Pkpp

SOP Majlis Keramaian PKPP Untuk Majlis Aqiqah

Walaupun Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), telah banyak aktiviti sosial dibenarkan. Termasuklah majlis aqiqah.

Oleh itu, satu garis panduan telah dikeluarkan bagi penganjuran majlis sosial seperti ini. 

Antara majlis lain yang menggunakan SOP sama adalah majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, doa selamat, tahlil dan lain-lain.

Artikel ini ada SOP lengkapnya, mari mulakan.

Proses Menyambut Tetamu Semasa Majlis Aqiqah PKPP

1. Pintu Masuk dan Keluar

Untuk tujuan menyambut tetamu, penganjur mestilah menetapkan dan menandakan secara jelas laluan keluar dan masuk tetamu.

Ini penting bagi majlis seperti Aqiqah di PKPP yang berlaku di tempat terbuka seperti dalam suasana kampung atau rumah persendirian.

Di pintu masuk, kaunter saringan hendaklah diwujudkan untuk memastikan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan, dan saringan simptom COVID-19.

2. Kaunter Pendaftaran

Hand sanitizer perlu berada di kaunter. Ini supaya tetamu membersihkan tangan mereka sebelum masuk majlis. 

Di sini juga penting untuk petugas untuk tidak membenarkan sesiapa yang suhu badannya melebihi 37.5 Celsius untuk masuk ke dalam majlis.

3. Penjarakan Sosial

Seperti biasa, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1-meter mesti dipatuhi. Ini penting bagi para tetamu yang menunggu giliran mereka di kaunter saringan.

4. Topeng Muka

Bagi penganjur,para tetamu dan petugas, ia digalakkan untuk memakai topeng muka.

Ini supaya dapat mengurangkan risiko wabak COVIS-19 di majlis seperti Aqiqah di PKPP.

5. Ruang Kawasan Majlis

Kehadiran tetamu hendaklah tidak melebihi 250 orang atau kurang, tertakluk kepada saiz keluasan ruang kawasan majls dan penjarakan sosial.

Pendaftaran Tetamu Untuk Majlis Aqiqah PKPP

A group of people in a room

Description automatically generated

1.Pendaftaran Manual

Berikut adalah SOP mengenai pendaftaran para tetamu:

Semua penganjur majlis mesti mendaftarkan tetamu untuk simpanan dan rekod sekiranya berlaku kes jangkitan.

Rakyat Malaysia digalakkan menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera atau aplikasi lain yang bersesuaian.

2. Pendaftaran MySejahtera

Berikut adalah cara daftar MySejahtera dan tebus kredit RM50.

  1. Ada boleh ke laman sesawang MySejahtera di sini, atau muat turun aplikasi Mysejahtera terus ke dalam telefon pintar. 
  • Klik di sini untuk aplikasi Android (Google Play)
  • Klik di sini untuk Apple iPhone (App Store)
  • Klik di sini untuk Huawei (AppGallery)
  1. Klik pada Daftar Di sini
  2. Anda boleh mendaftar dengan nombor telefon ataupun dengan email anda
  3. Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
  4. Atau klik pada pautan pengesahan melalui email
  5. Selepas itu anda akan dibawa ke paparan untuk mendaftarkan maklumat anda dengan MySejahtera.
  6. Di sini anda perlu memasukkan atau mengemaskini maklumat berikut: 
  • Nama Pengguna
  • Nama Penuh
  • Nombor Telefon
  • Nombor Kad Pengenalan atau Passport
  • Umur
  • Jantina
  • Bangsa
  • Alamat Semasa
  1. Kemudian anda akan dibawa ke paparan seterusnya.
  2. Tetapkan Kata Laluan
  3. Tekan butang “Sahkan”
  4. Pendaftaran anda ke dalam MySejahtera telah berjaya
  5. Anda akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah idpengguna@gmail.com. Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya”
  1. Tekan “Tutup”
  2. Kini anda boleh log in semula ke aplikasi MySejahtera.
A close up of text on a white surface

Description automatically generated

3. Kehadiran Kanak-Kanak

Kehadiran tetamu dari kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan untuk majlis seperti aqiqah di PKPP.

