Mosque Night Ramadan 1200×600 1

Panduan Lengkap Solat Tahajjud Untuk Anda Laksanakan Di Rumah

Sebagai orang Islam, kita sering digalakkan untuk melakukan perkara sunat. Salah satu amalan mulia yang boleh dilakukan adalah solat tahajjud.

Ia adalah amalan yang sangat mudah untuk dilakukan namun masih ramai tidak tahu cara yang betul untuk solat sunat malam ini.

Di dalam artikel ini, kami akan memberi anda panduan lengkap solat tahajjud dan juga kelebihan yang anda akan menikmati jika melakukan amalan ini.

Manfaat Solat Tahajjud

Sebelum anda belajar cara untuk solat tahajjud dengan lengkap, kami akan menceritakan beberapa manfaat yang anda boleh dapat melalui solat sunat ini.

1. Menjadi Penolong Di Akhirat

Pada hari akhirat nanti, mereka yang sering melakukan solat sunat ini akan mendapat keringanan jika mereka dihisab di akhirat nanti.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa mengerjakan solat tahajud dengan sebaik-baiknya dan dengan tata tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan: 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat,”

2. Penghapus Dosa Dan Penyakit

Dosa anda juga akan dihapuskan oleh Allah SWT jika anda melakukan solat sunat tahajjud kerana ia merupakan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu, solat sunat ini juga boleh melindungi diri anda dari mendapat penyakit dan ini boleh dilihat di dalam Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a. iaitu:

“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”

3. Darjat Diangkat Oleh Allah SWT

Jika anda selalu rajin menjalankan amalan mulia ini, darjat anda akan diangkat oleh Allah SWT. Ia lebih afdhal untuk anda melalukan solat solat ini pada waktu sepertiga malam.

Ini boleh dilihat di dalam ayat Al-Quran iaitu dari Surah al-Isra’ 17: 79 di bawah:

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji “

Cara-cara Solat Tahajjud

Di bahagian kami akan memberi anda panduan solat sunat tahajjud yang lengkap yang anda boleh mengguna dalam kehidupan anda.

Sebelum itu, ini adalah syarat solat sunat tahajjud yang anda perlu ikut supaya solat sunat anda sah:

  • Dilakukan pada ⅔ malam iaitu selepas 12 jam malam
  • Anda perlu tidur seketika sebelum anda boleh solat
  • Tiada had maksimum rakaat tetapi dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat

A. Niat Solat

Maksudnya:

“ Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala”

B. Rakaat Pertama

Selepas anda membaca surah Al-Fatihah, ia akan diikuti dengan surah Al-Kafirun. Surah tersebut boleh dibaca di bawah:

Maksudnya:

“ Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku. “

C. Rakaat Kedua

Seperti biasa, baca surah Al-Fatihah dahulu dan kemudian membaca surah Al-Ikhlas:

Maksudnya:

“Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

D. Doa Selepas Solat

Selepas anda selesai solat, anda boleh baca doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW apabila baginda selesai solat sunat ini.

Maksudnya:

“ Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.”

Kesimpulannya, solat sunat tahajjud merupakan satu amalan sunat yang sangat mulia dan harus dilakukan oleh semua umat Islam.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami