Jenis Wakaf

Jenis-Jenis Wakaf Yang Perlu Anda Ketahui

  • Info

Wakaf adalah salah satu ibadah yang mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T melalui harta kekayaan. 

Sudah tentu anda semua pernah dengar tentangnya bukan? Namun adakah anda tahu bahawa wakaf terbahagi kepada beberapa jenis wakaf?

Sejauh manakah pengetahuan anda tentang perkara ini?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, artikel ini menghuraikan lebih lanjut untuk maklumat kita semua. 

Apa itu Wakaf?

wakaf

Dari segi Bahasa, wakaf bermaksud berhenti (وقف), menahan (حبس), ataupun menghalang (منع). 

Dari istilah syarak pula, wakaf bererti harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut dari urusan jual-beli, pewarisan, wasiat serta hibah bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Menurut Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Seksyen 61:

“Majlis harus menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf (wakaf am/ khas), nazr ‘am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairah.”

Ia juga termasuk apa-apa bahagian yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana perisytiharan yang diwujudkan, mengawal atau menyentuh perkara tersebut. 

Tujuan ini adalah untuk menyokong dan memajukan agama Islam atau memberi faedah kepada orang-orang Islam mengikut hukum syarak.

Jenis-Jenis Wakaf

Ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Wakaf Khas dan Wakaf Am. Mari kita lihat perbezaan jenis-jenis wakaf ini.

Wakaf Khas merupakan harta yang diwakaf dengan tujuan tertentu seperti membina tempat- tempat beribadat seperti masjid, sekolah, pondok dan lain-lain.

Manakala Wakaf Am pula adalah harta yang diwakafkan dengan tujuan kebajikan islam semata-mata tanpa tujuan yang khusus seperti wakaf khas. 

jenis wakaf

Cara-cara Untuk Mewakafkan Harta

1. Pemohon harus menyertakan surat permohonan bagi mewakafkan harta kepada Baitulmal dan sertakan salinan hak milik dan bukti pengesahan pemilikan harta.

2. Pemohon perlu membuat surat akuan sumpah bagi mengesahkan perkara di atas jika pemohon tidak mempunyai  dokumen hakmilik sebenar.

3. Harta yang hendak diwakafkan akan di siasat oleh pihak Baitulamal dengan membuat lawatan bagi memastikan status harta berkenaan.

4. Surat cara wakaf yang disediakan oleh Baitulmal haruslah disempurnakan oleh pewakaf.

5. Proses pewakafan akan diselesaikan setelah membuat pindahmilik tanah di Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan dibuat oleh Baitulmal.

Mari kita lihat rukun dan syarat-syarat sah wakaf pula.

Rukun Wakaf:

1. Pewakaf (Wakif)

2. Penerima Wakaf (Mauquf Alaih)

3. Harta yang diwakafkan (Mauquf)

4. Lafaz Wakaf (Sighah)

Syarat-Syarat Sah Wakaf:

1. Tujuan dan erti wakaf haruslah jelas.

2. Wakaf dilaksanakan secara tunai tanpa syarat.

3. Wakaf tidak dihadkan untuk tempoh tertentu.

Selain itu, harta yang diwakafkan atau dikenali juga sebagai Mauquf, haruslah memenuhi syarat yang ditetapkan. 

Syarat Harta yang Diwakafkan (Mauquf):

1. Harta milik sempurna pewakaf.

2. Harta yang dapat diserahkan dan bukan harta yang ditahan seperti harta orang yang muflis dan harta anak-anak yatim.

3. Harta yang berbentuk kekal dan mempunyai nilai berkesesuaian dengan hukum syarak yang ditetapkan dan boleh memberi manfaat seperti bangunan atau tanah.

Kebaikan Wakaf

kebaikan wakaf

Mendapat pahala yang berterusan

Pewakaf akan mendapat pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia selagi harta yang diwakafkan terus memberi manfaat kepada orang lain.

Pembangunan Ilmu

Harta seperti bangunan dan tanah yang diwakafkan untuk membina masjid dan institusi pembelajaran dapat digunakan membangunkan ilmu di kalangan umat islam.

Membantu orang yang lebih memerlukan

Tidak semua orang di dunia ini berkemampuan. Dengan adanya harta yang diwakafkan, ianya dapat membantu mereka yang memerlukan untuk hidup dengan lebih baik.

Terdapat satu hadis yang diriwayatkan dari Ibni Umar r.a di mana Umar telah mendapat sebidang tanah lalu dia berjumpa Nabi Muhammad S.A.W untuk meminta pandangan.

Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”

Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda:

Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”

Setelah itu, Umar pun menyedekahkan manfaat tanah itu dengan syarat ianya tidak boleh dijualbeli, tidak diberi dan tidak diwariskan. 

Umar mewakafkan tanah itu ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil serta tetamu. 

Kesimpulannya, terdapat beberapa jenis wakaf yang kita boleh sertai.

Wakafkanlah harta anda jika anda berkemampuan. Amalan ini adalah sangat bagus untuk membantu warga yang kurang berkemampuan di luar sana.

Selain dari wakaf di Malaysia, anda juga boleh mewakafkan harta anda kepada saudara seIslam yang memerlukan di Kemboja  kerana mereka kekurangan keperluan asas.

Selain dari membantu mereka, syiar islam juga dapat ditegakkan dalam kalangan masyarakat Islam Kemboja. Kita juga akan mendapat pahala yang berterusan.

Al Ameen Serve Holdings menyediakan perkhidmatan wakaf yang anda boleh pilih untuk diwakafkan kepada masyarakat Islam di Kemboja.

Antara program wakaf kemboja yang disediakan oleh pihak Al Ameen Serve Holdings adalah wakaf perigi, wakaf tandas dan juga wakaf Al-Quran.

Al Ameen Serve Holdings telah berpengalaman dalam menguruskan ibadah aqiqah dan korban di Kemboja selama 27 tahun. 

Urusan bersama Al Ameen Serve Holdings adalah sangat senang kerana ia dapat dilakukan secara online. Anda boleh memuat turun borang dan membuat pembayaran secara online.

Selain itu, peserta akan mendapat sijil dan gambar pengesahan yang dilaksanakan oleh Mufti Kemboja jika mereka memilih untuk berurusan bersama Al Ameen Serve Holdings.

Mereka juga dipercayai oleh lebih 86,000 peserta dan telah menguruskan 8,000 wakaf perigi dan pam palong. Aktiviti mereka juga akan didokumenkan di dalam web

Berminat nak berwakaf? Klik Pada Link Di Bawah:

Wakaf Tandas >>> https://www.korbanaqiqah.com.my/wakaf-tandas/

Wakaf Perigi >>> https://www.korbanaqiqah.com.my/wakaf-perigi/

Wakaf al-Quran >>> https://www.korbanaqiqah.com.my/wakaf-alquran/