Ruang Majlis Untuk Majlis Akikah PKPP

1. Pembersihan dan Desinfeksi

Proses pembersihan dan disinfeksi perlu dilakukan mengikut garis panduan KKM sebelum dan selepas majlis di seluruh kawasan luar dan dalam dewan.

Ia juga termasuk kerusi dan meja tetamu, meja hadiah (doorgift table), alatan catering, pelamin pengantin, tandas dan tempat atau barang yang kerap disentuh.

2. Pengudaraan Kawasan Majlis

Para penganjur juga mesti memastikan tempat penganjuran majlis mempunyai pengudaraan yang baik.

3. Penjarakan Meja

Meja mestilah disusun dengan jarak 2 meter antara satu meja dengan meja lain.

Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter bagi kerusi di meja.

4. Hidangan Makanan

Sebarang penyediaan makanan adalah sama ada secara hidang (served), dome setting atau buffet yang disediakan oleh pramusaji yang ditetapkan oleh penganjur. 

Para petugas akan mencedok makanan ke pinggan tetamu atau secara pack food.

5. Petugas di Ruang Majlis

Para petugas mestilah memakai penutup muka semasa menghidangkan makanan untuk mengelakkan sebarang risiko.

Berikut adalah beberapa syarat untuk perlaksanaan majlis.

Waktu Operasi Majlis: Tertakluk kepada penganjuran (Tempoh 3-5 jam)

Waktu Kehadiran Tetamu: Tertakluk kepada penganjuran

Kapasiti Tetamu: Maksimum 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang dan penjarakan sosial. 

Aktiviti Dan Protokol Dalam Penganjuran Majlis Aqiqah Semasa PKPP

A group of people standing in front of a crowd

Description automatically generated

1. Sesi Fotografi

Sesi fotografi boleh diadakan tetapi perlu mematuhi penjarakan sosial pada satu-satu masa.

Ia dikendalikan oleh individu yang ditetapkan oleh penganjur/pengantin/pengurusan dewan.

Seorang petugas juga diperlukan untuk mengawal aliran semasa sesi fotografi.

2. Proses Ketibaan Tetamu

Para tetamu wajib mengikut arahan penganjur di kaunter saringan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini untuk berlaku. 

Para tetamu perlu menggunakan hand sanitizer untuk membersihkan tangan. 

Digalakkan memakai penutup muka manakala perjarakan sosial sekurang-kurangnya 1-meter juga perlu dipatuhi.

3. Pendaftaran Tetamu

Semua tetamu mesti mendaftarkan nama, nombor telefon dan masa kehadiran seperti yang ditetapkan oleh penganjur majlis.

Digalakkan menggunakan Aplikasi MySejahtera.

4. Semasa Majlis

Berikut adalah SOP bagi para tetamu semasa berada dalam majlis.

  • Mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.
  • Mengelakkan sembang dekat (close conversation).
  • Beratur mengambil makanan secara tertib dalam kedudukan penjarakan 1 meter dan mengurangkan komunikasi semasa mengambil makanan yang disediakan.
  • Makan dalam kedudukan penjarakan dan tidak berkumpul semasa makan.
  • Tidak bersesak di dalam lif dan tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis dianjurkan.
  • Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.
  • Meninggalkan tempat majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.

Perkara Yang Dibenarkan Sewaktu Majlis

Berikut adalah perkara yang dibenarkan sewaktu majlis seperti Aqiqah di PKPP.

  • Tempat penganjuran majlis di dalam dewan atau tempat terbuka.

Perkara Yang Tidak Dibenarkan Sewaktu Majlis

Berikut adalah perkara yang dibenarkan sewaktu majlis mengikut SOP dari KKM.

  • Majlis tidak dibenarkan sekiranya sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa dan sukar untuk mengawal keperilakuan.
  • Hidangan makanan secara buffet layan diri dan majlis tiup lilin.
  • Penganjuran di kawasan PKPD tidak dibenarkan.
  • Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.

Arahan Tetap Semasa Majlis

  • SOP-SOP berkaitan yang diluluskan oleh

KKM dan MKN di bawah Akta 342.

  • SOP-SOP berkaitan dibawah Kementerian dan Agensi.
  • Peraturan di bawah PBT

Kesimpulannya, anda boleh melakukan majlis sekiranya anda mengikut SOP yang telah diberitahu dalam artikel ini.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian.

Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Search