Haiwan Korban

Adab Terhadap Haiwan Korban Yang Anda Perlu Tahu

  • Info

Bila Hari Raya Aidiladha menjelang, ramai yang mula rasa teruja untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ada yang ber’silat’ di dapur untuk memotong daging haiwan korban di tempat penyembelihan.

Namun dalam masa berasa teruja itu, ramai yang mengabaikan adab-adab dengan haiwan korban. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang adab-adab, artikel ini ada jawapannya.

Sembelih Ihsan Adalah Dengan Pisau Yang Tajam

Bagi tujuan sembelih binatang, ia perlu dilakukan dengan menggunakan pisau yang tajam. Ini supaya tidak berlaku penyeksaan kepada haiwan itu. 

Ini telah disyorkan oleh Rasulullah SAW kerana pisau yang tumpul akan menyebabkan kesusahan semasa penyembelihan dan boleh menyeksa binatang. 

Terdapat hadis yang menyebut tentang hal ini iaitu:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْح وَ ليُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

“Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan (baik) dalam segala hal. Jika kalian membunuh maka bunuhlah dengan ihsan, jika kalian menyembelih, sembelihlah dengan ihsan. Hendaknya kalian mempertajam pisaunya dan menyenangkan sembelihannya.” (HR.Muslim).

Larangan Mengasah Pisau di Hadapan Haiwan Korban

Selain itu, kita juga tidak boleh mengasah pisau di depan haiwan tersebut. Ini untuk mengelakkan mereka takut sebelum disembelih.

Hormati Binatang Korban

Untuk pengetahuan umum, binatang korban haruslah dihormati. Ianya bukan sahaja sebagai satu cara menjaga adab sebagai seorang orang Islam juga sebagai menunjuk agama Islam adalah agama yang penuh ihsan.

Adab-adab lain termasuklah:

  1. Tidak merakam dan memuat naik gambar swafoto bersama haiwan korban
  2. Tidak merakam gambar atau video keadaan binatang korban yang dalam keadaan ‘nazak’.
  3. Tidak merakam atau memuatnaik gambar dan video kepala atau bahagian tertentu binatang korban yang boleh menimbulkan sensitiviti kaum lain.
  4. Tidak merakamkan keadaan yang mengaibkan sewaktu proses penyembelihan.
  5. Tidak merakamkan atau memuatnaik gambar dan video binatang korban yang telah disembelih dalam keadaan yang ‘menyiksakan’. 

Umat Islam seharusnya sentiasa berwaspada dengan apa yang dimuatnaik ke dalam media sosial. Janganlah pula menjadi terlalu ghairah untuk memasukkan gambar terkini sehingga terlupa akan adab dan ihsan sesama manusia dan haiwan.

Hal ini juga penting bagi menjaga nama baik Islam sebagai agama yang bertoleransi kepada agama yang lain. Jadi penting untuk umat Islam memikirkan sensitiviti kaum dan agama lain yang mungkin akan melihat gambar dan video berikut.

Malah amat penting juga untuk tidak menjadikan haiwan korban sebagai bahan lawak jenaka. Walaupun tiada dalil yang menghalang, janganlah dibuka ruang untuk menimbulkan kontroversi lebih-lebih lagi kepada orang yang beragama lain.

Kesimpulannya, semasa kita melakukan ibadah korban, terdapat beberapa adab yang kita perlu mengikut supaya ibadah berjalan dengan lancar. 

Ini termasuk menggunakan pisau yang sesuai dan tajam.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

haiwan korban

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480