Sejarah Ibadah Korban

Sejarah Ibadah Korban Yang Pertama

  • Info

Perayaan Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji berkaitan dengan ibadah korban dan Haji dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia.

Jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban sedikit berbeza dengan sunnah yang dilakukan pada hari perayaan.

Untuk mengetahui mengapa, mari cuba menyusuri sejarah ibadah korban pertama di dunia.

Sejarah Ibadah Haji dan Korban

Hari Raya korban akan tiba tidak lama lagi. Adakah anda mengetahui sejarah Ibadah Haji dan Korban?

Anda pasti pernah dengar sejarah kisah Nabi Ibrahim dan anak sulungnya Nabi Ismail.

Di sini, kami akan kongsikan mengapa sebab adanya Hari Raya Korban dan peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa dahulu.

Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

Anda pasti pernah dengar sejarah kisah Nabi Ibrahim dan anak sulungnya Nabi Ismail.

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim melalui mimpi untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Perintah Allah ini telah dipersetujui oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Pengorbanan Nabi Ibrahim ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar kerana Nabi Ibrahim telah tunggu dalam masa yang lama untuk mempunyai seorang anak.

Nabi Ibrahim Tidak Mempunyai Anak Sehingga Berusia 86 Tahun.

Selain daripada menghadapi ujian semasa berdakwah, Nabi Ibrahim juga menghadapi lain daripada Allah.

Seperti yang telah diceritakan tadi, sehingga umur Nabi Ibrahim 86 tahun, tiada cahaya mata dikurniakan kepadanya.

Doa Nabi Ibrahim

Namun Nabi Ibrahim masih terus berusaha dan tidak putus-putus berdoa kepada Allah.

“Ya Tuhanku, Engkau anugerahkanlah kepada aku (seorang anak) yang tergolong daripada orang-orang soleh,” (Ash-Shafaat [37]:100) 

Doa Nabi Ibrahim telah didengar dan dimakbulkan oleh Allah.

Allah memberi ganjaran seorang anak yang sangat penyabar kepadanya.

Sarah Memberi Izin Kepada Nabi Ibrahim Untuk Mengahwini Siti Hajar

Sarah, isteri Nabi Ibrahim sebelum Hajar, tidak dikurniakan seorang anak sebelum kelahiran Nabi Ismail.

Sarah telah meminta Nabi Ibrahim untuk berkahwin dengan Siti Hajar iaitu seorang puteri Raja Mesir.

Lahirnya Putera Pertama Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim mendapat berita gembira diturunkan dari langit bahawa Hajar telah mengandungkan seorang putera.

Ismail merupakan nama yang telah dipilih untuk putera pertama Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim berusia 86 tahun semasa Nabi Ismail dilahirkan mengikut kenyataan ahli-ahli sejarah.

Pengorbanan Sarah sebagai isteri juga telah mendapat kurniaan seorang anak daripada Allah.

Nabi Ishak dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berusia 100 tahun.

Siti Hajar dan Ismail Ditinggalkan di Mekah

Nabi Ibrahim membawa Ismail dan Siti Hajar ke Mekah. Pada masa itu, Mekah tidak ada penduduk dan tidak ada setitis air pun.

Hajar dan Ismail telah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan dibekalkan dengan botol yang mengandungi air serta beg kecil yang mengandungi kurma.

Hajar keliru dengan tindakan Nabi Ibrahim lalu bertanya berkali-kali namun tidak mendapat sebarang jawapan.

Kemudian Nabi Ibrahim ditanya “Adakah Allah yang memerintahkanmu untuk melakukan perkara ini?”.

Hati Hajar berasa lega setelah Nabi Ibrahim menjawab “Ya” dan yakin bahawa pasti ada sebab Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk berbuat demikian.

Nabi Ibrahim kemudian pergi ke suatu tempat yang jauh bernama Tsamiyah.

Nabi Ibrahim menadah tangan sambal wajahnya menghadap ke Baitullah lalu berdoa:

“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah meninggalkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah yang langsung tidak mempunyai tanaman, berdekatan dengan rumahMu (Baitullah) yang terhormat, agar mereka mendirikan solat. Maka, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia manusia supaya cenderung kepada mereka dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”. (Ibrahim [14]:37)

Siti Hajar Mencari Sumber Air (Safa dan Marwah)

Setelah beberapa ketika, air yang ditinggalkan kepada Siti Hajar oleh Nabi Ibrahim telah habis.

Siti Hajar terpaksa meninggalkan Ismail seketika untuk mencari sumber air.

Kemudian, Siti Hajar berlari ke bukit yang paling dekat dengannya iaitu Bukit Safa untuk mencari jika ada orang di sana.

