazhab Maliki pula ia tidak anggap keuzuran kecuali diambil berulang kali.

Jenis-jenis Kemampuan

mampu ibadah

Terdapat dua jenis kemampuan yang anda perlu tahu sebelum menunaikan ibadah Haji. 

  • Kemampuan secara langsung 

Sekiranya anda masih berupaya, mempunyai badan yang sihat, anda dikira mampu untuk beribadah. 

Hal ini kerana anda akan menempuh perjalanan yang mencabar dan melakukan kerja-kerja ibadah.

  • Kemampuan secara tidak langsung

Seorang mukallaf yang berharta boleh mengupah orang lain untuk mengerjakan haji bagi pihaknya sama ada semasa dia masih hidup atau selepas meninggal dunia.

Ini boleh terjadi sekiranya dia tidak berupaya disebabkan faktor-faktor seperti uzur, berpenyakit dan sebagainya.

Ciri-ciri Kemampuan

Di sini, diterangkan ciri-ciri kemampuan untuk rujukan anda sekiranya berniat untuk menunaikan Haji.

  • Harta yang mencukupi untuk mengerjakan Haji. Pastikan anda mampu untuk menanggung kos pengangkutan, perbelanjaan pergi dan balik, upah pemandu haji dan sebagainya.
  • Sihat tubuh badan dan tidak menghidap penyakit kronok
  • Bagi wanita, hendaklah bersama mahramnya atau wanita yang thiqah.

Wanita Dan Kemampuan Wanita Untuk Mengerjakan Haji

Bagi wanita, terdapat beberapa perkara mustahak yang harus diketahui sebelum menunaikan ibadah Haji. 

Persoalan mengenai mahram dan juga haid akan dijelaskan di bawah.

Wanita Dan Mahram Sebelum Menunaikan Haji

Soal mahram ini merupakan antara perkara yang perlu dititikberatkan.

Menurut Imam An Nawawi Rahimahullah, para ulama’ berijma’ (sepakat) bahawa seorang wanita dinilai wajib menunaikan haji dalam Islam jika ia telah berkemampuan.

Hal ini berdasarkan keumuman firman Allah SWT:

“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah” [TMQ Ali Imran (3): 97].

Terdapat dalil khusus dalam permasalahan Haji mengenai persoalan sama ada wanita diwajibkan adanya mahram atau tidak.

“Janganlah seorang wanita melakukan safar kecuali bersama mahramnya, dan janganlah seseorang lelaki masuk menemui seorang wanita kecuali ketika wanita itu ada bersama mahramnya.” Maka seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, saya ingin keluar dalam pasukan begini dan begini (berperang di jalan Allah) sementara isteriku mahu menunaikan Haji.” Maka Nabi SAW pun menjawab: “Keluar, temanilah isteri kamu!”

Maka di sini boleh dikatakan mahram ialah syarat “mampu” atau tidak bagi seorang wanita.

Wanita dan Haid

Untuk pengetahuan anda, haid tidak menghalang wanita untuk mengerjakan semua rukun dan kewajipan Haji kecuali tawaf di Baitullah.

Namun, terdapat beberapa perkara dalam ibadah yang perlu diberikan perhatian.

Pertama, jika seseorang wanita didatangi haid ketika mengerjakan Haji Tamattu’ iaitu sebelum berniat ihram, maka hendaklah berniat ihram seperti biasa.

Sunat-sunat ihram seperti mandi dan lain-lain kecuali solat sunat ihram boleh dilakukan

Dia hendaklah berniat ihram haji dan jadilah hajinya Haji Qiran . Dia diwajibkan dam Qiran jika haid berterusan sehingga tiba waktu wukuf.

Bagi wanita yang mengerjakan Haji Ifrad/ Haji Qiran, semua amalan haji perlu dilakukan kecuali tawaf yang hanya dilakukan selepas bersuci.

Seseorang wanita harus mesti menunda tarikh keberangkatan sekiranya haidnya berterusan hingga tiba waktu berangkat keluar dari Mekah.

Itu antara pengetahuan yang seseorang wanita perlu tahu mengenai ibadah Haji.

Haid tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak sempurna ibadah haji kerana ia tidak menghalang wanita untuk menunaikan semua rukun wajib kecuali tawaf di Baitullah.

Kesimpulannya, untuk menunaikan ibadah Haji, anda perlu membuat persiapan dari segi kesihatan, kewangan, dan sebagainya.

Sekiranya, anda berkemampuan, maka kita digalakkan untuk menunaikan ibadah Haji.

++++++++++++++

Bagi yang berminat untuk melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba, Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

korban aqiqah

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Search