Namun, tidak terdapat seorang pun yang Siti Hajar dapat lihat daripada bukit tersebut.

Kemudian, Siti Hajar cuba sekali lagi dengan berlari ke Bukit Marwah untuk mencari jika ada orang di sana.

Perbuatan itu telah dilakukan oleh Siti Hajar sebanyak 7 kali. Beliau terdengar satu suara semasa kali terakhir mendekati Bukit Marwah.  

Siti Hajar berkata “Engkau telah memperdengarkan. Adakah Engkau dapat menolong?”.

Terdapat Malaikat berdekatan dengan sumber air zam-zam, lalu menggalikan tanah menggunakan tumitnya (terdapat riwayat lain mengatakan dengan sayapnya sehingga terkeluar air.

Dengan kadar segera, Siti Hajar menghulurkan tangan dan mengambil air tersebut untuk dimasukkan ke dalam bekas.

Hajar minum air zam-zam tersebut lalu menyusui Ismail. Siti Hajar menjaga Ismail dengan baik dan membesar dengan sihat.

Sejarah Ibadah Korban Pada Aidiladha

Nabi Ibrahim suka melakukan korban haiwan ternakan dengan banyak iaitu 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta.

Perbuatannya ini dikagumi oleh para malaikat.

Nabi Ibrahim juga pernah berkata sebelum kelahiran Nabi Ismail:

“Semua yang menjadi qurbanku itu belumlah menjadi apa-apa bagiku. Demi Allah, kalau aku mempunyai anak lelaki, tentu aku akan persembahkan juga di jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah SWT”

Namun, setelah Nabi Ismail dilahirkan, Nabi Ibrahim terlupa akan nazarnya itu. 

Nabi Ibrahim Bermimpi Penyembelihan Ismail

Perintah Allah untuk mengorbankan puteranya Ismail, datang dalam mimpi.

Pada 8 Zulhijjah (malam tarwiyah), satu perintah dalam mimpi Nabi Ibrahim berkata “Wahai Ibrahim tunaikanlah nazarmu”.

Nabi Ibrahim tidak pasti sama ada ini adalah perintah Allah atau mimpi dari syaitan. 

Disebabkan ini, ia dinamakan ‘tarwiyah’ yang bermaksud ‘fikir’ dalam bahasa Arab.

Pada hari keesokannya (9 Zulhijjah) dan juga hari ketiga (10 Zulhijjah), Nabi Ibrahim mempunyai mimpi yang sama. 

9 Zulhijjah digelar ‘Arafah’ yang bermaksud ‘pasti’ kerana Nabi Ibrahim pasti bahawa mimpi tersebut datang daripada Allah.

10 Zulhijjah digelar ‘Nahrun’ yang bermaksud ‘sembelih’ kerana Nabi Ibrahim yakin bahawa Allah memerintahkan baginda untuk melakukan penyembelihan.

Nabi Ibrahim Akur Dan Melakukan Pengorbanan Terbesar

Kemudian, Nabi Ibrahim memberitahu perintah Allah kepada Nabi Ismail. 

Nabi Ismail yang berusia 7 tahun (ada ulama mengatakan 13 tahun) bersetuju.

Hasutan Iblis

Nabi Ibrahim dihasut oleh Iblis untuk tidak melakukan sembelihan namun tidak dipedulikan oleh Nabi Ibrahim.

Iblis cuba untuk menghasut Siti Hajar pula namun gagal kerana dia mendapat tahu bahawa itu adalah perintah Allah.

Selepas itu, Nabi Ismail pula cuba dihasut oleh Iblis.

Ismail dan Hajar melontarkan Batu Pada Iblis

Pada ketika itulah Nabi Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar melontar batu dan mencederakan mata iblis yang kemudiannya berlalu pergi.

Selepas itu, Nabi Ibrahim cuba untuk melakukan sembelihan terhadap Nabi Ismail namun gagal setelah beberapa percubaan.

Leher Ismail tidak sedikit pun terluka dengan izin Allah.

Allah SWT kemudian berfirman:

“Dan Kami (Allah) menyeru: Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau membenarkan mimpi itu dan sesungguhnya Kami membalas orang yang berbuat baik”

Kemudian malaikat Jibril muncul bersama seekor kibas sebagai pengganti.

Firman Allah:

“Dan Kami tebus anaknya dengan seekor binatang sembelihan yang besar”. (As Shaffaat:37:107)

Begitulah serba sedikit tentang sejarah ibadah korban yang kita perlu ingati.

Hari Raya Korban dah semakin dekat. Sudahkan anda mendaftar untuk ibadah korban?

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui Whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala seekor kambing pula ialah RM580. Syarikat mereka juga diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau ialah Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh melakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut.

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350/ 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Search